Kejap On Kejap Off


Kejap On Kejap Off | Tajuk dah macam biskut , Kejap Ada Kejap tak Ada . Tapi INI bukan kisah biskut . INI kisah yang menggeramkan seluruh jiwa raga . Terseksa tau tapi kena hadam juga . Lagipun ada pilihan . Cuma belum buat tindakan . Saja nak bagi sebulan lagi . Tengok macam mana . Ada perubahan ke idak .

Kejap On Kejap Off

Gambar Tupperware kat atas tu saja nak tayang kat korang . Tupperware tu dapat Dari majlis terbuka hari raya YB ... Tak kan Tupperware je ? ... Alahi ... Bersyukur ! ... Meh meh meh ...

OK , selingan dah habis . Sis sambung lagi tajuk di atas . Sudah berminggu sis lalui masalah ni . Bulan Kali pertama sebenarnya . Sebelum ini , berlaku sekejap je. Dalam beberapa minit atau jam saja . Itu pun 4/5 bulan sekali .

Kali INI bila berlaku terus memanjang sampai lah Sekarang. APA perasaan korang , bila hadap lappy internet Kejap on Kejap off hanya dalam beberapa saat . Nak buka apa pun tak boleh .

Masalah berlaku bermula bulan lepas bila hujan kerap turun dalam seminggu . Mungkin Ada gangguan pada pemancar . paling kuat dapat isyarat cuma 3 bar je. Sebelum ni full bar .

Peliknya, baru bulan lepas mereka hantar e-mail kata upgrade Kat tempat sis . Macam mana lak jadi "lagu" ni agaknya .

Alternatif yang Ada adalah buat tethering Dari phone . Laju memang laju . Tapi Ada masanya tak Ada line juga . Ada kalanya malam minggu loading lembap gila . Tapi kalau buka Dan tulis blog direct Dari phone , tak Ada masalah . lagi senang sebab gambar banyak dalam phone .

Maka dialog sis pada my kakak :

" tetiba rabun dekat dah hilang ."

Heh heh heh ...

Bila guna phone ni lagi rajin publish komen sambil blogwalking . Sedang timbang tara nak beli tablet baru . Tetiba cerewet lak Bab jenama ... Meh meh meh .

Tapikan , bila guna tethering ni , quota internet laju lak habisnya . mana taknya , phone kongsi dengan lappy . nasib baik guna 2 , celcom Dan digi ...

Mungkin bulan depan akan terminate dengan telco tu . sedih juga sebab dah hampir 10 tahun guna tanpa masalah ... Huhuhuuu




8 comments:

  1. mcm sama kes je kita sis.. ada org curi line kot sbb slow waktu siang. malam ok

    ReplyDelete
  2. Macam biskut pulak ye.
    Saya walau pun duduk kt kampung, line ok.

    ReplyDelete
  3. aah blogwalking guna hp lg senang.. tambah2 lagi bila guna google+ ni..

    ooo telco mana tu nk terminate ? hehe..

    sy skrg guna tmgo je tuk laptop.. dkt hp guna umobile so far line okay la dua2 laju dan memuaskan..

    ReplyDelete
  4. tak tahan tenggok gambar tupperware tu..;)

    ReplyDelete
  5. Saya nak tanya apa motif tupperware tu dengan cerita ni? Nak salahkan Pak Najib ke? Hahaha!

    Nasib baiklah line internet saya berdesup aje baik di pejabat mahu pun di rumah. Kalau tidak, memang saya tender resignation jadi blogger tau!

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...