Mencari Rezeki Subuh


Mencari Rezeki Subuh | Sejak Malaysia mengalami fenomena panas el nino dan equinoks , banyak sungai dan empangan yang sudah berkurangan airnya . Malah sungai Golok yang memisahkan Malaysia dan Thailand juga sudah boleh diseberangi hanya dengan berjalan kaki tanpa membawa sebarang dokumen untuk melepasi sempadan .

Mencari Rezeki Subuh




Beberapa minggu ini juga sudah diberitakan beberapa tenpat terpaksa dicatu air kerana bekalan air yang berkurangan . Itu ujian mereka . Di sebalik itu , di sini di tempat sis berlainan pula . Sudah hampir dua minggu rasanya , hampir setiap petang turun hujan yang lebat bersama guruh/ petir dan juga ribut . Adakalanya sampai ke malam . Alhamdulullah , itu mungkin rezeki orang di sini .

Apa kaitan tajuk dengan air ni ? REZEKI . Rezeki Allah beri dalam pelbagai bentuk . Pada masa yang sama , rezeki kita perlu cari juga . Dah ramai yang memperkatakan tentang rezeki subuh ni . Ada antaranya yang menarik rezeki subuh dengan mengambil sedikit wang yang ada pada setiap selepas solat subuh untuk dimasukkan ke dalam tabung . Cukup sebulan , belanjakan untuk anak yatim atau dermakan untuk perkara lain . 

Sis pulak lain caranya . Tabung tu ada juga . Selebihnya sebab my anak buah selalu je promote kawannya jual itu dan ini , macam brownies , pop corn dan lainnya yang dibuat oleh ibu kawan mereka , sis fikir apa salahnya kita bantu ibu budak-budak tu mencari duit sampingan kan . Jadinya , selepas solat subuh , sis akan beri wang pada nak buah untuk beli jualan kawan-kawannya di sekolah .

Jajan kat atas tu lak , my anak buah beli di koperasi mereka . Rasanya macam jajan chees ring . Harga sebatang 50 sen . Jadi bila kakaknya bawa balik , asyik jadi rebutan saja . Makanya sis suruh kakaknya beli lebih lah . Tapi ada cabaran juga sebab mereka kena sorok jangan sampai pengawas nampak . Jadinya tak boleh simpan dalam poket . Alasan pengawas tak boleh bawa masuk kelas untuk elak pembuangan sampah merata . Kalau beli kena makan kat kantin sampai habis ! Alhamdulillah , berjaya juga bawa balik tanpa di kesan .

Bila usia dah bertambah ni , sis banyak fikir macam mana cara nak gembirakan orang . Bila orang gembira , sis pun gembira juga .  Duit banyk simpan pun , kalau tetiba meninggal , tak boleh bawa masuk kubur kan ... heh heh heh . Jadinya , belanjakanlah sebahagian . Simpanan tetap kena buat terutama kalau hajat nak pergi haji ... meh meh meh .


8 comments:

  1. Alhamdulillah...dengan rezeki subuh sama2 kita memberi dan menerima semoga diberkati...

    ReplyDelete
  2. Habis sholat subuh terus kerja jualan, demi masa depan yang cerah. Bisa menambung biar kelak naik haji.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lagi bagus . rezekinya banyak masuk ... in shaa Allah

      Delete
  3. GEMBIRAKAN YG LAIN TERASA SGT BERBHGIA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. gembirakan org, org juga akan gembirakan kita ...

      Delete
  4. betul tu vee..kt akan lbh bahagia n terasa bermakna bila kt mmpu mbuatkan insan lain gembira n senang hati

    ReplyDelete
  5. bila kita gembirakan orang lain, pasti kita juga akan mendapat kegembiraan, bagus tu berkongsi rezeki, membeli yang orang jual juga memberikan rezeki pada orang lain

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...