Tricious Pizza


Assalamualaikum ...

Tricious Pizza | Dua hari lepas , kecoh my anak buah . Kecoh selepas man in the house balik . Maunya tak kecoh bila nampak man in the house balik dari AEON membawa beberapa kotak piza kegemaran mereka . 


Tricious Pizza




Tricious Foods


Tricious Foods merupakan syarikat pengeluar makanan sejuk beku yang diusahakan oleh orang tempatan . Sudah tentu statusnya adalah halal . Produk yang dikeluarkan oleh Tricious Foods adalah piza , lasagna , cottage pie , shepherd's pie , Burittos , pasta , 1 - Dish Meals dan asian meals . 


Tricious Pizza

Triciuos Pizza


Pizza yang man in the house bawa balik adalah dari jenama Tricious Pizza . Tricious Pizza ni ada empat jenis perasa yang di tawarkan .

1- Piza Ayam Hawaiian
2- Piza Keju
3- Piza Daging Pepperoni
4- Piza Ayam BBQ


Tricious Pizza

Rumusan 


Sebenarnya , yang menjadikan kecoh tu sebab piza tricious tu kena panaskan dalam oven dulu . Dah namanya frozen foods kan . Tapi ada my anak buah yang tak tahu . Jadinya , bila masing - masing dah buka kotak seorang satu , maka menjeritlah my kakak . Tak memasal kang mereka makan piza mentah .

Den sebenarnya tak menjenguk pun masa kecoh tu . Den dok melenjan blogwalking blog korang le . Itupun masih banyak lagi komen yang tak publish . My anak buah yang setia itu , asyik keluar masuk bilik den bawakan sepotong piza tricious . Dapatlah den merasa dari setiap jenis piza tricious tu .

Sebenarnya , den nak mengumpat sikit ni ... heh heh heh . Korang tengok kat gambar tu , doh piza tricious tu tebal kan . Realitinya , hanya nipis je . Dah macam kertas je nipisnya tau . Hard cover tu lagi tebal ya . Maka den pun musykil lah . Ni yang mahal bahan untuk tabur atas piza ke atau tepung buat doh yang mahal ? Kalau untuk saiz piza tricious yang medium tu , korang sekali makan je . Kalau perut den yang kecik ni , kenyanglah . Kalau perut korang , korang cubalah beli dan makan sendiri ya ... heh heh heh .

Disebalik kenipisan doh piza tu , den suka dengan rasanya . Yang paling den suka piza ayam hawaiian sebab ada nenas ( gambar atas sekali ) . Kombinasi nenas , cendawan dan ayam memang sedap . Untuk piza keju lak , kejunya memang tebal tau . Bila kunyah tu totally rasa keju . Piza daging peppeproni lak , oklah . Cuma den kurang teruja . 

Kalau korang terliur , cari je kat Giant , Tesco , Aeon , Mydin dan mungkin juga ada katpasaraya lainnya . Nak tahu lebih lanjut pasal prodct Tricious Foods ni , korang klik je SINI ya .







10 Sila komen:

  1. sedapnya...jom sokong produk tempatan..

    ReplyDelete
  2. sedapnya makusu makan pizza segera bersama anak2 buahnya...pizza jenis nipis n keras jer...ok juga rasanya.

    ReplyDelete
  3. Nama Tricious.. macam produk luar..tak berani beli..asyik jeling je klu nampak kat AEON..

    ReplyDelete
  4. mungkin jenis crust kot..tu sebab nipis..husnodzon..hehe

    ReplyDelete
  5. Tak pernah dengarlah Vee brand ni, ada ek?.....Okje jarang beli pizza frozen ni. Kalau terasa nak makan pergi jer makan kat sana.
    Mahal ke tidak? Kalau mahal rugilah pulak kalau nipis ek

    ReplyDelete
  6. Huishhh ni rasa nak pergi cari ni.. boleh buat kat dalam bilik nanti.. sedapnyaaaa

    ReplyDelete
  7. Macam sedap aje...bole jadi makanan waktu malas masak..huhu

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...