Petua Mudah Atasi Anemia / HB Guna Bahan Semulajadi


Petua Mudah Atasi Anemia / HB Guna Bahan Semulajadi | Anemia sering menyerang wanita yang sering mengadung . Masalah anemia jika tidak diatasi akan menjejaskan janin / kandungan bagi ibu hamil .

Petua Mudah Atasi Anemia / HB Guna Bahan Semulajadi



Berikut adalah beberapa petua mudah untuk mengatasi anemia terutamanya bagi wanita hamil menggunakan bahan semulajadi  .

1- Daun Bawang

Rebus daun bawang merah bersama telur . Makan telr dan rebusan daun bawang merah . Lakukan 2 kali sehari .

2- Bayam

Ambil segenggam daun bayam . Cuci bersih dan tumbuk sehingga lumat . Setelah itu , perah airnya dan tapis . Kemudian masukkan dua biji kuning telur kampung dan 2 sudu besar madu lebah ke dalam hasil tapisan air bayam . Kacau dan minum dan amalkan setiap hari .

3- Tapak Gajah

Ambil 15-50 gram daun tapak gajah termasuk akar dan keringkan . Sesudah itu , rebus hingga mendidih . Setelah sejuk , tapis dan minum .

4- Kemunting / Senduduk

Ambil buah senduduk dan amalkannya memakannya secara segar .

5- Pisang

Ambil 2 biji pisang setiap hari sangat baik . Ini kerana folat yang terkandung di dalam pisang boleh membantu dalam pertumbuhan janin dan penghasilan sel-sel baru .

6- Kekacang

Kekacang merupakan sumber baik untuk mencegah anemia dan bagus untuk menambah darah . Makan kacang sebagai snek menggantikan makanan ringan .

7- Buah Delima

Buah delima dapat mempertahankan jumlah sel darah merah . Kandungan zat besi yang terdapat di dalam buah delima dapat mengurangkan gejala anemia .

8- Madu

Pastikan anda mengambil madu di dalam jdual pemakanan harian jika anda mengalami anemia . Madu boleh digantikan sebagai pengganti gula di dalam makanan dan minuman . Untuk menambah darah , pastikan anda mengambil madu asli .

9- Kurma

Makanan penambah darah yang menepati sunnah adalah kurma . Ia boleh meningkatkan penghasilan sel darah merah dan memberi tenaga .

10- Kismis

Kismis boleh mebantu melawan anemia ketika hamil . Kismis boleh dikunyah sambil bersantai .


1 comment:

  1. Alhamdulillah.. dah sembuh dari anemia.. amalkan kismis dan brokoli.. walaupun brokoli tu bukan peberet, tapi time tu kena paksa diri sukakannya..

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...