Kuih Sagon


Kuih Sagon | Semasa man in the house ada seminar di Penang , dia kembali dengan membawa beberapa buah tangan . Ada satu buah tangan yang my anak buah tak reti nak makan . Mereka cuma pandang kemudian rasa sikit , pastu pergi . Ada juga yang bertanya , kuih apa itu ? Sis lak , bila sekali pandang je dah tau apa nama makanan itu walaupun masih dalam bungkusan . Bukti betapa usia itu memberi kita kelebihan ... meh meh meh .

Kuih Sagon

Kuih Sagon 


Sebagai mana tajuk , mestilah korang dah tau makanan dalam bungkusan itu adalah kuih sagon . Kuih sagon ni setahu sis adalah makanan tradisi orang Jawa . Rasanya , sesiapa yang ada kebun kelapa , tau kot pasal kih ni . Ini sebab , kuih sagon dibuat daripada kelapa parut .

Cara membuat kuih sagon pun mudah saja . Korang cuma perludapatkan kelapa parut . Kelapa yang diparut tu pulak mestilah yang sudah dibuang bahagian bawah isi kepala yang berwarna coklat gelap untuk dapatkan warna kelapa parut yang putih sepenuhnya . Barulah cantik .

Bila sudah ada kelapa parut , korang cuma perlu sangan ( masak tanpa minyak ) kelapa parut itu di dalam kuali dengan api yang sederhana . Sentiasa kacau supaya tak hangus . Kaedahnya sama macam korang masak serunding . Masak hingga kering .

Bila dah garing , sejukkan . Lepas itu masukkan dalam pengisar dan kisar bersama gula . Orang dulu gunakan lesung batu untuk tumbuk sampai jadi serbuk . Lepas itu , sudah boleh dimakan . 

Ada juga yang tak kisar / tumbuk tapi terus masukkan dalam acuan dan padatkan untuk dapatkan bentuk yang tertentu . Cara nak buat kuih sagon yang padat ni , kena cari resepinya di Google lah .

Sis dah tunjuk macm mana cara makan kuih sagon kat my anak buah tapi mereka masih tak pandai nak makan . Makan kuih sagon ni ada pantangnya . Pantangnya ialah , korang tak boleh bercakap semasa makan kuih sagon . Kalau tidak ,sudah tentu berteraburlah ( tersembur ) kuih sagon yang ada di dalam mulut tu ... heh heh heh .

Dulu , masa sis kecil , kuih sagon ni dah jadi sajian utama di hari raya . Saudara mara kalau datang pun suka cari kiuh sagon selain biskut jem nenas ( orang sekarang panggil biskut tart lah ) ...


6 Sila komen:

  1. sedap tu sagon...kecik2 dulu memang suka sangat makan, sekarang macam susah nak jumpa pula

    ReplyDelete
  2. dah lama tak jumpa sagon..dulu selolah petng selalu beli dekat kawan....terasa diri terlalu tua pulak...huhuhu

    ReplyDelete
  3. sekali pandang dah tau apa, saya paling suka yang banyak kelapa berbanding yang banyak tepung tu.

    rasa teringin nak makan lah pula, tapi susah nak cari sekarang ni :)

    ReplyDelete
  4. Dulu kawan2 akak rajin jual kat sekolah .Makan memang sedap tapi part tersembur dan serett kalau tak minum air tu yg tak tahan.
    Budak2 skg mnalah tau mkn sagon ..

    ReplyDelete
  5. budak2 sekarang ada yg pernah jumpa kuih sagon...

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...