Gembira Juga Hiba


Assalamualaikum ...

Gembira Juga Hiba | Di senja yang baru tiba , mysekitar pukul tujuh malam , tetiba si abang menerjah ke bilik sis lalu menghulurkan sekeping sampul surat :

" mak usu punya . "

Sis pandang sampul surat itu dengan penuh tanda tanya . Dari siapakah gerangannya ? Seingat sis , sis tidak menjadi pengomen tegar di mana-mana blog dan tidak juga memenangi mana-mana giveaway .

Gembira Juga Hiba


Gembira


Sis belek sampul surat itu sambil merasa , apa agaknya yang ada di dalam . Bila sis lihat dibahagian belakang untuk membukanya , terserlah satu perkataan pesanan dari penaja untuk posmen .


Gembira Juga Hiba


Kenapa ada pesanan penaja jangan lipat ? Perlahan -lahan sis buka sampul surat itu . Melihat apa ada didalamnya . Inilah dia yang sis lihat ...


Gembira Juga Hiba


Owh , dear ... SS seseorang yang suka buat kejutan , seseorang yang suka memberi , seseorang yang jiwanya penuh seni , seseorang yang memiliki jemari kreatif dan seseorang yang dihatinya penuh kasih sayang . 

Gembira Juga Hiba


Sis lihat pada bahagian belakang . Nice ... itu yang mampu sis katakan . Melihat stiker berbentuk love sambil memikirkan betapa SS ini memiliki sentuhan yang kreatif kerana sis tahu , sampul ini , SS reka sendiri . Di situ sahaja sudah terlihat keikhlasannya ... SS buat dari hati . 

Sis masukkan semula ke dalam sampulnya . Kerana rapinya SS menghasilkan bungkusan itu , sis rasa sayang nak membukanya .

Semalam sis buka juga sebab sis perlu buat penghargaan diatas pemberian ini . Lalu perlahan-lahan sis buka . Maka tersembullah isi di dalamnya ...


Gembira Juga Hiba


FM Kalendar 2016 ... berlatarbelakangkan sebuah masjid ' Xian Mosque ' . Sayangnya , kamera cap ayam sis tak dapat ambil imej dengan lebih tajam dan tepat . Maka ini sahajalah yang sis dapat persembahkan ...

Dear SS ...

Terima kasih atas pemberian ini .
Walaupun sis datang berkunjung ke teratak SS seminggu hanya sekali 
dan mungkin beberapa kali dalam sebulan
malah tak mampu pun untuk meninggalkan banyak komen ,
SS tetap masih ingat sis dan sudi memberi FM sebagai penghargaan .

Semoga kebaikan ini ...
dapat memberikan kamu jiwa yang bahagia ...

Kasih sayangmu , walau sekadar di maya ,
tetap sis dapat rasai dalam sanubari hingga lubuk yang dalam ...

Hiba


Beberapa hari lepas sis ada berkunjung ke blog SS ...

SS , sis tahu , kamu sedang bejuang ,
berjuang menentang kesakitan itu ...
doa sis dari kejauhan ...

semoga SS cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusannya ...

BERTABAHLAH dear ... ianya ujian dari Nya .
ujian itu memberikan kita keinsafan , kekuatan dan ketabahan ...

lapangkan dadamu , 
senyumlah walaupun perit ...

basahkan lidahmu dan bibirmu dengan zikir , tasbih dan tahmid ...
Allah sentiasa ada di sisi kita ...

REDHA lah dengan seikhlas hati ... 
atas setiap ketentuan dari NYA .


Kepada korang semua yang membaca coretan sis ini , marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan SS dan kesembuhannya . 

Semoga SS dapat menulis lagi bersama lawak -lawak bersahajanya yang membuat setiap pembacanya tertawa ...

Berkongsi dengan kita kisah suka duka pengembaraanya bersama sahabatnya HH untuk meneroka keindahan alam ciptaan NYA ...


SS , you're strong woman ... I really know that .

Fight for your life , your lovers ... dear .


Gembira Juga Hiba


Sejak my arwah bonda pergi 24 /10/2015 , kemudian kucing kesayangan pada 10/1/2016 , sis jadi agak sensitif . Sis merasakan apa yang sis sayang mula diambil satu persatu . Sekarang ini my partner pula baru sahaja menjalani pembedahan kali ke 2 . 

Situasi itu semua membuatkan sis mudah teras dan berasa hiba bila mendengar ada orang terlantar sakit . Lagi terasa bila mendapat cenderahati dari ss tanpa sebarang kad ucapan ketika SS terlantar melawan kesakitan ... 



BEST OF WHISHES for YOU too DEAR SS ...




8 Sila komen:

  1. semoga SS sentiasa bertabah dan diberi kesihatan yg baik, begitu juga vee

    ReplyDelete
  2. sebaknya baca entry ni..SS tak sihat ye.semoga dia kembali ceria macam dulu.sis Vee pun sama, semoga tabah ye

    ReplyDelete
  3. sebak pula baca n3 qv yg akhir ni moga SS tabah berjuang demi hidupnya n kembali pulih sediakala..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah cantik fm tu n kad...

    Moga ss kuat hadapi semua tu...amin

    ReplyDelete
  5. Oh, selalu nampak namanya sebagai komen di blog kawan-kawan tapi saya mungkinlah pernah terjah cuma tak tinggal komen aje. Semoga SS mampu sihat seperti sedia kala. Tahniah Vee dapat cenderahati yang kreatif sangat dari seseorang bernama SS ni ^_^

    ReplyDelete
  6. Nantilah nak gi terjah blog dia....moga dia tabah dan diringankan kesakitannya

    ReplyDelete
  7. Macamanalah... SS boleh terskip baca entry ini... May be saat entry ini ditulis... SS tak berdaya... Sad to tell u... I have another stage to go... But insyallah... Doakan semoga semuanya berjalan lancar... Buat masa sekarang... Kesihatan SS masih on and off... Terima kasih di atas entry ini... Terima kasih doakan SS! Love u Qaseh Vee!

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...