Cara Mudah Rawat Penyakit Kayap | Sebenarnya bahan tumbuhan di sekeliling kita yang kita tak tahu ada khasiat tersembunyi . Pokok rumput yang kita selalu pijak - pijak tu pun ada khasiatnya untuk merawat penyakit .
Korang pernah dengar tak rumput sambau . Kalau tak pernah , tentu korang pernah lihat rumput kat gambar di atas ni . Ha ah . Iya lah . Yang kita selalu dok pi pijak-pijak tu . Sis lagi best . Pantang nampak rumput tu kat laman umah , mesti nak cabut . Kalau masih kecil renyah je nak cabut tapi kalau dah besar , mau seluruh tenaga keluar baru boleh cabut terutama bila tanah kering . Kalau epas hujan tu senang je sebab tanah basah .
Cara Mudah Rawat Penyakit Kayap
"Rumput Sambau" yang dianggap tak berguna inisebenarnya sangat berguna untuk rawatan penyakit KAYAP. Caranya nak gunakan rumput sambau ni , korang ikut je panduan kat bawah ni .
- Bedak sejuk + rumput sambau (dilumat)
- Sapu di bahagaian kepala kayap
- Ulang setiap hari sehingga kering
Ada lagi PETUA LAIN yang korang boleh guna untuk mengubat penyakit kayap antaranya :
Petua 1.
Gunakan daun cili dan kapur makan. Tumbukkan atau ramas daun lada serta campurkan sedikit kapur kemudian dan sapukan dibahagian yang terkena kayap. Lakukan sehari 2 kali.. Insyallah kayap akan pudar dan baik dalam masa beberapa hari.
Petua 2.
Menggunakan daun pokok duit2 yang ditumbuk hancur kemudian ambil daunnya serta air perahannya ditekap pada tempat yang kena kayap dan dibengkung semalaman.
Petua 3.
Menggunakan daun delima ditumbuk lumat + bedak sejuk (tanpa pewangi) tampal kat tempat kayap itu. 3 Hari je dah kering, alhamdulillah. Tapi makan kena jaga-jaga sakit takut nanti rasa berbisa dan gatal. Yang penting skali bila dah kering jangan dikupil parutnya, biarkan ia tanggal sendiri sebab kalau bahagian kulit belum betul-betul kering ia akan terluka dan kembali merebak.
Petua 4.
Pucuk daun bunga melur , Pucuk daun buah delima , Daun setawar dan Pucuk daun mambu. Semua daun di atas di tumbuk atau di belender dan di campurkan dengan bedak sejuk dan di bancuh pekat. Di sapu atau tampal pada kayap tersebut.(tampal 2-3 jam sekali) lakukan setiap hari sehingga baik. Makan kena pantang seperti orang dalam pantang bersalin, makan gatal, goreng-goreng tak boleh makan, hanya rebus, stim atau bakar.
Petua 5.
Menggunakan garam bukit (rock salt). cara merawat dengan ambil sedikit garam bukit dan campur sedikit air biar garam bukit tersebut separuh larut dan sapu di kawasan kayap tersebut. amal 2 kali sehari sebelah pagi dan malam. Selepas tu ambil 4 cubit garam bukit dan masukkan dalam segelas air, lepas kacau sehingga larut sambil berselawat dan minum (sunnah rasul).. ini adalah rawatan secara dalaman & luaran, insaAllah penyakit kayap sembuh. Selain itu juga boleh merawat untuk jerawat, gatal serta penyakit-penyakit kulit yang lain.
Petua ke 6.
1. Ambil sebatang pokok keladi candik. Atau nama lainnya keladi merbah.
Daun keladi merbah
2. Seterusnya, anda keluarkan air dari batang pokok keladi tu.
3. Akhir sekali, sapukan air tersebut pada kawasan badan yang dijangkiti kayap. Jika tiada aral melintang, pada keesokan harinya anda dah boleh mengopek kayap tu seperti mengoyak plastik.
Itu namanya pokok sembau rupanya... femes pokok ni, selalu jumpa...
ReplyDeleteTulah....Allah kan berfirman, tidak Dia jadikan di muja bumi ini kecuali ada manfaatnya....Tak gitu Vee
thanks for sharing..
ReplyDeleteRawat secara tradisional nie tak ada risiko ^-^
ReplyDeletedalam kecanggihan teknologi sekarang, yg tradisional juga yang terbaik!!!
ReplyDelete