Raja's Biryani Dham


Assalamualaikum ...

Raja's Biryani Dham | Beberapa hari yang lepas , selepas man in the house pulang dari kerja , dia menyuruh my kakak perap dua ekor ayam yang dibelinya dan merendam beras basmathi serta sediakan beberapa bahan . Masa tu den tengok atas meja , penuh dengan bahan untuk memasak .


Raja's Biryani Dham




Raja's Biryani Dham


Raja's Biryani Dham ni sebenarnya pes segera beriani . Kalau korang malas atau nak cepat atau tak tahu nak masak nasi beriani ayam / daging , tapi nak juga memasak sebab suami teringin atau nak jadi menantu kesayangan , boleh lah cuba pes ni untuk masak nasi beriani ayam / daging . Tapi kalau rempah segera semata pun tak meletop gak . Kenalah tambah bahan yang lain . 


Raja's Biryani Dham

Projek Bermula


Seawal selepas maghrib , projek pun bermula . Projek apa lagi kalau bukan memasak nasi beriani ayam . Maka segala peralatan elektrik pun keluarlah . Tenoklah , siap bersila lagi man in the haouse menghadap periuk tekanan untuk masak nasi beriani dham dan frying cooker untuk goreng ayam .


Raja's Resepi Mudah Beryani Dham


Raja's Resepi Mudah Beryani Dham


Korang rasa sempat masak tak nasi beriani dham menggunakan Raja's resepi mudah nasi beriani sebelum pukul 9 malam ? Sempat je sebab my kakak dan my anak buah jadi pembantu yang cekap . Lagipun masak guna periuk tekanan tu cepat je masaknya . lebih kurang dalam pukul 8.30 malam dah siap semua hidangan .


Raja's Biryani Dham


Sambal Cecah Ayam Golek


Sambal cecah ayam golek ni my kakak yang buat .  Kalau makan kat restoran , rasa masam je tapi bila my kakak buat , nyam nyam tau . Sambal cecah ayam golek ni boleh juga jadi sambal pencencah ayam penyet , kambing golek dan ikan bakar . Kalau nak cuba , klik je link resepi sambal kat bawah gambar tu ya .


Raja's Biryani Dham


Raya Haji


Kalau korang nak cuba resepi mudah nasi beriani dham kat atas yang den jamin memang sedap , korang klik je kat bawah gambar tu ya . Maklumlah nak raya haji . Daging korban pun boleh dapat banyak . Jadi apa salahnya korang cuba resepi man in the house ni . Den guarantee memang berbaloi . Cuma bab perasa tu , korang adjust sendiri lah ikut tekak masing - masing .









7 Sila komen:

  1. ingatkan beriani gam tadi..huhu..wahh, resepi dari Hyderabad...

    ReplyDelete
  2. menarik!yang penting pandai membega-bega ikut tekak sendiri..confirm sedap!

    ReplyDelete
  3. Ala, kalau baca awal tadi Zumal dah pergi cari untuk masak besok. Hehe ^-^

    ReplyDelete
  4. salam...
    maaf tuan /puan saya nk share sikit di blog ini
    saya agency pelancongan di bandung..sesiapa nk bercuti di bandung bisa contac saya.
    ada sewa kreta untuk city tour bandung, ada juga pakej hotel dan transpot dengan harga
    yang berpatutan.


    wahtsap +6287821719271
    facebook brek.yahya19@gmail.com


    terimakasih

    ReplyDelete
  5. ada pressure cooker senang je..
    sumbat semua dah tunggu ehehe..

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...