Kopi Segera Kopi Ginseng


Kopi Segera Kopi Ginseng | Bila berbicara tentang kopi segera , pelbagai campuran ada untuk mevariasikan lagi rasa kopi . Setakat ini . Sis dah jumpa kopi ginseng , kopi coklat dan kopi pudina . Maklumlah , manusia ada pelbagai citarasa dan kehendak . Makanya , rasa kopi juga perlu dipelbagaikan untuk memenuhi kehendak pasaran .


Kopi Segera Kopi Ginseng



Ginseng 


Ginseng merupakan herba terkenal orang cina . Lagi lama usia ginseng , lagi mahallah harganya kerana dianggap sangat bayak nutrisinya . Ginseng dikatakan baik untuk kesihatan badan kerana fizikal ginseng tu sudah hampir sama dengan susuk tubuh manusia .

Ginseng boleh didapati sama ada dikeringkan ataupun direndam dalam air tertentu seperti jeruk . Sekiranay anda pergi ke sinsei ( kedai ubat cina ) ada juga ginseng dalam bentuk serbuk atau yang sudah dihiris nipis dan dikeringkan .

Khasiat Ginseng


Ginseng dianggap sebagai raja segala ubat oleh orang cina kerana ginseng mempunyai khasiat untuk merawat pelbagai jenis penyakit . Antara penyakit yang boleh dirawat menggunakan ginseng adalah 

1- Mengurangkan stress


Ginseng dikatakan dapat menenangkan pemikiran dan mengawal emosi dengan adanya kandungan ginsenosides di dalamnya . Selain itu , ianya juga bertindak sebagai anti kemurungan juga dan menjadikan anda lebih sabar .

2- Mengurangkan Diabetis


Kajian mendapati bahawa ginseng dapat menurunkan kadar gula dalam darah 

3- Merangsang Antibodi


Kehadiran adaptogenik dalam ginseng dapat merangsang antibodi dengan meningkatkan sel darah putih seterusnya dapat mengawal selsema dan jangkitan lainnya .

4- Mencegah Kanser


Ginsenosides pada ginseng dikatakan bersifat anti kanser dengan menghalang sel kanser dari berkembang dan seterusnya mengagalkan pertumbuhan sel kanser .

5- Meredakan Asma / Lelah 


Adaptogen dalam ginseng dapat membantu menguatkan sistem saraf .

6- Memberi Tenaga


Adaptogen dalam ginseng membantu memberi tenaga dan meningkatkan stamina tubuh anda .

7- Menambah Tenaga Batin


Adaptogenik dalam ginseng membantu menambah tenaga batin lelaki serta menambah sperma dan meningkatkan kualiti sperma .

8- Meningkatkan Sistem Pencernaan


Ginseng bukan sekadar meningkatkan sistem pencernaan malah dapat membantu mengatasi masalah mual , muntah dan mengurangkan selera makan .

9- Meningkatkan Kesihatan Jantung


Ginseng berkemampuan utnuk meningkatkan patelet dan menjaga kadar kolesterol dalam darah seterusnya dapat membantu kardiovaskular menjadi lebih sihat .


Kopi Segera Kopi Ginseng

Kopi Segera Kopi Ginseng


Dengan pelbagai khasiat ginseng untuk kesihatan dicampurkan pula dengan kopi yang juga banyak khasiatnya menjadikan kopi segera kopi ginseng amat sesuai diminum .  Kopi ginseng yang banyak khasiat ini dapat menjadikan tubuh anda lebih sihat disamping dapat melawan dan menghindarkan dari pelbagai jenis penyakit .


0 Sila komen:

Post a Comment

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...