Kopi Segera Delica


Kopi Segera Delica | Sekarang ini , macam - macam cara untuk pasarkan produk dipasaran . Semakin banyak persaingan , semakin kreatiflah sesebuah syarikat memasarkan produk mereka . Begitu juga Delica kopi , selain menggunakan media elektronik untuk memasarkannya , bahagian pemasarannya menggunakan kampit beras supaya lebih ramai pembeli dapat merasa keenakan Delica kopi .


Kopi Segera Delica



Kopi Segera Delica 


Kenapa hari ini sis bercerita pasal kopi segera Delica pula ya . Ini bukan entry berbayar . Sis sekadar nak kongsi pengalaman merasa kopi segera Delica yang sis dapat percuma dari kampit beras . Rasanya anda ada juga nampak iklannya di kaca tv . 

Kopi segera Delica ini dikilangkan di Ipoh , Perak . Tapi sis tak pasti samaada ianya jenama tempatan ataupun produk luar negara . Jangan risau , ada logo halal , ISO dan HACCP . Minumlah tanpa was - was .

Perasa Yang Ditawarkan


Ada tiga jenis perasa kopi segera Delica iaitu kopi klasik , kopi pekat dan kopi moka pudina . Sis sudah merasa kopi klasik dan kopi moka pudina . Bagi sis , kopi klasik tu memang sedaplah sebab lemak berkrim dan pahit sikit . Tetapi untuk kopi moka pudina , kalau korang suka rasa pudina yang segar tu , oklah .

Kalau anda nak kan kopi segera Delica ni lebih sedap rasanya , anda boleh tarik macam anda buat teh tarik . Tariklah kopi tu banyak kali . Tujuannya supaya air dan serbuk kopi segera Delica tu sebati . Bila berbuih tu , memang perasaan tu macam minun kopi Starbuck !

Cara Proses Kopi Segera


Pernahkah anda mengetahui bagaimana cara proses kopi segera dilakukan ? Kalau tidak tahu , di sini Cynta kongsikan langkah - langkah bagaimana cara proses kopi segera dijalankan .

1- Biji Kopi


Buah kopi yang sudah dijemur , dibuang kulit luarnya menggunakan mesin dan direndam sehingga kulit biji kopi tertanggal . 

2- Memanggang


Proses memanggang biji kopi yang dilakukan telah menghasilkan tindak balas kimia kepada biji kopi . Justeru itu , rasa unik kopi dan aroma yang harum lagi kuat pun terhasil .

3- Mengisar


Selepas dipanggang untuk tempoh tertentu , biji kopi perlu dibiarkan sejuk sebelum dikisar menjadi serbuk yang memiliki struktur yang seragam dan halus untuk menjalani pengekstrakan sempurna .

4- Membru


Kopi yang dikisar perlu dibru pada suhu tertentu untuk mengekstrak rasa dan aroma yang optimum sebelum proses perkolasi dalam vakum untuk membantu pengeringan .

5- Mengering


Untuk proses pengeringan serbuk kopi , kaedah sembur serbuk kopi melalui udara panas kering dilakukan . Tujuan menyembur serbuk kopi adalah untuk membuang segala kesan cecair supaya serbuk kopi segera terhasil dengan ringan .


Kalau dapat melihat dengan mata sendiri bagaimana setiap langkah proses kopi segera itu dilakukan , rasanya itu lebih baik . Tapi rasanya pembaca juga dah dapat bayangkan bagaimana proses kopi segera dilakukan di kilang mereka . Sangat berbeza dengan yang sis lihat di kaca tv  bagaimana pembuat serbuk kopi melakukannya secara manual .


0 Sila komen:

Post a Comment

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...