Missed Call


Missed Call | Selalu saja sis dapat call dari nombor tempatan tapi sis biarkan hingga menjadi missed call . Sebab apa ? Sebab sis tak kenal nombor pemanggil . Bagi sis kalau panggilan itu sangat penting atau mereka kenal sis , mereka akan hantar mesej .

Missed Call



Missed Call 


Minggu lepas dalam masa seminggu , hampir setiap hari sis dihujani dengan panggilan nombor yang pelik . Adakalanya hanya berselang satu minit sahaja dan pemanggil itu buat missed call . Pada awalnya sis pandang sebelah mata je bila tengok nombor tu nombor antarabangsa . Tapi bila dapat panggilan lagi dari nombor yang sama dan berderet - deret , maka mula lah sis menyiasat ala detektif connan kononnya ... heh heh heh .

Oleh kerana malam tu dapat panggilan dari nombor antara bangsa tu masa sis sedang menghadap lappy , maka sis cuba tanya encik google , kod nombor +7 958 297 ... dari negara mana . Al kisahnya , dari Russia ko . Apa halnya orang Russia call sis bertubi - tubi . Kalau orang tu kenal sis , boleh je dia hantar mesej kan .

Tetiba teringat KGB . Ni la penangan bila suka sangat tengok filem spy . Kalau korang suka tengok james bond , ada je musuh KGB dia . Kalau korang nak tahu , KGB ni lebih kurang sama macam CIA . Perisikan ... gitulah kalau tak silap .

Dari pengamatan sis , panggilan tu dibuat dari talian tetap sebab ada kalanya pemanggil guna nombor hujung tu 50 adakalanya 07 . Kalau orang tu kenal sis , maaf lah ye , sis tak mampu nak buat panggilan antaranbangsa . lari bajet sis kang ... heh heh heh . kalau kenal dan penting , kenapa nak buat missed call kan . Dah dia yang berhajat nak cakap dengan sis . Sebenarnya sis ada kenal seseorang yang buat Phd kat sana berberapa tahun lepas . Tak kan tak habis lagi kot ke Russia tu dah jadi rumah keduanya ... ermmm

Tapi sis rasa pemanggil tu adalah scam . tak ada keperluan pun untuk sis call back kan . lantak ko lah talipon nak berdering - dering . Lagipun berdering cuma 2 kali je .

Walaupun sis tak jawab , kredit sis kat dalam tu habis terus tau ... huhuhuuuu . sis guna celcom . walaupun missed call , celcom tetap tolak kredit kita . Kena puasalah sampai hujung bulan nampaknya ... huhuhuuu

Korang pernah ke dapat panggilan dari nombor antarabangsa mcam sis ni . rasanya ramai je yang dapat missed call camtu kan . My kakak pun dapat juga . tapi cuma sekali . Kalau korang terror , rajin meh le cari nombor tu dari part mana kat russia tu ya ... heh heh heh . 

Nombor tak kenal malaysia pun sis bo layan lagi pula no antarabangsa ! Maaf , sis bukan orang peramah bila bab nombor tak kenal ni ... heh heh heh .



20 Sila komen:

  1. Saya pun kena jugak kak.. Dah kena block pon still call jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah kan . mcm tak function je block tu kan ...

      Delete
  2. memang menakutkan.. saya jangan cakap nombor antarabangsa, no malaysia yg x dikenali pun sy x angkat. Hehe..

    ReplyDelete
  3. Bagus maklumat ini buat peringatan pada yang belum terkena lagi seperti kami.

    ReplyDelete
  4. selalu jugak dapat...tapi kalau dari Singapore Sally akan jawab walaupun kredit takde..kahkah

    ReplyDelete
  5. kan.. macam2 sekarang.. nak angkat no tak kenal pun rasa malas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis bkn rasa malas lagi , mmg tak ingin pun ... x de keperluan .

      Delete
  6. wah jauhnya miss call..bnyk duit nk reply call tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg byk . saya tgk kat maxis , charge rm1++ sesaat ... perghhh

      Delete
  7. Replies
    1. tu lah kan . nape x mesej je klu ptg . dah sah mmg x kenal ...

      Delete
  8. sy pun pernah dapat panggilan no mcm ni tapi sy wat dekkk je r...
    sbb lain macam je no tu...takut pn ada

    ReplyDelete
  9. Sama la. Saya pun kalau nombor missed call panjang berjela, tak angkat.

    ReplyDelete
  10. rasanya tak pernah dapat lagi panggilan macam ni.. rasa cuak pula jika scam..

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah rasa mcm tak kene.. tapi kalau call dri yg 5 atau 6 nombor tu selalu lah jugak dpt.. huhu..

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...