Buat Sendiri Di Rumah : Cara Mudah Halau Serangga


Buat Sendiri Di Rumah : Cara Mudah Halau Serangga | Serangga di rumah manusia ini ibarat isi dan kuku kot . Sebab selalunya , mesti ada serangga walaupun rumah itu tak ada pokok / tanaman . Rumah atas angin , selamatlah sikit . Tapi kekadang pun ada juga nyamuk kan . Ibarat datangnya tidak diundang , perginya perlu dihalau . Tak memasal pepagi dah buat perumpamaan .

Buat Sendiri Di Rumah : Cara Mudah Halau Serangga



Selalunya , cuma ada empat jenis serangga je yang suka berkongsi habitat dengan manusia ni iaitu semut , lalat , tikus , lipas dan anai-anai . Boleh je kalau nak halau serangga menggunakan cara yang paling mudah iaitu hanya dengan sekali semburan ridsect . Lepas tu terkelepek lah mereka kan . 


Buat Sendiri Di Rumah : Cara Mudah Halau Serangga


Sebenarnya ada cara yang lebih mudah korang halau lalat , semut , lipas , anai-anai dan tikus ni tanpa gunakan ridsect yang baunya itu boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan manusia jika selalu dihidu . Berikut adalah kaedah yang boleh digunakan untuk menghalau serangga di rumah korang .

Lalat


Letakkan secekak daun kari di dalam bekas berisi air dan letakkan di sudut tempat makan untuk menghalau lalat .

Semut


Semburkan air sabun di tempat semut berkeliaran untuk beberapa hari . Lepas itu lihatlah hasilnya .

Tikus


Taburkan serbuk lada hitam di tempat laluan tikus .

Anai-anai


Campurkan garam , air bersama dengan tanah . Kemudian renjislah di sarang mereka .

Semut Dan Lipas Dalam Kereta


Letakkan daun pandan yang disimpul di dalam kereta anda .


Tikus adalah serangga yang boleh mendatangkan bahaya kepada manusia melalui penyakit hawar  ( kalau tak silap sis lah ) dan juga kencing tikus . Usahakan seboleh mungkin untuk hapuskan tikus dari rumah korang sebelum berlaku bencana kepada keluarga korang . 

7 comments:

  1. petua yg bagus di kongsi
    buat masa ni rmh ky banyak semut. pantang letak makanan manis sekejap dihurungnya..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kongsi QV..

    Akak nak cuba yg halau tikus dan lipas dalam kereta tu..
    Yang lain tu akak dah cuba.. memang berkesan..
    hendaknya semut tu..

    ReplyDelete
  3. Rumah kakak tikus/lipas tak ada masalah tapi semut alahai tak boleh leka sikit mesti ada yg merayap. Rasa kakak dari pokok2 yg kakak tanam kat belakang rumah agaknya..

    ReplyDelete
  4. Tips yg mudah utk dicuba...tksh perkongsiaannya.

    ReplyDelete
  5. lipas, anai+ dan tikus sy geli..semut tu pulak memang annoying huhu

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...