Penjagaan Untuk Semua Jenis Kulit .








ASSALAMUALAIKUM....

Tentu korang tak nak kulit korang nampak berjeragat , berjerawat , kering dan segala jenis masalah kulit kan !!! . Ish , rasa malu dan tak confident jer bila nak jumpa  / berhadapan dengan orang . Biasanaya orang perempuan lah yang rasa cam nih . 

Setiap orang miliki kulit yang hampir tak sama . Ada yang sensitif , alergik pada persekitaran , makan ikut sedap rasa , ada yang tak leh makan seafood , kacang , susu , daging dan macam - macam lah . Kat sini QV nak kongsi cara yang berkesan untuk dapatkan kulit cantik . Antaranya :


1. Mencuci tangan agar bersih sebelum menyentuh wajah . Tangan kita ni banyak bakteria tau .

2. Buat Cleansing kulit wajah pada waktu pagi dan malam walaupun korang tak pakai make - up .
   Waktu pagi kulit kita mengeluarkan lemak dan keluarkan kotoran pada malam hari .

3. Rajinkanlah diri tu wat rawatan kulit pada waktu malam untuk menstimulasi sirkulasi pertukaran 
    sel - sel pada kulit . Buat urutan lembut pada wajah boleh hilangkan keletihan dan beri kecerahan 
    kulit .

4. Lakukan dengan teratur dan disiplin terutama kalau korang selalu outstation sebab persekitaran 
   antara satu tempat dengan tempat yang lain berbeza 

5. Banyak minum air suam / kosong ( mineral pun bagus gak ) .


KULIT KERING
  • Gunakan produk rawatan yang sesuai dengan kulit untuk elakkan dari proses penuaan yang cepat terutama kedutan di persekitaran mata .
  • Hindari dari mandi dengan air panas .

KULIT SENSITIF
  • Ambil dahulu krim yang ingin disapukan dan lakukan rawatan kulit tanpa menggosok .
  • Gunakan jari jemari daripada kain ataupun tisu .
  • Basuh dengan menggunakan air suam atau air yang bersih .

KULIT YANG KURANG MATANG
  • Memilih produk rawatan kulit yang betul dan dapatkan produk mengikut kesesuaian kulit anda .
  • Sinaran matahari boleh menyebabkan kulit anda berkedut dan tanda penuaan juga akan kelihatan. 

KULIT BERMINYAK
  • Melindungi kulit dari sinaran UV
  • Mudah berjerawat . Korang tak digalakkan memicit jerawat kerana akan meninggalkan parut 
  • Buat rawatan wajah sekali hingga tiga kali seminggu 



1 Sila komen:

  1. memang betul apa yang dikongsikan tu... nak jaga kulit ni mesti ada caranya dan kena gayanya... kalau terlebih jaga tapi cara tak betul pun tak boleh juga...

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...