Kopi Segera Mocca Cafe Latte


Kopi Segera Mocca Cafe Latte | Air kopi merupakan minuman kegemaran dan pilihan utama ramai penduduk di dunia . Rakyat Itali merupakan penggemar minuman berasaskan kopi selain Perancis . Biji kopi pula dikeluarkan oleh negara Amerika Latin . Kebun di kampung sis masih kekal menanam pokok kopi . Tapi setakat ini , kami masih belum menghasilkan kopi sendiri walaupun kami tahu bagaimana mahu menghasilkannya .


Kopi Segera Mocca Cafe Latte



Kopi


Kopi mengandungi kafein yang dikatakan akan memberi kesan pada kesihatan pada jangka masa panjang . Meminum air kopi secara kerap boleh menyebabkan ketagihan . Minum kopi pada waktu malam boleh mengelakkan mata dari mengantuk .

Kini di negara barat , kopi telah dipelbagaikan kepada beberapa jenis seperti Espresso , Cappuccino , Latte dan Mocca . 

\
Kopi Segera Mocca Cafe Latte

Latte


Latte merupakan air kopi yang digemari ramai penduduk dunia . Kopi Latte terhasil daripada gabungan Espresso dan susu segar kemudian diwapkan dengan wap panas . 

Kopi Latte pada dasarnya tidak jauh berbeza dengan Cappuccino cuma Cappuccino memiliki buih susu yang lebih tebal berbanding Latte yang sedikit nipis kerana nisbah susu segar yang lebih banyak .

Kalau anda nak kenal kopi Latte ni mudah sahaja . Bila anda nampak kopi berkrim dengan hiasan pelbagai corak dipermukaan cawan , itulah kopi Latte .

Mocca


Mocca merupakan kopi Latte yang dicampurkan dengan coklat . Sebab itu ramai orang memanggil Mocca itu sebagai kopi coklat . 

Ada yang menggunakan sirap coklat dan ada juga yang menggunakan serbuk coklat untuk menghasilkan kopi Mocca . Malah mereka juga menggunakan coklat gelap dan coklat putih . Adakalanya kopi Mocca disajikan dengan sedikit krim putar diatasnya . Kopi Mocca boleh diminum secara sejuk amhupun panas .

Penyediaan kopi Mocca ni sebenarnya banyak variasi . Itu terpulang kepada resepi pilihan barista itu sendiri untuk menghasilkan keunikan .

Mengikut sejarah , Mocca merupakan variasi kopi yang tertua di dunia . Kopi mocca merupakan kopi kegemaran ramai rakyat eropah . 


Kopi Segera Mocca Cafe Latte

Kopi Segera Mocca Cafe Latte


Sudah selesai berkenalan dengan kopi Latte dan kopi Mocca , kini sis nak perkenalkan kopi segera Mocca Cafe Latte . Kopi segera Moca Cafe Latte ni dipasarkan oleh Amway . 

Sebab dah ada yang segera , maka rembat sajalah . Cara penyediaannya pun senang . Cuma bancuh seuncang kopi segera Mocca Cafe Latte dengan secawan air panas . Pastikan air panas tu tak terlalu panas ya . Cukuplah kepanasan tu sekadar 80 peratus sahaja .



Rasa kopi Mocca Cafe Latte ni ada sedikit lemak dan manis selain rasa kopilah . Kalau anda nak lebih power , masukkan serbuk krim dan sedikit air ke dalam pengisar , kisar hingga berbuih . Selepas itu , tuangkan ke atas kopi segera Mocca Cafe Latte . Rasa lemak berkrim yang pekat itu membuatkan kopi segera Mocca Cafe Latte lagi sedap diminum .


0 Sila komen:

Post a Comment

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...