Juara Parodi 2015 Minggu Ke 7


Juara Parodi 2015 Minggu Ke 7 | Masih ada ke yang minat tengok Juara Parodi 2015 ni ? Sis dan anak buah , bila tonton Juara Parodi 2015 ni adakalanya ketawa , adakalanya pergi tukar channel . Nak buat camna kan , tak semua persembahan mereka menjadi . Ada kumpulan lak yang langsung tak kelakar liriknya .


Juara Parodi 2015 Minggu Ke 7

Siapa nak tonton Juara Parodi 2015 Minggu ke-7 , klik SINI ya .



Juara Parodi 2015 Minggu Ke 7


Untuk Juara Parodi 2015 Minggu Ke 7 ni kumpulan Selamba Blurr ( shuib dan mark adam ) menjuarai carta bersaing dengan kumpulan mawi and tha lawyer yang dianggotai oleh mawi dan zero . Sebenarnya inilah kali pertama kumpulan mawi and the lawyer dapat naik ke tangga kedua di dalam  carta Juara Parodi 2015 . Selalunya mereka hanya berada di bawah tangga ke lima sahaja .

Sebenarnya ada trajedi berlaku sebelum kumpulan selamba blurr buat persembahan .

Sewaktu sesi latihan, saya memang merancang untuk membuat aksi slide sambil bermain gitar di atas pentas. Sebelum kami memulakan persembahan, mereka membersihkan dahulu pentas menggunakan mop.
“Dek kerana lantai yang licin, aksi slide saya menjadi sangat laju dan kaki saya hampir terkena api. Akibatnya, kedua-dua kaki saya melecet.
“Namun begitu, kami amat bersyukur kerana di sebalik kejadian yang menimpa, kami berjaya bergelar juara mingguan untuk minggu kelapan #JuaraParodi,” kata Shuib.
Semakin selesa menjalin kerjasama sebagai satu kumpulan, Mark gembira apabila hasil persembahan kumpulan Selamba Blur diterima dengan positif oleh penonton.
“Saya sangat senang hati melihat lagu parodi kami diterima ramai. Usaha kami selama ini akhirnya membuahkan hasil apabila kami berada di kedudukan yang pertama. Kami akan terus berusaha untuk memberikan yang terbaik di minggu yang akan datang,” kata Mark.

Cabaran minggu ni di Juara Parodi 2015 Minggu Ke 7, mereka kena buat lirik lagu menggunakan bahasa Inggeris dengan grammer yang betul dengan kata kunci tempoyak sauce . Aduhai , macam - macam persembahan mereka tau . Cakap banyak pun tak guna lah kan . Korang tengoklah sendiri Juara Parodi 2015 Minggu Ke 7 ya .



2 Sila komen:

  1. akak tak tengok pun yang miggu ni punya, biasa pun tengok yg ulangan saja..hehehe

    ReplyDelete
  2. SYOK jugak klu dapat layan.. tapi tu lah astro xdak.. thanks kongsi link.. kena bayar ke tak tu? hehe

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...