Halau Nyamuk Dengan Mudah Tanpa Penyembur | Beberapa hari lepas , datang email dari seseorang bertanyakan sis bagaimana nak halau nyamuk tanpa guna penyembur ( ridsect ). Sebenarnya banyak cara dan banyak juga bahan semula jadi yang korang boleh gunakan untuk halau nyamuk . Semuanya terpulang kepada korang nak buat ke tidak . Kalau tak rajin , pasang saja ubat nyamuk yang tak ada asap tu ... meh meh meh .
Sejak kebelakangan ini rumah sis juga banyak nyamuk . Bila beberapa hari panas selepas hujan . ini bermakna nyamuk mula membiak dan keluar dari sarang . Masa ni korang memang perlu bersedia dengan kehadiran nyamuk .
Apa yang korang perlu pastikan adalah , tiada sebarang air yang bertaug di sekeliling rumah . Kalau depan atau sekeliling rumah ada longkang , bersihkan .
Bersihkan halaman rumah dari daun-daun, dahan-dahan jatuh dan pendekkan rumput serta rimbunan. Sila ketahui, nyamuk betina setelah bersenyawa dengan jantannya, akan cari tempat relax semalaman di celah rumput panjang atau bawah daun jatuh. Esoknya barulah ia menyerang manusia untuk dapatkan darah agar boleh bertelur dalam air. Nyamuk betina memang jahat.
Halau Nyamuk Dengan Mudah Tanpa Penyembur
Berikut adalah antar cara yang korang boleh gunakan sebagai alternatif menghalau nyamuk menggunakan bahan semulajadi .
1- Asap
Masa sis duduk di kampung , hampir setiap petang arwah bonda sis membakar sampah di halaman rumah . Bila sis tanya , my arwah bonda memberitahu bahawa tujuan dia membakar sampah itu adalah supaya asap sampah tu dapat halu nyamuk yang akan keluar diwaktu senja .
2- Kelambu
3- Jeremin
Tanam pokok jeremin ( halau nyamuk ) di tempat yang strategik . Korang boleh beli pokok jeremn ni kat nurseri . Lepastu korang letaklah pokok tu kat tempat nyamuk bersarang atau di tempat yng banyak nyamuk .
4- Limau Nipis Bersama Cengkih
Cara nak buat senang jer. Limau dipotong dua kemudian cucuklah cengkih seberapa banyak yang suka. Kalau dah kecut limau, buat lagilah yang baru. Kemudian , letakkanlah limau nipis yangdicucuk cengkih tadi berhampiran dengan korang .
5- Pokok Serai Wangi
Tanam pokok serai wangi di tempat strategik . Jika halaman rumah kita bersih dan berbau serai wangi tapi jiran kita dok usahatani nyamuk, parah kita nanti. Kesannya berkurangan. Nasihatkan mereka baik-baik.
6- Minyak Essential Oil dari kedai Aromatherapy atau supermarket
Minyak essential oil ni ada banyak bauan seperti serai wangi , pudina , minyak kapak dan kayu putih . Titiskan minyak-minyak tersebut ke cebisan kain dalam 1 kaki atau kurang. Gantung di ruang yang tak mau ada gangguan nyamuk . Korang boleh juga sapukan minyak itu pada anggota badan .
7- Pasang Lilin
Pasang lilin yang beraroma serai wangi atau pudina . Masalahnya , kalau lilin ni kita tak boleh pasang masa tidur , takut berlaku kebakaran pula .
8- Bela Burung Layang-layang
Jika mereka degil sangat, barulah kita bela burung layang-layang kat tepi pagar menghala halaman mereka ( kalau larat lah ).
9- Buat Perangkap
Korang boleh buat perangkap nyamuk dengan menggunakan botol minuman . Stepnya , korang boleh ikut langkah-langkah dibawah .
10- Perlindugan Badan
Cara membuat bahan untuk perlindungan badan adalah seperti berikut
1. Beberapa butir bunga cengkih
2. Sebatang serai dengan daun yang dipotong-potong halus
3. Satu biji limau purut atau limau nipis atau lemon atau setangkai pudina
4. Sediakan setekoh air suam
5. Perah limau ke dalam tekoh dan masukkan yang lain
6. Tutup tekoh dan biarkan beberapa jam sehingga air berbau wangi.
7. Sebelum tidur, sapukan pada bahagian badan, tangan, kaki yang mudah diserang nyamuk.
8. Tapis air tersebut dan simpan dalam botol kaca dalam fridge. Boleh guna 2 atau 3 hari.
2. Sebatang serai dengan daun yang dipotong-potong halus
3. Satu biji limau purut atau limau nipis atau lemon atau setangkai pudina
4. Sediakan setekoh air suam
5. Perah limau ke dalam tekoh dan masukkan yang lain
6. Tutup tekoh dan biarkan beberapa jam sehingga air berbau wangi.
7. Sebelum tidur, sapukan pada bahagian badan, tangan, kaki yang mudah diserang nyamuk.
8. Tapis air tersebut dan simpan dalam botol kaca dalam fridge. Boleh guna 2 atau 3 hari.
Baca juga :
Good Sharing..Tq.. =)
ReplyDeleteBAGUS TIPS YG DIBERI XPERLU SUUSAH PAYAH BELI RIDSEK YG MAHAL TU...LBH SELAMAT TERINDAR DARI KIMIA BERACUN...
ReplyDeletepaling mudah step no 4 tu
ReplyDelete