Serbuk Kopi Warisan Kita : Cap Gantang


Serbuk Kopi Warisan Kita : Cap Gantang | Ramai antara kita yang masih sukakan rasa kopi asli iaitu pekat dan pahit walaupun dah banyak perasa kopi yang dipelbagaikan di pasaran sekarang . 

Kebun arwah abah sis di kampung adalah kebun kopi tetapi kami masih tak pandai buat serbuk kopi sendiri hingga ke saat ini . Ini mungkin disebabkan kami bukanlah penggemar kopi . Kami dah biasa dengan teh .

Serbuk Kopi Warisan Kita | Cap Gantang



Serbuk Kopi Warisan Kita | Cap Gantang


Serbuk Kopi Warisan Kita | Cap Gantang merupakan produk keluaran Malaysia . Di formulasikan oleh rakyat tempatan bernama Mohammad Hasan melalui Gantang Enterprise dan dikeluarkan melalui kilangnya di Kedah .

Serbuk Kopi Warisan kita adalah sebuk kopi asli tanpa sebarang campuran dan perisa tambahan walaupun campuran mentega . Sis katakan macam tu sebab lidah sis tak merasa mentega / marjerin pada air kopi tersebut . Kopi ini samalah juga dengan kopi jenis espresso yang pekat lagi pahit rasanya .

Espresso


Kalau ada antara anda yang masih tak tahu tentang espresso , espresso adalah serbuk kopi yang rasanya sangat kuat dan pekat . Di panggil espresso sebab kopi jenis ini tiada sebarang campuran atau dengan kata lain , masih asli . 

Espresso diminum tanpa gula dan susu . Di negara barat , ianya di sebut sebagai shot dan dihidangkan di dalam gelas yang kecil .

Bila anda minum Serbuk Kopi Warisan Kita | Cap Gantang , sama seperti anda meminum espresso tetapi anda kena minum tanpa campuran gula dan susu . Pahit ? Sudah tentu tetapi itulah yang penggemar kopi suka .


Serbuk Kopi Warisan Kita | Cap Gantang

Khasiat Kopi


Kopi yang mengandungi anti oksida dikatakan banyak mengandungi khasiat dan baik untuk kesihatan . Selain tu , kandungan kafein di dalam kopi dapat membantu peminumnya dari merasa mengantuk . 

Hitam biji kopi mengandungi banyak khasiat serta vitamin seperti vitamin B2 , vitamin B5 , mangan , kalium , magnesium dan niacin ( vitamin B3 ) . Berikut adalah beberapa khasiat kopi pada tubuh badan anda .

1- Menjadikan Anda Lebih Cergas Di Waktu Malam


Sebab itu , bila anda minum kopi pada waktu malam , maka anda tidak akan merasa mengantuk . Ini kerana kandungan kafein dalam kopi akan meresap ke darah dan terus mengalir ke otak . Justeru itu , otak anda akan jadi cepat berfikir , daya ingatan menjadi kuat , otak juga menjadi aktif dan agresif dan cepat mengawal keadaan .

2- Membakar Lemak


Kajian menunjukkan bahawa kafein di dalam kopi dapat meningkatkan kadar metabolisma dalam tubuh sebanyak 3- 11 % . Manakala untuk obesiti pula , kafein dapat membakar lemak sebanyak 10% tetapi meningkat kepada 29% pada badan yang kurus .

3- Dapat Elakkan Elzimer Dan Demensia


Penyakit Alzheimer adalah penyebab kepada demensia dan berlaku pada mereka yang berusia 65 tahun ke atas . Kajian mengatakan , peminum kopi memiliki risiko yang rendah untuk menghidap Alzheimer .

4- Menurunkan Risiko Parkinson


Peminum kopi mempunyai risiko serendah 32 hingga 60 peratus untuk mendapat penyakit parkinson . Hingga ke saat ini , belum ada ubat untuk menyembuhkan parkinson . 

5- Melindungi Hati


Hati mempunyai banyak fungsi untuk memastikan tubuh anda sihat . Meminum kopi 4 cawan sehari akan dapat melindungi hati daripada sirosis sebanyak 80 peratus . 

Keburukan Kopi


Kopi jika diminum dengan kerap boleh menjadikan anda ketagih dan sukar tidur / insomnia kerana kandungan kafeinnya yang tinggi . Selain itu kafein juga akan menjadikan anda mudah gugup selain mudah mendapat sakit kepala , merasa tegang secara tiba -tiba seperti ada darah tinggi dan cepat melenting walaupun hanya disebabkan oleh perkara kecil .

Kebanyakan penggemar kopi lebih suka minum kopi jenis espresso yang pekat lagi pahit . Keadaan ini akan memberi kesan kepada kesihatan seperti penagih kopi mudah mendapat strok 

Wanita yang sedang hamil adalah dilarang sama sekali meminum air kopi dan juga makanan yang mengandungi kafein untuk mengelakkan jantung anda berdenyut kencang . Selain itu , air kopi bahaya untuk janin apabila boleh menyerang uri dan masuk dalam darah janin dan seterusnya boleh menyebabkan keguguran janin .

Meminum lebih dari 5 cawan kopi sehari boleh memberi kesan / kerosakan kepada dinding pembuluh darah . Jadi  cukuplah sekadar secawan sehari walaupun anda penggemar tegar kopi .

0 Sila komen:

Post a Comment

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...