Ular


Assalamualaikum ...

Ular  | Beberapa hari lepas , berbunyilah siren yang membisingkan di kawasan perumahan ni . Bila den panjangkan leher , bomba rupanya . Ingatkan polis ataupun ambulance . Maka teringatlah den ketika den keseorangan di hari raya lepas .


Ular




Bomba


Dah nak masuk Hari Raya Haji , baru nak cerita kisah bomba di Hari Raya Puasa lepas . Nak buat camna kan ... heheheee . 

Alkisahnya , pada hari raya ke empat di aidil fitri , tetiba den dengar bunyi kenderaan besar berhenti di rumah my jiran cina . Bila den jenguk , bomba rupanya . ( gambar tak cantik sebab guna fone cap ayam ) Maka den pun jadilah detektif conan sekejap sebab nak tahu apa sebab bomba ada di situ .

Ular


Dalam riuh rendah mereka bersembang , den pun pasang mata dan telinga tengok dari tingkat atas rumah my kakak sambil memegang phone dan set kamera untuk tangkap gambar . Dari jeritan perbualan antara mereka , rupanya ada ular tedung di rumah jiran india nun di hujung sana . Rumah yang ada watermark tu lah tempatnya ular tedung tumpang berteduh .


Ular


Sebelum ini , sudah beberapa kali pak bomba datang untuk tangkap ular tapi ular itu menginap di rumah yang paling hujung . Kiranya taman ni dah familiar sangatlah pada pak bomba .

Maka den pun mms lah my kakak ( den x de whatsapp ya ) gambar tu sambil khabarkan berita ular . Balasan yang den dapat ;

" nasib baik ular tu tak pilih no. 31 . "

Boleh lak my kakak komen camtu ketika den di rumah keseorangan ... perghhh . Tak apa , ayat Kursi kan ada . Minta je perlindungan dari Allah .

Pengalaman 


Beberapa tahun yang lepas ( mungkin dah 5 tahun kot ) , di hari sabtu nan hening dalam pukul 7.30 pagi , den dengan semangatnya membuka pintu dapur dan memasukkan baju ke dalam mesin basuh . My kucing asyik mengiau je . Maka den pun menoleh la kebelakang melihat my kucing yang sedang duduk perhati den . My kucing minta makan sebenarnya . 

Selepas itu den merasa ada benda menggesel kaki den . Maka macam biasalah , my kucing memang suka menggesel manja macam tu . Tetiba tergerak hati den nak tengok . Bila den tengok , maaaaaaaaaaaa ... itulah jeritan yang keluar dari mulut den sepenuh hati . 

Ya ... Den nampak ular hitam sedang melalui kaki den . Saiz ular itu sebesar lengan tangan den . Masa tu otak den cuba paksa kaki den panjat sesuatu . Den cuba nak naik atas mesin basuh dan panjat gril berkali - kali tapi tak berjaya sambil menjerit tak sudah . Takut ? ... jangan ceritalah . Kalau toreh tangan den , darah pun tak keluar tau . Lepas den dah dapat bertenggek di atas , den cuba cari ular itu tapi tak jumpa . Den jenguk kat longkang , tak de waima cuma baru beberapa saat berlalu .

Lepas tu , den pergilah beritahu my mya kakak . Korang rasa kat mana my kakak berada ya ? My kakak ada dalam bilik di depan dapur yang tingkapnya sebelah pintu dapur je . Boleh dia buat tak tahu . Kalau den kena patuk ular masa tu , memang dah arwah la jawapnya . 

My kakak buat apa sampai tak jenguk den ? Dia sedang mendodoi si kecik Qistina yang tak mau tido - tido lagi sedangkan my kakak dah lapar dan belum buat sarapan .

Masa tu den syukur sangat sebab den selamat . Cuma yang jadi persoalan , kenapa ular tu tak patuk den sedangkan kaki yang digesel itu bergerak ? dan ular itu pula hilang dari pandangan hanya sekelip mata sahaja . Maka andaian kami hanyalah , kalau itu ular , syukur dia tak patuk den , tapi kalau ular itu jelmaan jin , tolong pergi jauuuuuuuuuh , jangan ganggu kami . 

Ustaz


Kepelikan ini my kakak kahabarkan pada seorang ustaz . Jawapan dia , kemungkinan ular jelmaan sebab ular itu tak patuk den dan hilang sekelip mata . Pada ketika itu , kami memang kerap nampak kelibat . Ok , bab ni , cukuplah setakat ni den cerita ya . 

Backyard 


Backyard rumah my kakak taklah semak pun . Tapi ada satu lubang kat tanah tu . Sekarang den dah tutup lubang tu dengan batu besar . macam mana lubang tu boleh terbentuk den pun tak tahulah .

Hutan


Sebenarnya , kalau korang tengok kat gambar tu , di sebelah kiri taman perumahan ini dan bahagian belakang , masih lagi ada sedikit hutan / semak samun yang belum terusik . Kalau ikut plan asal talam corporation , semak samun / hutan itu adalah tapak masjid dan sekolah . Sampai sekarang masih terbiar dan belum dimajukan sebab rakyat kat sini belum melebihi jumlah yang sepatutnya . Tapi sebelah kanan dah naik satu apartmen dan di depan apartmen tu ada rumah kedai dan mall yang macam besar punya sedang dalam pembinaan .

