Sales Beg Tangan / Beg Travel Di Aeon | Ini kisah jalan-jalan cari pasal minggu lepas . My anak buah nak cari buku di kedai buku Popular . Macam biasa , mereka akan ajak mak usunya sekali dan sudah pasti juga yang lai akan mengekornya juga . Hajat mak usunya ikut sekadar nak melenjan WiFi free di AEON .
Sampai saja di pagar masuk AEON , sudah nampak kereta berderet . Ermmm , memang ramai orang Malaysia yang masih mampu berbelanja sebenarnya . Tempat parking kereta juga penuh . Maka kami turun dulu sementara my kakak cari parking .
Berjalan masuk ke pintu depan , kami disambut dengan sales pelbagai jenis beg dari beg duit sampailah ke beg kembara ( travel ) di AEON .
Masa masuk tu , sis cuma jeling-jeling je . Selepas my anak buah meluru masuk ke kedai buku Popular , sis pun cari tempat duduk untuk melenjan WiFi free di AEON . Oleh kerana ramai orang yang menggunakan WiFi disitu , susah sikit nak sangkut line .
Dalam pada boring tu , sis pun toleh ke belakang . Bila sis toleh belakang , ternampak pula my kakak sedang membelek - belek beg duit . Apa lagi , sis pun joinlah dia . Katanya :
" purse aku tu dah koyak tepinya . "
Sis pun dongak dan tengok harga offer . Not bad . Banyak pilihan dan banyak jenama . Harga paling murah selepas diskaun di bawah seratus rimggit .
Bila my kakak dah pegang-pegang , sis katakan padanya :
" kita pi round dulu . survey dulu . Kot-kot ada yang lebih cantik . Nanti menyesal . "
Bila dah meround , sis yang menyesal sebab sebelum ni tak terfikir pun kalau ada sales beg macam ni masa beli bagpack dulu . Buntang juga mata sis .
Terjumpa pula beg 3 sekawan . Tote bag , sling bag dan purse dalam satu harga . My kakak ni jenis yang tak pentingkan jenama . Asalkan banyak compartment dalam beg tu , dan material beg tahan lasak , dia rembat je .

Maka sis yang dah berkenan dengan sling beg tu pun menjalankan misi lah . Sis pujuk my kakak beli beg 3 dalam 1 . Pastu , sling beg tu sis akan beli dari dia . Jadinya , my kakak dah jimat disitu . Akhirnya , my kakak nekad juga membeli . Sis le yang paling gumbiiiraaa ...
Lepas tu , my anak buah lak sampai dengan satu beg plastik buku ... perghhh . Dalam beg plastik tu ada buku untuk dari si kakak sampailah si adik . Oleh kerana buku itu menjana ilmu walaupun novel , pejam mata , hulur je lah RM tu .
Bila si nabila nampak , dia pun nak juga satu bagpack untuk kelas tuitionnya . Tapi bagpack yang di AEON dia tak berkenan . Maka ke Giantlah juga .
Sampai di rumah , maka tibalah masa untuk menyimpan . Sebelum meletakkan sling beg itu ke tempat sepatutnya , membelek lah juga beg yang lainnya . Maka terinsaflah sekejap ... ada beberapa beg sebenarnya yang sis jarang pakai . Maka , kononnya berikrar tak akan beli lagi ... kononnya lah . Tah sampai bila akan bertahan ... ngeh neh ngeh .
My kakak pula , handbeg dan purse yang dibelinya masih lagi tidak digunakan hingga ke saat ini . Alasannya , beg yang ada itu masih cantik .
Tetiba tefikir , my kakak itu macam sengaja je beli sebab nak penuhi kehendak sis atau malas nak dengar adik bungsunya ini merengek memanjang ... huhuhuuuu .
Wahhhh....ada sale!!
ReplyDeleteWahhhh..menarik ni..Boleh la cari2 hadiah utk kakak..huhu
ReplyDelete