Telemovie Adaptasi Novel Crush Next Door


Telemovie Adaptasi Novel Crush Next Door | Telemovie Crush Next Door dah ditayangkan pada 30 Januari lepas jam 9 malam . Tapi baru hari ini ada peluang nak share di blog ni . Kalau cerita memang best , lambat disiarkan pun ada gak yang nak tengok kan ... heh heh heh .


Telemovie Adaptasi Novel Crush Next Door

Telemovie Adaptasi Novel Crush Next Door


Kenapa cerita adaptasi novel Crush Next Door tak di jadikan drama ? Bab ni sis pun pelik juga dan sudah tentu sis tak tahu kenapa . Kan selalunya productions house berlumba-lumba nak buat drama dari novel . Cuma , kalau crush next door  dijadikan telemovie , jalan cerita akan jadi ringkas dan mudah . Kalau crash next door buat drama yang ada banyak episod tu , sudah tentu penulis skrip kena kembangkan jalan cerita menjadi kisah yang menggoda jiwa nak tengok dan tengok lagi  .

Telemovie Adaptasi Novel Crush Next Door yang disiarkan di astro RIA ini dilakonkan oleh Aiman Hakim Redza yang memegang watak hero manakala Nelydia Senrose pula memegang watak heroin dan dibantu oleh pelakon seperti  Ainul Aisyah and Mia Nasir .

Sinopsis


Telemovie Adaptasi Novel Crush Next Door mengisahkan pertemuan 3 kali tanpa sengaja membuatkan Hani jatuh cinta pada Zarif. Setiap kali berjumpa, pasti ada insiden yang mana Zarif akan jadi penyelamat Hani .

Bagi korang yang teruja nak tonton online  Telemovie Adaptasi Novel Crush Next Door yang macam seronok je tu , sila lah klik di SINI .



4 Sila komen:

  1. Oh xperasan pulak ada cerita ni di tv...

    ReplyDelete
  2. sempat jg tengok citer ni..lbh kurang mcm drama Korea..You From Another Star..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan ... mcm dah x de fresh idea je org malaysia ni ...

      Delete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...