Jubah Cantik Dan Murah Di Tesco Bangi


Jubah Cantik Dan Murah Di Tesco Bangi | Semalam sis jalan-jalan cuci mata bersama my kakak dan anak buah . Hajat asal nak cari kasut my anak buah . Maklumlah , esok kan orang gomen dapat RM500 . Jadinya RM yang ada my kakak nak guna untuk pembelian pra-raya kononnya . Bersiaplah dengan bersemangat memasing kan .

Jubah Cantik Dan Murah Di Tesco Bangi




Keluar je dari kawasan my kakak pun cakap :

" banyaknya kereta kat giant . "

Sis pun menyampuk :

" ma , takkan pi giant je ma . "

Maka lancar je sis cerita yang entry shopping raya kat bangi gateaway sis tahun lepas ramai orang cari . Maka ke Bangilah kita . My kakak merungut lah pula :

" jam lah pulak . "

" ma , nak raya , mana-mana pun jem lah ma . "

Dalam perjalanan ke Bangi Gateaway , ternamak Tesco Bangi lah pula . Maka lancarlah abang bercerita pasal tesco . My kakak pun menyampuk :

" Tesco sini best sebab ramai melayu . "

Tetiba dia buat u-turn , maka ke Tesco Bangi bershopping raya lah kita . Sampai di Tesco , macam biasa , masalah pertama adalah susah nak cari parking . Dapatlah juga walaupun jauh menapak kaki ini .

Masuk ke Tesco Bangi je dah nampak ni .

Jubah Cantik Dan Murah Di Tesco Bangi

Ok , kita jalan lagi . Naik tangga terus je tuju pintu masuk pasaraya Tesco . Kita tengok dulu apa ada di dalam . 

Jubah Cantik Dan Murah Di Tesco Bangi

Guard ni kan , dia nampak sis nak snap , pastu dia pusing belakang . Kalau tak ,percuma masuk dalam blog sis . Sebenarnya ini kali pertama sis masuk Tesco Bangi . Masuk je terus cari kad raya . Alhamdulillah , harganya lebih murah dari tahun lepas dan banyak pilihan juga cantik-cantik . 

Lepas tu pi cari my kakak . Jumpa kat bahagian baju . Mata terus melekat kat satu baju tapi bukan baju raya ye . Merembatlah juga sebelum terkenang-kenang sampai rumah sebab tak beli ... heheheee . 

Kat situ ada koleksi baju raya Rozita Cik Wan . Harganya RM 299 dan above . Pastu ada voucher RM100 bagi setiap baju yang dibeli . Tapi kan , fesyennya tak cantik dah macam old fesyen lak . Kalau kat zalora atau stall kat luar tesco , dengan harga sebegitu dah dapat yang lip lap dengan macam-macam design yg canggih bagai . Tapi agak berbalo juga dengan voucher RM100 tu sebab boleh tebus dengan benda lain ... ermmm .

Jubah Cantik Dan Murah Di Tesco Bangi


Kat depan pasaraya Tesco Bangi , ada lagi jubah / baju raya yang lagi cantik . Kalau nak yang murah , simple je designnya . Kalau nak yang canggih , kena lah bayar mahal . Ada juga baju kurung tradisional dan baju kurung moden . Sis belek-belek je , tak beli pun sebab tau saiz S pun masih besar kat badan sis .

Tetiba nampak lak kedai kain ela Nagoya nun di hujung sebelah surau / tandas . Nagoya ni lupa nak snap sebab dah excited nak beli kain untuk inner bahan baju yang masih terperap dalam simpanan dekat 4/5 tahun juga . Asyik lupa je nak hantar kat tailor ... huhuhuuu .

Keluar dari Tesco Bangi , singgah giant juga sebab my anak buah dok merengek nak cari bahan buat puding roti . Layankanlah je . Sampai kat giant , nampak bsikut RM9.90 . Kat Tesco Bangi , biskut yang sama harganya RM11.90 . Tangan dah gatal je nak ambik tapi dapat pujuk hati ... ada gak kang licin RM sebelum sampai hujung bulan !

Sebenarnya kan , kat mana pun korang beli jubah , designnya hampir sama je . Mungkin sebab dari pembekal yang sama . Kalau nak lain , cari kat butik . Ada juga butik yang buka booth di pasaraya macam kat PKNS bangi dan Bangi Gateaway . Harga pun lebih kurang sama je . 

Lepas ni kami nak jalan-jalan ke Giant Kinrara pula . Ni cadangan my kakak ya ... heh heh heh .




6 comments:

  1. cantik2 jubah nya Vee kaknoor sekarang ni mmg suka sangat pakai jubah mungkin lebih selesa dan boleh tutup part2 yg tak gemar di pandang tapi kena jubah yg agak longgar lah kann

    ReplyDelete
  2. Jarang pi Tesco Bangi biasanya pi Tesco Kajang je :)

    ReplyDelete
  3. ya, betul..design jubah lbh kurang sama je..wahh, sakan bershopping..hihi..

    ReplyDelete
  4. sy nk g tesco jg nk tgk koleksi che ta tp smpi laa ni belum berkesempatan

    ReplyDelete
  5. Banyak orang komplen pasal baju raya collaboration Che Ta dengan Tesco ni. Tak sesuai harga katanya. Tak tahulah saya, lama dah tak masuk Tesco.

    Saya ni belum shopping last minute pun sebab musim puasa ni saya malas betul nak keluar rumah. Kalau malas juga sampai nak dekat raya, saya beli onlinelah. Nasiblah apa ada!

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...