Fesyen Terkini ? | Sabtu lepas , saja-saja join my kakak ambil si Nabila di sekolah dengan bala tentera sekali sebagai escort . My anak buah ni , semuanya kaki jalan kecuali si kakak sulung Najwa . Dia lebih rela layan tv dengan mak usunya . Adakalanya , balik kampung pun dia tak ikut .
Tahun ini kata nabila , koko ( ko-korikulum ) diadakan setiap hari Sabtu . Si abang pulak , gembira le sangat sebab Takewando-nya juga diadakan pada hari Sabtu . My kakak pula , tak syok lah sebab tak dapat nak rehat panjang .
Selepas usai mangambil Nabila , macam biasalah meronda-ronda . Si Hanani , mesti ada yang dia nak beli atau pau mamanya . Selalunya novel . Dan Nabila juga Qistina akan tumpang sekaki beli komik . Kalau my kakak kata tak ada bajet , selamba je my anak buah keluar duit dari poketnya . My anak buah ni dah belajar simpan duit untuk belanja apa yang mereka suka . Duit belanja RM5 yang my kakak beri setiap hari , selalunya tak habis dan mereka simpan dalam tabung .
Hanani ini , kalau novelnya sudah habis dibaca , maka meroyanlah dia nak beli novel yang baru . Dalam bilik dia , dah penuh satu rak comel itu dengan novelnya . Yang lain , tumpang baca . jimatkan ... heheheee . Pun begitu , sampai la ni , mak usunya ini masih belum ada masa nak membelek sebab blog sudah cukup memenuhkan masa yang ada ... heh heh heh .
Pergi ke Giant , tuju ke ATM dulu cek RM . Alhamdulillah , ada rezeki sudah masuk . Apa lagi , jom anak-anak , kita pi makan . Gambar di atas itu cuma makanan yang dioreder untuk mama , sis , baby dan qistina . Pas tu berhajat nak snap lak makanan yang diorder my anak buah tiga orang lagi yang dok di meja belakang . Bila toleh je , ermmm ... udah licin !
Korang perasan tak , comel je bekas air itu . Kalau dulu dengan harga RM2.50 / 3.50 dapat bekas besar . Nak buat camna kan , redha je lah . Tempat lain pun dah macam tu juga .
Tengoklah si baby Ainul yang sudah kelaparan selepas bermain di palyground dengan Qistina . Gambar pertama tu , konon nak makan dengan sudu . Yang kedua lak , makan daun salad . Yang ketiga , nasi ayam tak berapa masak dan supnya agak masin , tak sedap katanya . Moh la kita main nasi je ... huhuhuuuu . Nasib baik my tomyam dan nasi goreng paprik my kakak sedap .
Masa perjalanan balik , melalui mesin ATM , sis terpandang 3 orang gadis berwajah arab kelihatan seperti pelajar ... owh , di tempat sis ada sekolah international ya . Berseluar jin ketat ala legging , berbaju t-shirt lengan panjang tapi melekat di badan dan bertudung tetapi keluar jambul dan dedahkan bahagian dada ... fesyen terkini kah ?
Setahu sis , wanita yang memakai tudung tapi keluar jambul kat depan tu adalah wanita Iran . Apa yang sis fikirkan , kalau ' fesyen terkini ' yang mereka gayakan itu menjadi ikutan remaja tempatan , ianya jadi viral , maka akan ramailah lelaki yang menjadi ustaz segera sambil cuci mata .
Nasib baik sis tak terfikir nak tangkap gambar . Kalau tangkap pun pastu tayang kat sini , tetiba ada yang gatal tangan viralkan , tak memasal dah memanjangkan dosa pastu kena tanggung lagi kat akhirat ... ermmm .
Kesian si comel nasi ayam tak masak dan masin ye..
ReplyDeletePenyudahnya main sepah2 tu QV..
MACAM2 FESYEN TERKINI LA NI ..NAK ADAPT KENA FIKIR PANJANG...
ReplyDeleteisk...isk.ada juga fesyen yang macam tu eh
ReplyDeleteassalamualaikum..singgah sini jenguk qaseh vee
ReplyDeletekecil2 dh pandai managed duit sendiri nanti besar senang hidupnya. hehee
ReplyDelete