Biskut Raya RM9.90


Biskut Raya RM9.90 | Jalan-jalan di Giant mencari barang keperluan diri . Sambil-sambil tu jeling-jeling juga untuk keperluan raya . Oleh kerana baru 3 hari berpuasa , tak ada lah sales raya bagai . Lagu raya , lagilah haram tak ada . Memang belum ada suasana raya . Tapi sempat juga rembat 2 shawl sebab nanti bimbang rm dah jalan ke tempat lain pulak .


Biskut Raya RM9.90



Biskut Raya RM9.90


Masuk Giant , disambut dengan paparan harga RM9.90 sen ! Macam biasa , selamba je lah nak usha-usha dulu . tetiba lak nampak biskut raya dengan tag harga RM9.90 . Senyum lebar le sis . Tapi tak semua biskut ada offer harga RM9.90 lah . Kenapa murah sangat ? Mungkin sebab brand Giant . Maka memilih lah sis biskut-biskut tu dan merembat juga .


Biskut Raya RM9.90


Kalau korang nak tahu , sis memang suka makan biskut . Kalau beraya rumah orang , nampak je biskut pelik , sis akan rasa . Kalau sedap , selamba je sis habiskan sensorang . Boleh itu ? heh heh heh . 

Tahun ni my anak buah dah tak ada hati nak buat biskut raya macam tahun lepas sebab penat buat , bila balik kampung lak jumpa bermacam-macam jenis kuih raya . Pas tu bila balik KL semula , dah tak ' doyan' tengok biskut yang mereka buat sendiri ... hahahaaa ...

Jadinya , merembat je lah biskut raya RM9.90 ni untuk makan sendiri dan juga untuk raya nanti . Kang kalau tag RM9.90 tu dah tak ada , menyesal kan ! Korang susah sikit nak dapat harga tu kat tempat lain . Lagilah kalau homemade . dah penat buat takkan nak jual biskut raya RM9.90 je kan . Kita kena lah respect dengan peniaga gigih macam mereka .

Ehem ... nak pi shopping lagi nih ... sambil-sambil intai Zalora ... heh heh heh .


6 comments:

  1. Biasanya.. Biskut raya ni.. Sedap makan... time tak raya.. he he he...

    ReplyDelete
  2. dah kurang gemar mkn biskut raya...RM9.90 mmg murah..

    ReplyDelete
  3. tp kena hati2 jg sis tkt dia amik dr china then tkr label je...thn2 sudah ada yg penah kena sbb tu harganya murah

    ReplyDelete
  4. Bukan main lagi dia bershopping ya. Raya lama lagi ni ^_^

    Saya pun intai-intai online aje. Yang penting, keperluan anak-anak dah siap. Tapi biasalahkan kita ni, last minute mesti nak shopping lagi. Selagi tak raya, selagi tulah kita shopping untuk raya!

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...