Majlis Pertunangan


Majlis Pertunangan | Hari ini ada majlis pertunangan anak buah di kampung . Kerana hal-hal tertentu , kami di KL tak dapat balik kampung untuk menyertai rombongan peminangan . Nak buat macam mana kan . Manusia cuma merancang , bila tiba masa , lain pula yang Allah sediakan . Semoga rombongan peminangan itu tetap meriah tanpa kami dan majlis pertunangan juga berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segalanya .


Majlis Pertunangan





Ketika my anak buah seorang lagi bertunang pada tahun baru cina lepas , bakal yang bertunang ini menegur adik sepupunya .

" ko mana boleh bertunang dulu sebelum aku . "

maka mak usunya mencelah :

" mana boleh bertunang dulu sebelum mak usu . Langkah bendul tu . "

Terkedu semua kan . Tak pe lah . Korang jalan le dulu . Dah jodoh korang sampai dulu . Kalau tunggu mak usu , karang jadi beruban rambut korang tu ... meh meh meh .

Mak usu dah tak kisah . Ada jodoh , alhamdulillah . Kalau tak ada , teruskan je kehidupan macam biasa . Biarlah Allah je yang uruskannya . Sekurang-kurangnya pernah merasa hati ini dilamar walaupun rombongannya tak nampak bayang ... huhuhuuu .

Cukuplah , karang jadi sesi meluah perasaan pula ~_^ .

Majlis pertunangan semasa zaman sis muda-muda dulu sangat ringkas . Selalunya bakal pengantin perempuan cuma pakai baju biasa ( macam baju raya je ) duduk dalam bilik ditemani adik beradik . majlis lak sekadar dihadiri mak cik , pak cik , jiran tetangga dan tok imam . Ada la dalam 20 - 30 orang .

Barang hantaran pula sekadar masuk dalam kotak , kemudian dibalut dengan kertas sampul buku warna coklat ataupun yang berbunga . Pihak perempuan memang tak tahu apa ada di dalam kotak tu .

Soal wang hantaran , tarikh dan segala yang berkaitan memang disebut dengan jelas . Tak tinggal satu sen pun tau . Orang yang hadir pula jadi saksi terma-terma perjanjian masa tu . Selalunya pihak lelaki tepati janji sampailah tiba majlis akad nikah dan kahwin .

Bakal pengantin lelaki dan ibu bapa pihak lelaki pula tak ikut serta . Mereka cuma hantar wakil sahaja . Kalau bakal pengantin lelaki ikut , itu sekadar untuk tunjuk jalan dan tak ikut serta dalam majlis . Kalau ikut jadi tak sopan , kata orang tua-tua . Dah macam tak sabar sangat nak kahwin !

Tapi zaman sekarang ni , bakal pengantin lelaki bukan sekadar hadir , malah siap berbaju melayu , duk sebelah bakal pengantin perempuan gambar sama macam dah akad nikah pula ... ni my abanglah ( 8 thn lepas ) ... heh heh heh .

Majlis pula sekadar ada perbincangan , bacaan doa selamat sebelum makan . Berbeza dengan sekarang ini yang ada pelamin bagai dah macam majlis kahwin gayanya . Pastu ada goodies , photo booth lagi kan !

Tu sebab , banyak guna duit . Tu sebab juga bila nak kahwin dah rasa sesak nafas nak cari duit . Sebab majlis semua nak gah . Nak nampak cantik bila pos kat FB . Nak kongsi kegembiraan dengan kawan-kawan katanya .

Makanya , yang menyebabkan pengantin tu tak ada duit untuk kahwin adalah mereka sendiri sebenarnya . Konon kerana kahwin cuma sekali dalam seumur hidup . Jadi kena buat majlis yang boleh jadi kenangan dan tak dapat dilupakan serta boleh tunjuk kat anak cucu . 

Masalahnya , perkahwinan itu boleh gerenti ke kekal sampai akhirnya ?  Ditakdirkan Allah jodoh tak kuat , baru beberpa bulan dah ' bergegar ' rumah tangga , masa tu barulah rasa ' sakit ' sebab hutang kahwin masih ' berlambak ' belum diselesaikan . Masa tu lah baru rasa tak berbaloi dan bermacam ' rasa ' ada . Akhirnya , redha dengan ketentuan Allah , perkahwinan cuma boleh sampai setakat itu . Paksa diri untuk tabah terima ujian dari Nya .

Makanya , buat sahajalah yang sederhana dan tak mebebankan kerana itu lebih barakah . Setiap pasangan yang berkahwin juga tidak tahu adakah ianya akan berkekalan . Yang ada cuma nekad dan usaha lakuan yang terbaik .

Satu perkara yang bakal pengantin kena tahu dan fikir ... selepas majlis kahwin , korang perlukan duit lagi banyak untuk keperluan rumahtangga ya ... jangan nanti sebab nak majlis gah , lepas majlis korang tidur atas toto je kat umah sewa ... ermmmm ... sian isteri .


Bagi sis yang pasti belanja kahwin kena keluar sendiri ni , sudah tentu memilih tak yah bertunang dan terus majlis nikah sahaja ... sedang melihat RM ku banyak mana ... huhuhuuuuu .




4 comments:

  1. Orang sekarang semua majlis yg di buat semua nak besaran. Tak kira majlis apa pun..waima majlis hari jadi pun dah mcm majlis kawen..

    ReplyDelete
  2. tahniah buat bakal pengantin.. mak usu ada jodoh tak kemana..

    ReplyDelete
  3. Saya setuju, Vee. Majlis sekarang banyak pembaziran. Dahlah wang hantaran tinggi, demand untuk buat majlis pun aduhai. Pengsan. Kalaulah kita dulu-dulu macam ni, mengucap panjang makpak kita rasanya!

    Dulukan apa yang penting. Kalau tak membazir, duit tu boleh guna selepas kahwin. Memanglah perkahwinan tu sekali seumur hidup; itu yang kita harapkan tapi janji Allah kita tak tahu macamana pulakkan.

    Dah berantakan rumahtangga baru nak menyesal dan dok mengungkit semua nak buat apa ^_^

    ReplyDelete
  4. cantik sirih tu..
    xpelah vee.. stiap aturanNya adalah y terbaik..
    setiap berlaku ada hikmahnya..kalau xde jodoh di dunia, akan bertemu di syurga sudah pasti..

    betul tu..dulu2 bertunang..bkl pgntin pompuan duk dlm bilik je.. n bkl suami x dtg pom..y dtg rombongan pgntin aje.. skrang siap bersanding kan..

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...