Drama Married Tapi Benci Akan Datang Di TV3


Drama Married Tapi Benci Akan Datang Di TV 3 | Drama married tapi benci akan bersiaran di slot Lestary di TV 3 . Drama married tapi benci dilakonkan oleh Shafiq Kyle yang membawakan watak sebagai Kamal dan Azia Syafinaz pula sebagai Rina menjadi peneraju utama dan dibantu oleh Mustaqim Bahadon, Zalif Sidek, Isyariana Hanarose, Cat Farish .

Drama Married Tapi Benci Akan Datang Di TV 3



Drama married tapi benci akan ditayangkan selepas drama cinta teruna kimchi berakhir . Tentu ada yang bertanya kenapa pula ditayangkan sebelah malam ? Sebenarnya , selepas ini , slot Lestary dan slot Zehra akan ditayangkan pada masa yang sama tetapi ikut sistem giliran . Macam mana boleh jadi macam tu , itu kena tanya TV3 lah ya .

Sejak kebelakangan ini , banyak benor tajuk drama berlatarbelangkangkan kehidupan rumah tangga yang lebih kurang macam ni . Dah jadi macam trend pulak . Tak tahulah kalau itu keywords yang penonton cari bila nak tengok drama . Maka , pihak tv yang suka sangat kejar ranking tu pun suruh penerbit keluarkan drama dengan tajuk lebih kurang sama macam tu lah kan .

Tapi lah kan , drama korea tu boleh je gunakan tajuk yang lari dari kebiasaan tapi kisah cintanya memang tip top . Inilah kalau setiap hari dok tengok drama korea . Buat perbandingan mesti dengan rama korea ... heheheee .

Ni , kalau sis cerita pasal drama korea , kang jadi panjang pulak . Pening korang nak hadam . Nasib tak baik terus tidor ... eh , ada ke ? ... heh heh heh 




2 Sila komen:

  1. Kan... walaupun kisah cinta tapi penceritaannya berbeza dengan drama melayu. Drama melayu kadang dah dapat agak dia punya cerita tapi drama korea kadang kita tak sangka macam tu kesudahannya. opsss terlebih pulak citer korea

    ReplyDelete
  2. tajuk drama skrg kemahin huhu. selamt pagi tuan blog

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...