Tragedi Buah Durian


Tragedi Buah Durian | My anak buah bila nampak gerai durian di tepi jalan , mesti merengek kat mamanya nak makan durian . My kakak sengih je . Kali ini memang tak ada rezeki sebab kat kampung tak musim durian . Alhamdulillah , pukul 11 malam tadi dapat ler makan durian bila man in the house bawa balik selonggok durian ... Heh heh heh .


Tragedi Buah Durian



Pagi tadi bila sis bangun Dari tidur , tetiba terasa sakit yang amat tekak sis . Nak menelan pun seksa . Apatah lagi Nak membuang kayak . Korang fikir berapa banyak yang sis dah makan ? Dah , korang ingat sis makan tak ingat anak buah ke ? Satu biji pun idak tau . 4 ulas je . Tapi yang pasti ternak lemak ke sebab lepas makan terus tidur ... Heh heh heh .

Pagi INI , sis minum Dan makan macam biasa je . Bila menjelang tengahari , tetiba baru perasan tekak dah tak sakit lagi . Dah macam magik lah pulak .

Masa sis sekolah rendah , Ada berlaku tragedi buah durian tau . Kat kampumg sis pada masa tu pokok durian banyak kat keliling rumah . bila masuk je musim durian masak , setiap pagi mesti pergi bawah pokok durian Dan cari kalau-kalau ada buah yang gugur . Selalunya arwah abah LA yang Cari .

Satu pagi tu tergerak hati Nak cari buah durian gugur . Maka berjalanlah di bawah pokok durian dengan yakinnya . Tetiba gedebus depan Mata . Ya , buah durian jatuh . Tak kena kepala ya Tapi kena Kat hidung . Terpacak cebisan duri durian tu Kat hiding . Masa tu jantung memang berdegup kencang . Terkejut tau . Nasib baik Tak kena Kat kepala ... Alhamdulillah Allah panjangkan umur .

Masa sekolah menengah pula , satu hari tu , balik Dari sekolah nampak buah durian berlonggok . Dengan perut kosong , sis melantak buah durian sesedap rasa . Pastu boleh minta izin dengan arwah bonda Nak habis kan semua . Maka, sis pun berjaya habis kan semua buah durian yang Ada dengan jayanya. Ada lebih 5 buah kot . Lebih banyak saiz kecik dari besar lah .

Malam tu sis dah Tak boleh bangun. Badan panas gila . Ambik ko ... Demam ! Lepas tu , dah Tak berani Nak makan banyak doh . Agak - agak dapat merasa udah ler walaupun suka gila dengan durian .

Walaupun kerap juga hadap durian , Tapi Tak pernah Cuba buat crepe durian . Beli pun Tak lagi ... Huhuhuuu . Ketinggalan betul kan ... Heh heh heh .


12 Sila komen:

  1. orang kata badan panas minum air suam guna kulit durian tu balik..tak pasti lah jadi ke tak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah dengar petua tu tapi tak pernah cuba sbb bila dah kenyang , dah tak ingat pun nak minum lagu tu ... hehehee

      Delete
  2. SYUKUR ALHAMDULILLAH DURIAN XHEMPAP KEPALA YA QV...KALAU X TENTU CEDERA

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah PI . alhamdulillah ... Allah panjangkan umur ...

      Delete
  3. Serem bacanya, coba kalau sampai kena kepala. Apa jadinya ?

    ReplyDelete
  4. kebetulan pula,masa baca entry ni baru pas makan buah durian dengan pulut.dah dua dua kali sabtu setiap sabtu mak buat untuk irda,hari ni dtg umah mak sebab nak makan durian lagi..hehehe

    ReplyDelete
  5. Rasaanya belum ada sejarah buah durian gugur hempap orang.

    ReplyDelete
  6. dedulu cuma ada durian dgn musang jek... Skrg dah king... Ha ha ha...

    ReplyDelete
  7. Sadis betul insiden tu, Vee. Nasib baik terkena hidung aje, tak hempap dek durian. Tapi kena hidung pun, tak boleh dah nak bayangkan macamana. Kalau saya, tentu dah melalak macam orang apa!

    Saya pun suka durian. Setakat nyamah 4 ulas tu apalah sangat. Tak kenyang tau. Kalau boleh, nak sendawa bau durian. Barulah best ^_^

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...