Orang Macam Ni Pun Ada


Assalamualaikum ...

Sebelum korang baca vee membebel ,
moh kita layan je dulu gambar kat bawah ni .
Jus strawberi dan lemon di pagi hari ni
yang baik untuk detox .

Orang Macam Ni Pun Ada

Now , vee mulakan membebel ya .
Vee ada banyak email . 
Gmail bukanlah email yang digunakan seharian .
Makanya , jarang - jaranglah nak menjenguknya .
Sekali jer dalam seminggu selalunya .
Hanya urusan yang berkaitan dengan blog dan google je
 guna gmail tu .

Semalam , sebab ada benda pentinglah maka buka gmail .
Sambil - sambil itu cek juga email yang ada untuk dipadam .
Sebab dah bertimbun !
Tulah bahananya kalau malas nak cek email .
eh ... bukan malas lah . Masa yang tak banyak .
Ini alasan yang betul ya . Bukan bohong semata .
Tiba - tiba vee terjumpa email ni ...


Orang Macam Ni Pun Ada


Korang boleh baca tak ?
Harap boleh bacalah dan silalah baca sampai habis ya !
Tersentap den bila membacanya tau .

Orang Macam Ni Pun Ada !


Untuk pengetahuan korang ,
entri jerawat tu vee publish tahun 2012 .
Dan entry penghantar email ni lak publish pada Februari 2015 .

Vee memang ada republish entry jerawat tu 
pada awal Januari lepas .
Perkara biasa bagi vee republish entry lama 
selepas diupgrade bila tak ada banyak masa nak buat entry baru .

Jadinya , email tu kan ... 
dah macam vee lak yang copycat dia punya .
Apa ke jadah nak suruh masukkan link dia pulak .
Kalau nak kejar trafik ,
takkanlah domain .my tu tak cukup power lagi .
Vee guna blogspot je .

Dah gitu , selamba badak lagi tak kasi kita copycat dia punya .
Halooo ... orang macam ini pun ada ke ?
Kalau kat office dan orang keliling kita ,
memang banyaklah perangai macam ni .
Tapi kat blog ????
... haish , grrrr .

Kalau vee dibayar untuk melakukannya , tak apa lah .
Ni dah macam arahan !
Arahan dari orang yang lagak bagus gamaknya .
Boleh lak nak tumpang sekaki blog orang 
pakai guna arahan segala bagai .

Ko kalau nak kejar RM iklan tu ,
usahalah sendiri bai .
Mana boleh nak perah tenaga orang untuk ko goyang kaki .
Agak - agaklah kan .
Ko ingat den ni sekolah atap ke apa ekkk !

Kalau dah rasa entry ko tu bagus sangat ,
dah tentu carian kat google tinggi .
Tak yah la nak merayu bagai kan kan kan !
Iya lah , den punya entry kan cikai je .

Lantak ko lah kan .
Tak kuasa den nak melayan ko tu .
Kalau RM iklan tu ko nak pas kat den as royalti ,
boleh gak den timbang tara kan permintaan ko tu .

haish ... tak pernah dibuat dek oranglah keje camni kat blog .
Korang rasa macam mana ?
Den senang jo ...
... ko terjun je lah dengan labu - labi ko ya si LUNCAI !










15 Sila komen:

  1. hmm blogger yg ada domain ni dh kuat penampilannya kan..moga akan terus sukses...kita ni blogspot jer...xpayah pening2 dgn emel gitu...pada kak setiap yg diiar di media maya umpama kertas yg melayang-layang, kalau kita rasa ianya ilmu yg bermenafaat kita simpan r terbitkan utk menyebarluaskan apa salahnya...setakat nk tls kredit skt xjd masalahpun.

    ReplyDelete
  2. biarlah dia meroyan sorang2..yg penting, kita tak bersalah..

    ReplyDelete
  3. ops!
    perasannya..hahahaaa.. boleh plak kan suh org back link ke blog dia..
    hehe..
    Kak Vee reply x mail dia.. say
    "boleh blah"..
    hahaha

    ReplyDelete
  4. Hurm.. first impression saya bila baca email dia ialah dia tertarik dgn entri yang kak vee tulis dan dia pun beritahu akak yg dia ada tulis entri yang lebih kurang serupa.

    Kedua; saya rasa dia nak berkerjasama dgn akak dalam mempromotekan blog content dia; cuma cara dia silap. End up macam dia tuduh akak copy entri dia walhal mungkin dia sebenarnya tak berniat begitu.

    Ketiga; dia silap bila bagi syarat macam tu sedangkan dia yang ajak akak berkerjasama. Apakah...

    Keempat; dia juga silap bila mengaku bahawa laman web dia adalah satu-satunya yang ada senarai lengkap tersebut walhal, ini adalah internet. We can find it everywhere. Pernyataannya agak kurang tepat.

    Mungkin saya silap. Apapun, diharapkan the second conversation that might take place between akak dgn dia akan berjalan lancar ye..

    Sekian.

    ReplyDelete
  5. Memang pening kot mamat yang hantar email tu... macam dia jer tahu pasal jerawat...

    ReplyDelete
  6. Tarik nafas panjang2... Lepas... Tarikkk lagiii.. Lepasss... He He He...

    ReplyDelete
  7. ish ada juga mcmni..
    padahai..kita yg publish dulu entry ni..
    mybe miss communication je ni.. atau entry yg dia buat tu pun cedok2 dripda mana2 blog :P

    ReplyDelete
  8. Alahai dik... inilah dikatakan makin ramai org bermacam ragamnya kan..

    ReplyDelete
  9. hahaha ... cer reply bagitahu dia yg C&P vee kot, sbb vee post entry awal 2 tahun dari dia ;)

    ReplyDelete
  10. Marah sungguh ni, Vee. Kalau ada depan mata, takut juga ni. Tak pernah nampak Vee marah macam ni sekali. Dia tak betul-betul check ke bila Vee published entry tu kali pertama. Asal nampak sama jerk kata copy paste ya.

    Mahu tak mengamuk kalau kena macam ni tapi ambil langkah bijaklah Vee ~ biarlah si Luncai terjun dengan labu-labunya. Kita dok kunyah kuaci je kat tepi sungai yerk :)

    ReplyDelete
  11. sedih kan dengan org mcm ni...hahaha...


    abaikan je la...biar dia yg sakit hati sendiri bila u x layan dia...

    ReplyDelete
  12. orang macam ni mintak kena gelak je..usahalah sendri.ni tak, macam berlagak je..

    ReplyDelete
  13. ish ish ish...kalau JM pun naik darah bila baca email tu..terus masuk dala SPAM...x nak lagi dia ganggu hidup...buat ku sakitnya di sini bak kata cita citata

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...