Teh Mahkota Dewa | Apabila arwah bonda sis tiba-tiba mengalami kekejangan kaki , kami bawa ke hospital . Di sana , doktor mengesahkan kaki arwah bonda kejang sebab gangguan saraf . Bila kami panjangkan kekejangan kaki bonda pada ahli keluarga terdekat , ada yang mencadangkan supaya arwah bonda meminum Teh Mahkota Dewa .
Teh Mahkota Dewa
Teh Mahkota Dewa dirumus khas daripada herba-herba yang terpilih dan berkualiti tinggi seperti Phaleria Papuana , Orthosiphon Aristus , Acalypha Indica , Ficus Deltoidea , Stevia Herbs , Zaffaron dan Phyllanthus Niruri . Ia dapat membantu mengurangan toksin dalam badan dan sebagai anti oksidan .
Teh Mahkota Dewa dapat membantu melancarkan perjalanan darah dan membuang angin dalam badan serta dapat melegakan keletihan seharian . Teh Mahkota Dewa juga dapat melegakan sakit sendi dan otot . Ia juga dapat membantu mengawal kencing manis , darah tinggi dan kanser . Rasanya yang begitu menyegarkan dan khasiat yang terkandung sememangnya sesuai untuk seisi keluarga .
Khasiat Buah Mahkota Dewa
Buah mahkota dewa mengandungi alkaloid yang berfungsi sebagai detoks yang mampu menuteralkan racun dalam badan .
Saponin dalam buah mahkota dewa pula dapat meningkatkan sistem imun dalam tubuh , mengurangkan kadar gula juga pegumpulan darah . Selain itu , saponin merupakan sumber anti bakteria dan juga anti virus yang terdapat dalam badan .
Manakala kandungan flavonoid dalam buah mahkota dewa dikatakan mampu mengurangkan risiko penyakit jantung koronari , kandungan kolesterol serta pengumpulan lemak pada dinding pembuluh darah . Flavonoid yang bersifat anti radang serta berfungsi sebagai anti oksidan juga mampu melancarkan peredaran darah ke seluruh badan mencegah berlakunya penyumbatan pada pembuluh darah . Sekiranya mengalami pendarahan atau pembengkakkan , buah mahkota dewa dapat mengurangi rasa sakit .
Polifenol yang terdapat dalam buah mahkota dewa pula berfungsi sebagai anti alahan .
Selepas mengamalkan meminum teh mahkota dewa , ada lah sedikit perubahan . Kadang - kadang sis minum juga teh mahkota dewa ni . Itu pun sebab ada beberapa uncang yang masih berbaki .
Di Indonesia , buah mahkota dewa ni mereka telah gunakan untuk merawat banyak penyakit dan sebagai tonik kesihatan macam kacip fatimah dan tongkat ali di Malaysia. Malah pokoknya juga banyak ditanam di sana .
Di Malaysia , mahkota dewa macam perkara baru je sebab tak nampak pun dikomersilkan . Malah tak ramai pun yang ada tanam pokoknya .
Kakak ada tanam 2 pokok mahkota dewa tapi terbiar gugur je buahnya bila masak.Nak minum mahkota dewa biasanya beli kopi ,belum pernah rasa teh lagi
ReplyDeletebaru nak mencuba tanam mahkota dewa dalam pasu.
ReplyDelete