Rawat Sendiri Di Rumah : Elak Sakit Tengkuk, Leher atau Belakang | Rasanya ramai antara korang yang selalu juga dapat sakit tengkuk , leher atau belakang . Lepas tu tak tahu macam mana nak rawat sendiri . Selalunya , korang akan tampal koyok selain sapukan krim .
Rawat Sendiri Di Rumah | Elak Sakit Tengkuk, Leher atau Belakang
Ada beberapa sebab kenapa kita boleh dapat sakit tengkuk / leher atau belakang . Selain duduk terlalu lama pada kerusi yang tidak sesuai atau tidak menyokong tengkuk ketika melakukan kerja menggunakan komputer , cara tidur dan jenis tilam serta bantal juga boleh menjadi punca anda dapat sakit tengkuk / leher atau belakang .
Langkah Yang Boleh Dilakukan
Apabila anda dapati tengkuk , leher atau belakang anda sakit , ada beberapa langkah yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan sakit tengkuk , leher / belakang seperti
1. Tidur di atas tilam spring; letakkan papan di atas dasar tilam.
2. Elakkan diri daripada ketegangan yang boleh menyebabkan sakit belakang.
3. Kekalkan kedudukan susuk badan (posture) yang baik ketika duduk dan berdiri.
4. Apabila mengangkat barang, tegakkan belakang anda dan bengkokkan lutut sahaja.
5. Pelajari senaman yang boleh membaiki pergerakan dan kedudukan susuk badan anda.
6. Jika memandu, anda perlu berhenti dan berehat seketika atau keluar dari kereta setiap 90 minit.
7. Bagi wanita, pakai kasut bertumit rendah.
8. Luangkan sedikit masa untuk berehat dan elakkan daripada terlalu banyak membuat kerja yang membebankan untuk jangka waktu yang lama.
9. Pegang objek yang berat rapat ke badan anda.
10. Apabila duduk di kerusi, pilihlah tempat duduk yang dapat mengampu seluruh paha anda dan biarkan kaki anda lurus ke bawah dan memijak lantai atau bangku kecil dengan selesa.
Cara Rawatan di Rumah
a. Tuam dengan ais atau benda sejuk di bahagian yang sakit untuk selama 15 minit. Jika ini tidak mendatangkan kesan, balut botol air panas dengan tuala dan tuamkan ke bahagian yang sakit. Jangan menggunakan haba pada hari pertama anda terseliuh atau tegang otot.
b. Berehat di atas tilam yang padat dan agak keras yang diletak di atas lantai untuk selama 24 jam. Baring mendatar dengan mengampu lutut di atas bantal.
c. Jangan mengangkat barang yang berat dan elak daripada duduk, membongkok dan memandu terlalu lama.
Sekiranya sakit anda berterusan walaupun anda sudah melakukan semua langkah rawat sendiri sakit tengkuk , leher / belakang , maka anda perlulah
- Dapatkan nasihat daripada mereka yang terlatih dalam bidang penjagaan belakang mengenai senaman yang sesuai untuk mengatasi masalah ini.
- Dapatkan khidmat jurupulih anggota dan ahli kiropraktor untuk membantu anda mencegah kecederaan daripada berulang.
Goog sharing QV..
ReplyDeleteAkak ni selalu sakit tengkuk..
Nak cuba tips ni :)
Senam ringan untuk memulai pemanasan.
ReplyDeleteAnak perempuan kakak selalu hadapi masalah ni,boleh kakak share tips ni pd dia...tq qaseh.
ReplyDeletebagus idea kesehatan camni., ;)
ReplyDeleteKebetulan pulak. Saya tengah sakit tengkuk ni. Dah dua hari macam ni. Disertai sekali dengan sakit kepala!
ReplyDelete