Novel Akadku Yang Terakhir


Novel Akadku Yang Terakhir | Amar Baharin dan Tiz Zaqyah bakal menjadi hero dan heroin untuk drama Akadku Yang Terakhir adaptasi novel karya Acik Lana di Astro Prima sebanyak 43 episod .


Novel Akadku Yang Terakhir



Sinopsis:-




Tugas sebagai seorang Pakar Psikoterapi telah menemukan Rania Baheera dengan seorang duda yang tiga kali berkahwin, tiga kali bercerai tanpa sebab bernama Irham Zahri. Dan keengganan Irham Zahri untuk bekerjasama dalam setiap sesi terapi yang diatur menambahkan rasa sebal di hati Rania.



Hati yang rimas mula bergetar indah tatkala kehadiran Rania berjaya menghapus bayang-bayang silam dan menyuntik keyakinan buat dirinya. Usaha meraih kepercayaan Rania membuahkan hasil apabila cinta yang dihulur disambut penuh kasih. Dan sekali lagi lafaz akad nikah meniti di bibir Irham Zahri dengan tekad yang perkahwinan ini akan menjadi akadnya yang terakhir. Tiada lagi selepas Rania!

Tatkala dibuai keindahan menikmati alam berumah tangga, hubungan Rania dan Irham Zahri bergoncang dengan kehadiran Zalia yang menaruh dendam dan juga sikap melindungi Fazriq.

Mampukah akad yang dilafaz menjadi akad terakhir yang kekal sehingga ke hujung nyawa?

“Kerana aku mula mengerti betapa indah cintamu, Betapa agung dan tulus kasih sayangmu, Kini aku bersumpah, kau yang terakhir buatku….”


Kepada sesiapa yang hendak membaca Novel Akadku Yang Terakhir Bab 1 ( intro ) sila klik di SINI


4 comments:

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...