Satu Hari Yang Malang


Assalamualaikum ...

Satu Hari Yang Malang | Citer dah lama berlaku tapi baru sekarang nak kabor kat korang . Lagak macam lah busy sangat kan . Tapi sebenarnya cuma hilang rentak berbelog , tak disiplin dengan masa dan bulan ini , tetiba je 12 haribulan dah habis quota ... adeh .


Satu Hari Yang Malang



Moh la sis cite je terus kenapa jadi satu hari yang malang . Di satu pagi yang cerah , kami bercadang nak bawa si kecil Ainul yang dah berusia setahun lebih bermain di taman . Kakak - kakak dan abang pi excited sungguh . Maka kami ambil keputusan untuk pergi ke Bangi . 

Bila dah samapi di bangi , my anak buah merungut , lapar ! Bukan mereka je yang lapar , mak usunya pun lapar sebab tak sarapan lagi . Masa dah buat keputusan nak keluar tu , sis baru je minum segelas air . Pastu , macam biasalah , dah nama pompuan kan , memasing bersiap agak lambat .

Kebetulan , taman kat bangi tu berdepan dengan kompleks PKNS , jadi kami decide pergi makan dulu . Masa tu azan zuhur baru je berkumandang . Dari order makan , minum sampailah habis makan , tengok jam dah jejak pukul 3 petang . Maka , pergilah tunaikan solat dulu . 

Keluar je dari Kompleks PKNS , mendung berarak tiba . Gelap sungguh ko . Jadinya , mak usu ni yang nak explore taman sambil tangkap gambar sana sini , terkedu sekejap . Sudahnya , kami pergi terus ke AEON sebab my kakak nak bayar bil . Masa ni hujan dah lebat dan petir berdentum .

Sementara tunggu my kakak , kami buatlah hal masing - masing . Sis macam biasa , pergi ke Guardian mencari sesuatu . My anak buah lak , kedai buku popular jadi wajib singgah . Dalam pukul 6 , baru kami sampai dirumah . 

Sampai di rumah , terkejut tengok man in da house dok kat kerusi depan pintu umah . Alkisahnya , pintu terkunci ... alamak ... pintu ni memang kuncinya dah tak berfungsi . My kakak cuba guna kredit kad yang dah tak guna tapi tak boleh juga . Jadinya , sis cuba lak guna kunci bilik sis . Sudahnya , kunci itu patah ... adeh . Nasib baik ada pendua kat my kakak , klu tak , dah jadi episod ke-2 suatu hari yang malang !

Kami pun menapak untuk ke bahagian belakang . Sampai kat pintu pagar belakang , pintu pagar tak boleh buka lah pulak sebab mangga dah berkarat . Jadinya kami nekad je panjat pagar . Nak buka gril dapur tak de masalah . Tapi tang pintu dapur , tak tahu lagi . Cari kunci , alhamdulillah , boleh buka . 

Rumah masa tu gelap . maklumlah dah pukul 6 dalam cuaca hujan . On lampu tak hidup pulak . Tak pe . Pi solat asar dulu . Usai solat , pi cek , memang tak ada api tapi rumah jiran , ok je . Maknanya rumah kami black out ! Mungkin sebab kilat dan petir . 

Man in da house yang super cool tu , lepas maghrib baru keluar cari barang . Dia ada sijil wirering . Jadi dia tahu apa perlu buat . Jadi kami kena sabor ... ye memang sabor dalam menahan kelaparan !

Maka berkumpullah kami di ruang tamu berlampukan sebatang lilin dan jadi labu labi . My anak buah lak boleh dia buka cerita hantu . Pastu , suruh lak mak usu dan mamanya cerita pasal mengalaman kisah hantu . Tak memasal , tang solat maghrib , tetiba berdiri bulu roma sis ... perghhh .

Alhamdulillah , dalam pukul 8.30 malam , lampu dan on macam biasa . nasib baik tak ada barangan elektrik yang terbakar . Nak cepat makan , kami masak maggi je ... nasib baik ada stok ... heheheee


5 Sila komen:

  1. hihi... mcm2 berlaku..
    tp mujur dpt msuk akhirnya..tp blackout la plok..

    ReplyDelete
  2. Walaupun dah berlalu tapi tentunya jdi kenangan 2015 yang tak dilupakan.
    Nasib baik semuanya di permudahkan ya..

    ReplyDelete
  3. macam macam hei ye..saya pernah gak terkunci macam tu last2 kena mintak tolong jiran sebelah tolong panjat dari balkoni huhu

    ReplyDelete
  4. Tang berkumpul share cerita hantu tu best! :)

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...