Filem Seram 6 - 5 = 2 : Sebuah Kisah Benar



Filem Seram 6 - 5 = 2 : Sebuah Kisah Benar | Sejak kebelakangan ini , filem seram yang berkonsepkan paranormal ibarat sudah menjadi trademark . Mungkin para penerbit merasakan filem seram berkonsepkan paranormal ini lebih mendapat tumpuan dan permintaan tinggi . Malah baru-baru ini sudah diadakan sidang media filem The Counjering 11 yang akan ditayangkan di pawagam pada tahun ini juga yang dikatakan berdasarkan kisah benar sebuah keluarga yang berlaku pada tahun 70an .




Filem Seram 6 - 5 = 2 : Sebuah Kisah Benar


Semasa sis menonton Filem Seram 6 - 5 = 2 : Sebuah Kisah Benar di astro mustika HD , ia menggambarkan filem ini adalah kisah benar yang diceritakan semula oleh salah seorang daripada ahli kumpulan yang terlibat tetapi terselamat .

Filem Seram 6 - 5 = 2 : Sebuah Kisah Benar ini mengisahkan 6 orang sahabat yang telah pergi melakukan pendakian ke sebuah gunung . Dalam perjalanan untuk sampai ke gunung tersebut , berlaku banyak perkara aneh .

Filem Seram 6 - 5 = 2 : Sebuah Kisah Benar banyak berunsurkan suspen dan pada bahagian akhir tu agak seram . Sejak kami menonton filem seram bertajuk bangunan , kamu jarang tengok filem seram waktu malam . Selalunya kami rekod dan tengok pada pagi sabtu secara berjamaah sambil bersarapan ... ngeh ngeh ngeh .

Bukan setakat my anak buah , sis pun dah mula seram nak tidur bila teringat-ingat jak adegan-adegan yang menghantui jiwa nurani juga fikiran ! Kadang-kadang tu gagahkan juga tengok sebab tak sabar nak tengok cerita itu bagaimana . Bila ada adegan seram , tukar je channel jap ... heh he heh ...

Tetiba teringat blogger Sal yang tak dapat tidur dua malam gara - gara tengok filem The Forest di pawagam yang katanya banyak adegan seram .

Sama ada benar ke idak Filem Seram 6 - 5 = 2 : Sebuah Kisah Benar , korang kena klik gambar atas tu untuk menontonnya . Sis harap video atas tu tak ada adegan yang tak sepatutnya sebab sis ambil terus melalui blog edit ...


5 Sila komen:

  1. orait...nak try tengok..tapi tengok ngn en.suami la..sy ni penakut skt

    ReplyDelete
  2. 6-5=2..misteri ni, satu lagi dtg dari mana..huhu..

    ReplyDelete
  3. filem seram tengok siang je xlah ganggu perasaan sgt..seharian lps tonton kita sibuk terlupalh citer tu...

    ReplyDelete
  4. Zumal nie penakut, bila tajuk tu kata kisah benar, automatik minda duk bayang benda2 tu...

    ReplyDelete
  5. ada tengok juga cite tu
    masa tu astro semua channel percuma
    antara doku filem yang paling suspen saya penah tengok
    part last tu saya tutup mata, ngeri sungguh bunyi dia makan tu...eee

    kalau cite omputih, try blair witch project
    sampai sekarang dok teringat walau cite tu tahun 1999

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...