Tanggungjawab Sosial


Assalamualaikum ...

Tanggungjawab Sosial | Sekolah sudah bermula seminggu yang lalu . Sebelum sekolah di buka , sis bertanya pada anak buah . Esok nak sekolah , seronok tak ? Jawab mereka tak seronok sebab kena bangun pagi ... heheheeee . Yang herannya , masa membeli barangan sekolah , excited bukan main ! Macamlah rindu sangat nak belajar .

Tanggungjawab Sosial



Sis sebenarnya terkilan bila barangan untuk keperluan sekolah masih dikenakan GST . Kerajaan sepatutnya perlu lakukan tanggungjawab sosial dengan mengecualikan barang keperluan sekolah daripada GST memandangkan perbelanjaan untuk sekolah anak - anak bukan sekadar dari hujung rambut sampai ke hujung kaki , tetapi juga meliputi buku sekolah , yuran sekolah , tambang bas , yuran tusyen . Kalau anak itu lebih dari seorang dan ada dua sesi persekolahan dalam sehari , lagilah tinggi perbelanjaan kan . 

My kakak kebetulan pulang ke kampung pada Disember lepas sebab anak buah man in da house bertunang . Jadi my kakak ambil kesempatan membeli keperluan sekolah di pekan Rengit . Di situ , my kakak hanya habis lebih kurang RM400++ untuk keperluan dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali kasut untuk 5 orang anak . Seorang dapat 2 pasang . Kalau di sini , jumlah perbelanjaan untuk semua itu dah mencecah lebih kurang RM700++ .

Sebenarnya , imej kat atas itu juga berlaku di sekolah my kakak . Cikgu dapat kesan bila si adik sekolah , si kakak cuti . Bila si kakak sekolah , adik pula cuti . Kerana keanehan itu , cikgu buat siasatan . Alkisahnya , mereka berkongsi baju sekolah . Maka para cikgu menjalankan tanggungjawab sosial melakukan apa yang perlu bagi dua beradik itu agar dapat belajar dengan sempurna . Di sekolah my kakak , para guru di sesi petang ambil inisiatif menyediakan tabung . Duit dari tabung itu digunakan untuk belanja makan anak murid yang tak keluar makan pada sesi petang . 

Kalau dikampung , orang miskin boleh saja buat rumah tumpang di tanah sesiapa . Ada saja yang akan menghulurkan keperluan harian untuk mereka walaupun tak mewah . Tetapi , miskin tegar dibandar sangat seksa . Nak sewa bilik pun tak mampu lagi pula nak sewa rumah . 

Tahun ini , my anak buah qistina sekolah sesi petang . Setahun yang lepas my anak buah si abang juga sesi petang . Pada ketika itu my kakak gunakan perkhidmatan bas sekolah ( van ) yang lakukan kerja sembrono sahaja . Maklumlah mereka makan gaji . Tak nak ambil my anak buah pada waktu pagi untuk sesi ko-kurikulum di sekolah . Malah turunkan si abang hanya di simpang masa hantar balik . Dah la gitu , bulan disember pun kena bayar penuh walaupun tak gunakan perkhidmatannya . Bukan riba' ke ?

Maka untuk bas sekolah qistina sesi petang my kakak ambil inisiatif mencari surirumah yang ambil perkhidmatan ambil dan hantar budak sekolah . Selain menjalankan tanggungjawab sosial membantu suri rumah mencari pendapatan , mereka juga ibarat pemandu peribadi . Mereka sangat jaga kebajikan budak yang mereka hantar dan ambil . 

Jadinya , kalau ada suri rumah diluar sana yang nak cari pendapatan sampingan , bolehlah ambil upah ambil dan hantar anak jiran setaman . Untuk my anak buah ni , bayaran yang dikenakan sebanyak RM175 seorang , Bayangkan kalau kereta exora itu dapat isi 9 orang untuk sesi petang dan 12 orang budak tadika ( RM60 ) dalam sehari , korang rasa berapa pemandu itu dapat dalam sebulan ? Sis yang gatal tangan pi congak , boleh dapat RM2k dan lebih sebulan tau . Lepaslah duit installment exora . Cuti sekolah boleh pi cuti-cuti malaysia lagi ... perghhhh . Rasanya para bapa yang sedang menganggur pun boleh buat kerja ni sementara nak tunggu dapat kerja tetap kan ...


Rezeki ada dimana-mana jika kita rajin cari ...

5 Sila komen:

  1. insya-Allah ramai kita yg prihatin atas kesusahan org lain...semoga ramai yg membantu meringankan beban keluarga ini.

    ReplyDelete
  2. Tak pernah pulak kakak beli barang sekolah kat Rengit ...kalau lah kakak tau lebih murah,lain kali boleh beli..

    ReplyDelete
  3. kesian budak2 yg tak dpt kemudahan utk ke sekolah. yg beruntung ni kena bersyukur. dulu brg xmahal lg masa zaman nina sekolah nk banding dgn skrg jauh lg mahal

    ReplyDelete
  4. Membantu kita di dunia moga banyak bekalan kita di akhirat

    ReplyDelete
  5. teknologi sekarang... krn sekeping gambar...mcm2 cerita jadi... kiranya apa y tersebar xleh pcaya bulat2

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...