Filem Seram Annabelle VS A Haunted House 2


Filem Seram Annabelle VS A Haunted House 2 | Sebenarnya , se isi rumah ini dah addict dengan filem seram . Bila ada PVR , maka melenjanlah kami merakam filem seram . Filem seram ni selalunya ditayangkan pada pukul 10 malam dan ke atas . Banyak juga ditayangkan selepas jam 12 malam . Mana larat mata nak tengok kan . Jadinya , PVR banyak membantu kami .


Filem Seram Annabelle VS The Haunted House 2


Filem Seram Annabelle VS A Haunted House 2


Masa Filem Seram Annabelle ditayangkan di kaca tv , ramai yang kata cerita ni seram . Bila sis dan seisi rumah tengok , erm ... biasa , biasa jer . Mungkin sebab dah tengok The Conjuring yang lebih thrill dari Filem Seram Annabelle kot .

Filem Seram Annabelle


Filem seram Annabelle ini berkisarkan suami (John) dan  isteri (Mia) yang hidup bahagia dan sedang menunggu kelahiran anak mereka. Pada waktu malam, suatu perkara yang tidak diingini berlaku di mana berlaku pencerobohan dua (2) orang pasangan iaitu Annabelle bersama teman lelaki yang melakukan ritual agama sesat dengan membunuh orang yang tidak berdosa pada jiran sebelah rumah John & Mia.


Mia terselamat begitu juga dengan kandungannya walaupun telah ditikam oleh teman lelaki Annabelle. Manakala, Annabelle telah mati ditembak oleh polis. Pada masa yang sama juga Annabelle telah memegang satu patung yang telah dihadiahkan suami (john) untuk isterinya (Mia) di mana patung tersebut mempunyai kuasa roh yang menakutkan kerana telah diwarisi oleh Annabelle.
Filem Seram Annabelle VS The Haunted House 2

A Haunted House 2

Film horor komedi yang berjudul “A Haunted House 2” ini dibintangi oleh Marlon Wayans sebagai Malcolm dan Essence Atkins sebagai Kisha. Mereka baru saja pindah ke rumah impian baru bersama dengan kedua orang anak-anak mereka. Keadaan jadi huru hara bila Malcolm jumpa sebuah patung .

Kenapa sis lawankan filem seram Annabelle dengan filem seram A Haunted House 2 ? Ini kerana filem Annabelle dan filem A Haunted House 2 ni ada persamaan . Persamaanna adalah patung Annabelle . Cuma filem Annabelle dan filem A Haunted House 2 ni versinya berbeza . 

Filem Seram Annabelle bergenre seram manakala filem seram A Haunted House 2 pula bergenre komedi . Kisahnya sama iaitu patung Annabelle yang undang masalah dan huru hara . 

Filem A Haunted House 2 ni kelakar sampaikan my anak buah tengok berkali - kali . Tapi kalau korang yang tengok , mungkin ada persepsi yang berbeza pula kan . Kalau nak tahu , meh tengok sendiri lah ya .





Korang boleh je klik gambar atas ni kalau nak tengok tahap maka komedinya filem seram A Haunted House 2 ni . Tapi kalau nak lebih puas hati , pergi youtube dan masukkan link ini https://www.youtube.com/watch?v=oIKLS6RdJc4 .



16 comments:

  1. filem seram yg menarik ni kalau tonton ramai2 ok tapi kalau sorang diri takut juga.

    ReplyDelete
  2. JR dan keluarga dah tengok filem Annabelle di panggung wayang awal tahun ini. Tapi ia tak seseram filem-filem James Wann sebelumnya walaupun bila main di panggung ada kesan bunyi yang hebat. Tapi A Haunted House 2 JR belum tengok lagi. Nanti JR nak download cerita tu, malam ni lepas pukul 10 malam boleh tengok di TV...

    ReplyDelete
  3. mesti menjerit kalau tengok citer seram cam gini...

    ReplyDelete
  4. a hounted house 2...memag klakar cerita dia..
    klakar seram.. yg first tak tengok lagi..
    kurang minat sikit cerita2 seram.. melayu ke mat salleh memng genre ni
    pilihan terakhir tgok wayang :P

    ReplyDelete
  5. banyak filem seram..menjadi tontonan masyarakat..hehehe filem menyeramkan

    ReplyDelete
  6. Kalau anak2 saya..minatlah cerita macam ni.

    ReplyDelete
  7. tak suka sangat tgk filem seram.. kalau seram komedi layan sebab komedi tetap ada.. he.he.he.. so filem haunted house ni boleh lah nak layan.. tunggu bosan boleh tgk.. :)

    ReplyDelete
  8. 2 2 layan.. hehehe
    memang seram tp kisah annabelle tu betul la

    ReplyDelete
  9. nice review vee, belum tengok lagi ni :)

    ReplyDelete
  10. Suka tengok juga cerita hantu....tapi mesti cekup mata bila sampai part yang menakutkan...hehehe

    ReplyDelete
  11. jgn ada yg terkucil je bila menengoknya ekekeke

    ReplyDelete
  12. beraninya akak... dana ni versi penakut...
    mmg tak tgk lah cite seram2....nsb lah kt astro blh tgk apa drama atau filem seterusnya kalu tak... bukak2 cite antu naya ja

    ReplyDelete
  13. salam singgah :)
    xtakut ke tngok cite hantu...hihi

    ReplyDelete
  14. tak berapa minat tengok seram ni.. hehehe ..apa khabar ya..semoga sihat entri baru tak ada ke ..agaknya sibuk kan

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...