Tetamu Bawa Rezeki


Tetamu Bawa Rezeki | Petang Jumaat lepas , kami dikunjungi adik beradik dari kampung . Macam biasa , bila dah nak sampai baru inform . Tujuannya tak nak susahkan tuan rumah . Hakikatnya , bila tuan rumah dapat tahu pada saat akhir , lagi lah kelam kabut nak buat itu ini . Nasib baik ada banyak kaki dan tangan untuk membantu . Maka kerah saja dan turunkan arahan .


Tetamu Bawa Rezeki



My anak buah yang dikampung itu , semua ikutlah . Masing-masing rindu kat mak usunya ni . Maklumlah , dah lebih setahun sis tak jengok mereka . Jangan ditanya mengapa ... heh heh heh . Tapi , mereka tetap tak lupa duit raya mereka tau walaupun dah setahun . Bertuah tak my anak buah ? Nasib baik tabung untuk mereka sentisa di isi ... meh meh meh .

Tujuan mereka datang sebenarnya nak menziarahi my abang di Sijangkang yang dah lama juga tak balik kampung .

Tetamu Bawa Rezeki

Macam biasa , my kakak kalau datang memang bawa rezeki . Selagi boleh di isi dalam kereta itu , memang nak dipenuhkan je bonet tu . Adik-adiknya di sini , suka lah yang amat . Tapi macam biasa bunga kantan dan daun limau purut mesti tak ada ... waaaaa ...

Maka makan besarlah kami petang itu . Dah macam sambut raya lah pulak rasanya . Best juga lama tak balik kampung ni sebab my kakak dan anak buah datang sini jenguk sis ... heh heh heh .

Tetamu Bawa Rezeki

Selain tujuan beziarah , my kakak juga niat nak sambut hari lahir dua orang anaknya bersama suaminya sekali sebab mereka ini tarikh lahir  dekat-dekat je . Jadinya , selepas solat maghrib , kami buatlah sambutan kecil-kecilan . Seronok tengok bebudak laju je makan kek . Tapi my anak buah yang dah biasa makan kek homemade ni komplen :

" krimnya pahit lah mak usu . "

Ko , mentang-mentanglah pandai buat krim kek sendiri ... tapi ya , pahit sedikit . Biasalah bila beli kek ni kan . Kek tu dok kat kedai pun dah berhari-hari tak dak orang beli . Kalau buat sendiri kan fresh . 

Sudahnya , mak usunya juga yang terpaksa pulun habis esoknya . 

Selepas selesai makan kek , kami pun berangkat ke rumah my abang di Sijangkan . My abang di Shah Alam tak dapat join sama lah pula . Di sana , my sepupu sudah menunggu . panjang juga ceritanya . tengah malam baru balik umah  . My kakak dan rombongan pula terus balik johor sebab  masing-masing ada urusan pada hari sabtu .

Mereka ni sebenarnya rancang nak jenguk my abang last minit . maksudnya , tetiba hati tergerak nak jenguk , terus bincang dan pergi . Macam tu lagi senang kan . Tak de tertangguh sebab itu dan ini .

Pagi sabtu , melepak sungguh . Tetiba rasa penat dan letih semua otot . Tetamu cuma datang beberapa jam saja tapi letihnya ya amat . Maka terbongkanglah mak usunya ini di sofa . Tetiba badan rasa di gegar oleh my anak buah . maka dengan mamainya mak usunya pun buka mata .

Nak tahu apa cerita selanjutnya , bersambung di entry berikutnya ya ...




3 Sila komen:

  1. sesekali dapat berkumpul memang seronok..rindu nak berkumpul kan

    ReplyDelete
  2. wahh..warna pink keknya..seronok berkumpul ramai2..

    ReplyDelete
  3. Berjumpa adik beradik adalah saat yang bahagia sekali. Walau penat melayan tapi suka dapat bertemu bertentang mata.

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...