Teringin Ais Krim Lah Pulak !


Assalamualaikum ...

Alhamdulillah dapat bersiaran lagi setelah lama menyepi . 
Kuota habis dan jalan pun tahap siput tersenggut senggut ,
maka QV terpaksa aktifkan satu blog saja ...



Bila nampak makhluk ni kat dalam peti sejuk ,
otak dah kata ; ni mesti kerja si kecik nih .
Si kecik nih memang suka sangat mengunyah air batu .
Dia juga pandai buat air bandung sendiri .



Tup tup , nampak lak si mama preggy yang makan !
Owh ! Orang mengandung nih memang macam - macam la kehendak kan !
Dengan lazatnya dia meratah tanpa toleh kiri kanan !
Jangan harap la nak mengendeng yer !

Cara Membuatnya .

Bukan susah pun nak membuatnya .

Anak buah selalu buat .
Sendiri buat sendiri makan .
Maka , dalam peti sejuk tu ada lah hak milik masing - masing .
Ambil gelas plastik ,
masukkan susu pekat manis , dan sirap .
Tuangkan air dan kacau hingga mesra .
Bila dah siap , masukkan dalam peti sejuk semalaman 
atau sehingga air tuh membeku .

Mudah dan cepat membuatnya .
 Ada juga yang memasukkannya ke dalam plastik ais krim .
Masa zaman QV sekolah rendah , ais krim ni lah yang popular .
Sekarang pun masih popular lagi kan !



11 Sila komen:

  1. Kat umah saya tak payah sirap bandung, teh o pun jadi....anak punya keje :)

    ReplyDelete
  2. macam ais krim malaysia kan..sedap2 ! ^ ^

    ReplyDelete
  3. salam petang...aiskrim gini letak asam masin sedap juga...

    ReplyDelete
  4. musim panas camni memang sedap sangatla makan, akak pun buat aiskrim malaysia ni juak kat budak2, seronokk..sebab dpt duit hari2, hi hi

    ReplyDelete
  5. Aiskrim Malaysia sangat popular masa saya kecik2 dulu, masa tu cuma dijual 10 sen saja sebatang. Yang paling suka ais krim yang di dalamnya ada kacang hijau atau asam boi....Tak sangka populariti ais krim Malaysia masih kekal sampai sekarang....

    ReplyDelete
  6. QV ada brpa blog?
    Btw, sedap tul aiskrim tu.. Dahlah tengah dahaga musim2 panas cenggini.. Huhu..

    ReplyDelete
  7. wahh..memang sedap aiskrimbandung ni, mak saya dulu rajin buat aiskrim kalau ada bubur kacang hijau yang tak hbis..barulah laris ais krim bubur kacang!

    ReplyDelete
  8. makan time panas, nikmatnya rasa.. hihi

    ReplyDelete
  9. Aiskrim Malaysia..popular masa zaman kecik2..

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...