Terlajak Suka Pada Khai Bahar



Terlajak Suka Pada Khai Bahar | Siapa Khai Bahar ? Khai Bahar merupakan seorang pemuda berusia 22 tahun . Dia berasal dari Perlis dan bekerja di Sarawak . Menyanyi hanya sekadar hobinya , tetapi kini sudah menjadi sumber rezekinya dan mungkin akan menjadi kerjaya , apabila sudah mula mendapat jemputan nyanyian .





Khai Bahar ni budak yang menyanyi di aplikasi Smule . Selepas dia berduet dengan penyanyi Siti Nordiana dan menjadi viral di facebook , dia jadi terkenal . Malah sudah mula di kenali di Indonesia selepas keluar dalam program Silet di RCTI .

Malam tadi , sis saja je nak layan lagu di youtube . Tetiba terfikir nak dengar nyanyian Khai Bahar selepas tengok klip videonya di facebook . Jadi sis pilih view yang dah cecah juta tu . Wow ! memang terbaik yo ! Sis paling suka gandingan feat Khai Bahar dengan Fatin Husna terutama lagu senja nan merah , fuhhh ... tangkap lentok beb !

La ni dah jadi habit lak . Bila on lappy je , mesti nak layan youtube khai bahar . Dah terlajak suka kan . Layan saja lah . Oh ya , Khai Bahar ada channel nya sendiri di youtube dengan nama Muhamad Khairul . Korang boleh layan sekali petikan gitarnya .

Tetiba teringat pula petikan gitar karen seseorang dichannel youtubenya ... layan juga sesekali ... huhuhuu ...


1 Sila komen:

  1. Amboi tajuk dia. hahaha terus bukak entry ni. Suara dia sedap. Tapi ain tak lah terlajak suka. hehehe. SInggah ptg nahh

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...