Telemovie Hilangnya Kasih


Telemovie Hilangnya Kasih | Setiap Isnin malam di tv9 , anda akan dapat saksikan telefilem yang bermula jam 8.30 malam . Minggu ini , telefilem pada slot SKRIN Di 9 mengetegahkan tajuk Hilangnya Kasih .


Telemovie Hilangnya Kasih






Telemovie berjudul ' Hilangnya Kasih ' membariskan pelakon Fezrul Khan sebagai hero dan Janna Nick sebagai heroin serta dibantu oleh Normah Damanhuri , Hilal Azman , Balqish Semundur Khan dan Eqbal Eisid . 

Telemovie Hilangnya Kasih diarahkan oleh Shuhaimi Lua juga merupakan naskah Shahremy Ikmal dan diterbitkan oleh Tanah Beris Film Production Sdn Bhd .


Sinopsis


Mengisahkan Qaisara (Janna Nick) dan Fuad (Fezrul Khan) pasangan suami isteri yang telah bercinta sejak di kolej lagi. Qaisara masih mempunyai kedua orang tuanya iaitu Pak Latif dan Mak Mah manakala Fuad adalah anak yatim. Fuad dibenci ibu mertuanya, Mak Mah kerana berasakan anaknya mampu mendapat suami yang lebih baik.


Ada juga orang disekeliling sis melalui alam perkahwinan macam ni . Masa meminang , diterima . Bila dah berkahwin , timbul pula ayat bukan menantu pilihan cuma sebab tak kaya . Kalau dah tau menantu tu gaji takat RM3k , banyak manalah kemampuan dia nak memenuhi kehendak keluarga mertua yang tak terhad tu . Dapat beli rumah dan kereta dan nafkah sebulan yang cukup untuk anak isteri itu , bersyukurlah kan ... ermmm .

Orang yang tak bersyukur , akan rasa sentiasa sempit hudupnya walaupun kekayaan melimpah ruah ... renungkanlah .


5 Sila komen:

  1. MACAM MENARIK JER TELEFILEM NI NK TRY TONTON JUGA...

    ReplyDelete
  2. Tengok jugak sekejap hari tu....pas tu dah tukar channel

    ReplyDelete
  3. SS pon hilang kasih... Pinjam bahu pelisss... Uhuk Uhuk Uhukk..

    ReplyDelete
  4. banyak betul drama janna nick sekarang :)

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...