Tonton Game Show Lari


Assalamualaikum ...

Tonton Game Show Lari | Malam tadi , sebab keboringan dengan program Astro , maka den suruh my anak buah yang pegang remote untuk melihat - lihat channel percuma tv1 , tv2 , tv3 dan tv9 . Maka terjumpalah satu program yang bernama ' Lari '


Tonton Game Show Lari




Game Show Lari


Masa kami tengok tu , Game Show Lari tu baru je bermula ( 9 malam ) . Masa tu , program tu sedang perkenalkan ahli Lari . Apasal ahlinya ramai macam Running Man ? Bila mereka memberi tugasan kepada ahli Lari , maka kami dah tahu dah , apa sebenarnya game show Lari ni . Memang sebiji duplicate Running Man ! Den tak tahu sejak bila game show Lari ni ditayangkan .

Running Man Malaysia


Kali petama tengok game show Lari yang kami kesan sama dengan Running Man in , banyaklah perbandingan kami lakukan . Antaranya ahli yang sama seramai tujuh orang termasuk seorang wanita dan seorang agen yang di pegang oleh Azwan Ali . Cuma dalam Lari ni , ahlinya semua budak muda yang kacak bergaya dan bukan artis yang den kenal . 

Den suka tengok Azwan Ali dalam Lari ni . Nampak jantan . My anak buah pun kata :

" oklah , smart juga Azwan Ali ni . "

Permainannya tak berapa umph sangat . Cuma kesian kat Azwan Ali yang gigih berusaha melaksanakan tugas agen . Den tak taulah sama ada Azwan Ali adalah ahli tetap atau jemputan . Kalau ikut Running Man tu , agen adalah jemputan kepada artis yang berbeza setiap episod . Yang bagusnya Azwan Ali kat sini , dia tak over macam selalu cuma bab sikit lembut dan melatah tu tetap ada walaupun gaya maskulin . Sekurang - kurangya game show Lari ni dapat serlahkan sisi posisitf Azwan Ali .


Tonton Game Show Lari



Tonton Game Show Lari


Game show Lari merupakan rancangan yang memamparkan selebriti - selebriti tempatan yang terpaksa berlari dalam menyelesaikan tugasan yang diberi untuk memenangi ganjaran lumayan yang disediakan oleh mr, X . 

Game Show Lari ni ditayangkan pada setiap malam Ahad jam 9.00 malam selama sejam di tv9 . Kalau korang nak tengok Lari , boleh klik link di bawah gambar tu ya .







26 Sila komen:

  1. ada jg game show mcm ni kat M'sia....Running Man pun tak tengok...

    ReplyDelete
  2. GAME YG XJEMU DITONTON NI..SESETENGAH GAME ARTIS KITA KAT YV YG BANYAKNYA X MENARIK MINAT DITONTON....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm tak berapa menarik la PI . mungkin sbb tiru runningman kot ...

      Delete
  3. wak rasa penah tertenok game show ada azwan ali lari2 carik clue dapur umah org pon dorg masuk jugakk., harhar2

    tp rasa mcm x aci je bagi kat selebriti jd contestant kann., hadiah pon selebriti yg dapat., huhu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kan . bagilah penonton lak rasa adventure dan menang ...

      Delete
  4. Betul kan memang sebijik Running Man... Nama pun lari gak ^-^

    ReplyDelete
  5. Rasanya si AA tu main character.. tgk dulu dia ada jugak.. habis idea cerita melayu ni, main tiru2 ja..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah . byk doh game show ciplak . cubalah cari ide sendiri kan ...

      Delete
  6. memang best layan lari ni ... last week punya diva AA jadi hunter, hunter yang sia-sia, asyik pancit aje :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah , lari jap dah semput ... bagus gak dapat bakar lemak AA

      Delete
  7. Oke, penasaran juga dengan game show lari ini, saya akan coba cari nanti di stasiun TV berlangganan saya. Ayo kita Lariiiiii.... HaHa

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari jangan tak cari . lepas tu jgn lak ikut lari ya ... hehehee

      Delete
  8. Replies
    1. pi tengok ahad malam ni ... baru tau best ke idak ...

      Delete
  9. Dah lama tenguk LARI ni tapi tak suka lah tang AA, macam kecuh lebeh je nak perhatian. Yang best Arja Lee dan Aisha memang bersungguh siapkan task. Yang lain budak-budak muda tak kenal sangat.

    ReplyDelete
  10. tiru runningman kalau sesuai dengan budaya orang Malaysia tak salah kot..tak pernah tengok sis..kalau kat rumah saya, ni time tengok bola..hehe

    ReplyDelete
  11. Tq inform Vee....tak pernah lagi tengok sebab tak tau....best jugak tu rasanya ek. Tengok artis katanya hihi

    ReplyDelete
  12. Memang tak lepas peluang tengok lari...ulangan ari ahad tv9 juga

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...