Bila Hari Cuti Berbeza


Bila Hari Cuti Berbeza | Hari ini adalah hari terakhir persekolahan bagi penggal ke-dua . Ini bermakna , esok bermula cuti selama dua minggu . My anak buah dah tak sabar you ! Yang jadi lebih seronok bila Ramadhan bermula pada inggu kedua cuti . Maka dapatlah mereka berpuasa di rumah sambil mencuba pelbagai resepi . My kakak le yang jadi nipis poket ni ... heh heh heh .

Bila Hari Cuti Berbeza


Tapi , yang lebih best tu , dapat le shopping raya masa cuti sekolah nanti . Bagi sis , kalau nak shopping raya , kena tunggu masuk ramadhan sebab ada lagu raya berkumandang . Jadi feeling raya tu lebih la ... meh meh meh .

Bila masuk je cuti sekolah , ini bermakna majlis kahwin juga berlambak-lambak untuk dihadiri . Lagilah bila 6 Jun dah puasa . Jadinya , ramai yang akan ambil kesempatan buat majlis pada 28 dan 29 Mei dan 4 juga 5 Mei kan . 

Masalahnya hari cuti yang berbeza . Hari cuti bagi negeri-negeri dibahagian tengah adalah pada hari Sabtu dan Ahad manakala sebahagian negeri utara , pantai timur dan selatan bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu .

Bila orang belah selatan , utara dan pantai timur buat kerja kahwin , maka saudara yang dok bahagian tengah ni cuma boleh datang pada hari sabtu sebab hanya hari sabtu sahaja hari cuti yang sama . Begitu juga bila orang tengah buat majlis kahwin , tak boleh buat hari Ahad sebab saudara di sebelah selatan , utara dan pantai timur dah bekerja . 

Walaupun berkongsi hari cuti pada sabtu tetap ada masalah juga . Orang di negeri bahagian tengah ni hari Jumaat masih bekerja . Jadinya tak dapatlah nak merewang bersama-sama pada hari Jumaat . Macam my kakak ni lah . Esok iparnya buat majlis kahwin . Walaupun my kakak dan beberapa anak bah 1.30 petang sudah pulang , tetapi si qistina yang sesi petang tu balik pukul tujuh . Jadinya cuma boleh gerak balik selepas waktu maghrib . Dah tentu sampai kampung pada tengah malam . 

Minggu lepas , family sis di kampun nun di negeri selatan itu buat kenduri . Oleh kerana mereka buat pada Jumaat malam , maka kami di di negeri bahagian tengah tak dapat lah balik . Kalau balik pun tinggl makan je . Makanya hanya 4 beradik je yang berkumpul bersama anak saudara . Tarikh lak mereka tak nak undur dan bagi tahu last minit ... huhuhuuuu .

Penyelesaian kepada hari cuti tak sama ni cuma satu je , buat majlis masa cuti sekolah lah sebab budak-budak memang cuti . Mak bapak boleh je ambil cuti tahun kan . Tapi tarikh tu kenalah beritahu awal . Jadinya , dapatlah adik beradik berkumpul bersama . Anak-anak buah lak dapat berjumpa sepupunya .

nasib baik ada lagi cuti raya nanti ... 


1 Sila komen:

  1. Salam Vee..
    lama nya tak kesini...sihat dok? hehe
    memang susah klu hari cuti tak sama... nak plan something memang kena awal lah kan... :)

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...