Ngeri | Di satu petang yang cerah , bila dah puas menghadap lappy , sis pun pergilah join anak buah tengok Runningman di TV2 . Ketika kami sedang bergelak ketawa , tiba-tiba ada kereta berhenti di depan pagar .
Salah seorang dari mereka melambai my anak buah yang berdiri di tingkap . Si abang ni , peramah tak fikir risiko . Budak kan . Si kakak-kakak pula masing-masing dah tunjuk muka ketakutan . Tiba -tiba , keluar seorang lelaki ( macam melayu ) berbadan sasa ala gangster macam nak tarik kereta dengan muka yang sedikit bengis . My anak buah dah jadi kelam kabut .
Mungkin kerana porch yang kosong ( gajah merah tak ada sebab my kakak keluar ) jadi lelaki itu berani berdiri di pagar . Mungkin dia fikir cuma bebudak saja yang ada di dalam rumah ketika itu . Sis memandang dari sofa yang menghadap tingkap dan melihat susuk tubuh itu berkata pada si abang :
" panggil abah . "
Ya . Dua orang itu tidak tahu man in da house ada di rumah sebab kereta diletakkan di bahu jalan . maka turunlah man in da house dan keluar . Tapi man in da house hanya berdiri di porch sambil bertanya dengan suara dan muka yang gangster juga .
Butir pertanyaan tu taklah sis dengar tapi mungkin mereka itu tanya tentang seksyen sebab itu man in da house tunjuk arah kanan . Tak mungkinlah man in da house tahu semua nama penghuni taman yang banyak seksyen ni . Maka keluarlah si pemandu berbaju kemeja dan memakai kad kerja dilehernya dengan sengih - sengih . Man in da house cuma jawab apa yang mereka tanya , rasanya . Lepas itu masuk semula .
Bila fikirkan , kedatangan mereka dan kenapa memilih rumah ini untuk bertanya , kami jadi ngeri . Kenapa rumah kami yang dah nak sampai ke jalan mati yang mereka pilih . Kenapa tak tanya sahaja pada penjaja serta pelanggannya yang ramai di simpang jalan masuk tu . Kalau setakat tak tahu seksyen , disetiap simpang jalan masuk ada papan tanda seksyen dan nombor jalan . Ada kepelikkan di situ .
Dalam pada ngeri memikirkan tujuan sebenar mereka itu , sis rasa bersyukur sebab tergerak hati nak join mereka di ruang tamu . Kalaulah pada masa itu , sis tiada di ruang tamu , sudah pasti si abang akan meluru keluar dengan senyum manisnya walaupun si kakak-kakak dah mula ketakutan .
Dan surprisenya , grill pintu ternganga . Perghhhh ... memang si kakak lah kan kena bebel sebab dia yang tutup pagar selepas mamanya keluar . Penat sebenarnya ingatkan kat bebduk ni . Jangan bairkan grill ternganga dan biarkan kunci tergantung pada grill , tapi tetap buat juga terutama si qistina yang lapan tahun itu ... adeh .
Untuk pengtahuan korang , depan rumah my kakak ni selalu menjadi tempat kereta buat u turn . Selalu juga ada kereta berhenti sebab beri laluan pada kereta lain . Kami dah pesan , kalau ada kereta berhenti depan rumah , tunggu sampai mereka keluar . Kalau saudara mara mereka kenal . Kawan mama dan abah mereka pun merka kenal . Kalau tak kenal , pastikan grill dan pintu bekunci dan phone ada di sebelah . Kalau mereka buat sesuatu , panjat je kerusi dan ketuk pintu atau panggil je auntie sebelah .
Sampai sekarang dok fikir apa sebenarnya mereka nak . Kalau nak tarik kereta , kereta putih dah lama habis bayar , Gajah merah baru je renew roadtax dan insurance . Of coz lah bayar sekali bulanannya kan . Masalahnya , modus operandi mereka tu selalu je kita dengar dan baca adalah untuk merompak dan menculik kan ... hurmmmm .
Makanya , tawakkal kepada Allah sahaja lah . Sebab DIA adalah sebaik-baik penjaga ... Masa tutup / kunci pintu bacalah surah al-Ikhlas dan Ayat Kursi .
Korang ada pengalaman macam ni ?
Sentiasa sangat perlu berhati-hati la ni ...jenayah sentiasa mengintai mangsanya yg leka moga dijauhi Allah musibahnya.
ReplyDeletengeri kanns.,
ReplyDeletemugo2 negara akan tetep aman damai sejahtera sentosa senantiasa., aminn
kak yan tak ada pengalaman
ReplyDeletesemoga keluarga sis dilindungi.. bahaya skrg ni mcm2 boleh jd. kena lebih berhati2
ReplyDeleteIn Shaa Allah.. mga djauhi drpda pkara yg tdak baik
ReplyDeleteYa Allah Ya Hafiz, Ya Muhaimin lindungilah jagalah dan peliharalah hambaMu di mana jua kami berada....
ReplyDeleteAda kalanya memang lebih baik bersangka buruk walau sebenarnya tak baik bersangka buruk. Tapi kalau yg nak bertanya muka pun gangster siapa tak takut.
ReplyDeletealhamdulilah.. semuanya selamat
ReplyDeleteskarang kena berhati2 byak kes yg tak dijangka boleh terjadi..
ya Allah....ngerinyerrr....entah apa lah tujuan org tu kan....bahaya tol....mgkin dia igt xde org dewasa kot dalam rumah....mmg kena hati2 skg nih...jenayah ada di mana2....
ReplyDeleteSituasi sekarang nie dimana saja kena berhati-hati
ReplyDeleteitulah..sekarang..segala hal kena berhati-hati..
ReplyDeletesekarang kene banyak berhati-hati dah memang kene curiga dengan org.. untuk bersangka baik kene tengok situasi.. huhu
ReplyDelete