Dalam hutan yang rendah sedikit kedudukannya ( paya ) itu sebenarnya ada penduduk . Kalau rajin panjangkan leher bila melalui situ , akan nampak bumbung - bumbung segera rumah setinggan garden milik indon ! . Mereka itu adalah pekerja binaan . Dah berkeluarga pun ada di situ . Selalu jer nampak mereka lalu lalang depan umah pagi dan petang . Macam mana mereka dapat api dan air , tu bukan masalah den nak fikir ya !

Agak - agak koranglah , kenapa ular tu tak nak menginap atau menumpang berteduh di situ ? Mereka pagar rumah guna mandrem ke atau ular tu tak nak jadi hidangan mereka ya ... heh heh heh . Sesekali fikir jahat sikit nih ...








25 Sila komen:

  1. Eeehhhh akak paling takut dan geli sekali dengan ular lah..
    Tengok gambar pun akak dah takut..
    Apa lagi lalu kat kaki macam Vee..
    Alhamdulillah tak ada apa2 kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu fikir balik saat tu , mmg meremang bulu roma ...

      Delete
  2. cerita tentang ular ni pun pernah ada pengalaman ular di hadapan rumah dulu beberapa ketika dahulu...

    ReplyDelete
  3. TAKUT SUNGGUH DGN ULAR NI...BARU NI RUMAH DIMASUKI ULAR TEDUNG MUJUR ADA JIRAN TOLONG BUNUH...ULAR TEDUNG NI BAHAYA BISANYA...ORG KAMPUNG XYAH NK PANGGIL BOMBA..LAMBAT HEH..HEH..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat kampung saya , petang hari dok depan pintu dapur . nak masuk tapi tak boleh . besar saiz lengan . my anak buah lak kat dalam bilik air berhadapan dapur cuma boleh jerit je . sudahnya ular tu pergi sendiri PI .

      Delete
  4. ularr...takutnyaa...kalau jelmaan jin memang kita takleh pukul..

    ReplyDelete
  5. kecut perut dgr kes2 camni.. semoga dijauhkan dari binatang2 camni..

    Jemput singgah k..

    Entry terkini

    1. "Aperture Squad Artwork"




    ReplyDelete
  6. cerita ular ni macam seram plak..rumah kat kampung tu dulu banyak kali jugak ular dtg bertenggek. Nak2 pulak kat belakang rmah ada itik dan ayam.. tapi 2-3 tahun ni dah xdak.. kadang2 tu risau jugak nak ke belakang rumah.. kalau nak alihkan apa2 kena berhati2

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kan . kalau kebun kita tak berumput , kebun jiran lak dah macam hutan masalah juga kan ...

      Delete
  7. ala citer ustaz tu bg habih la...kemon..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau bagi habis cerita tu , nanti jadi novel lah pulak ... heheheheee

      Delete
  8. ada pendapat mengatakan jangan dibunuh ular.. kemungkinan ia ada kaitan dengan mistik (jin)..

    ReplyDelete
  9. Alahai..kalau saya dah pengsan kot kat situ...
    Seramnya....

    ReplyDelete
  10. Besarnya ular tu Vee, Zumal nie kalau terserempak dia mesti berbulan teringat dan rasa seram...

    ReplyDelete
  11. eii takutlah dengan ular geli sekali ... nasib baik bukan no 31 kan. hehe :)

    ReplyDelete
  12. Sekitar rumah saya juga selalu terjumpa ular. Ular tedung, ular kapak, ular daun semua pernah jumpa. Kelmarin pun jumpa ular, entah apa namanya bertenggek dekat pintu rumah. Maklumlah di kiri rumah ada kebun yg tuannya kurang jaga dipenuhi semak, di kanan pula rumah kosong dipenuhi belukar sebab dah 2 tahun tak berpenghuni. Selalu ajak isteri pindah ke tempat lain, tapi dia sayang utk tinggalkan rumah yg saiznya agak besar dengan harga belian yg begitu murah. Apa nak buat...

    ReplyDelete
  13. Kat kampung dulu selalu apa lagi bila aruah mak ada bela ayam memang selalu jadi hidangan lah. Ada sekali tu ular sawa, dia dah kenyang makan ayam tak boleh keluar. Aruah mak terpaksa panggil jiran tolong tangkap. Ada jiran kenal cina suka tangkap ular memang dipanggilnya cina tersebut. Tak tau lah dia buat lauk ke apa ke. Lepas tu akak syorkan tabur belerang keliling rumah supaya dia tak datang. Kat belakang rumah memang kebun getah orang jadi kalau pergi ke belakang cari kelapa ke memang kena waspada lebih sikit takut terserempak. huhuhuhu memang lari tak cukup tanah le

    ReplyDelete
  14. seram baca ni..walaupun rumah kat tengah-tengah bandar, tak terkecuali dari ancaman ular ni.yelah, bila hutan dah ditebang, diorang panas, tu yang selalu jumpa dalam bilik air or celah semak.ish..terbayang je dah meremang bulu roma..huhu

    ReplyDelete
  15. Wuiiik seram mak weyh....benda bebda licin menjalar tu mmg mak seram. Yang kecik, menggetik getik dlm petai pun boleh mak seram inikan besar lengan....Ohhh moga dijauhkanlah dpd berjumpalah hendaknya

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...