Cara Mudah Rawat Sakit Lutut Guna Bahan Semula Jadi | Air rebusan apel hijau dan serai dikatakan mampu merawat sakit lutut serta lutut yang lemah . Ramuan air rebusan epal hijau dan serai untuk rawat sakit lutut ini telah menjadi viral di facebook . Ramai yang sudah mencuba dan mengatakan bahawa meminum air rebusan serai bersama epal hijau untuk sakit lutut memang berkesan .
Cara Mudah Rawat Sakit Lutut Guna Bahan Semula Jadi
Cara menyediakan air rebusan epal hijau dan serai untuk rawat sakit lutut ni mudah sahaja . Korang perlulah ada :
- 2 biji epal hijau (potong kecil)
- 4-5 batang serai (bole ketuk atau belah dua)
- Air bawah 1litre
Rebus semua bahan sampai epal jadi lembut . Rebus semua dalam 30 minit menggunakan api kecil. Siapa yang nak cuba, cuba cucuk epal tu selepas15-20 minit direbus dulu . Kalau epal sudah lembut , tutp api .
Sejukkan dahulu air rebusan epal hijau bersama serai . Boleh juga minum masa air sedang suam . Lebihnya bolehleh simpan dalam peti sejuk .
Note:
(1) Bole tapis epal & serai dan ambil air sahaja
(2) Kluarkan serai dan boleh hancur-hancurkan epal tu dan minum sekali
(3) Minum dalam 1 hingga 2 kali sehari
Korang kena amalkan minum air rebusan serai bersama epal hijau untuk rawat sakit lutut ni sekurang-kurangnya sehingga 2 bulan.
PETUA MENARIK N BOLEH DICUBA NI...
ReplyDeleteWah..Menarik nih..Thx for sharing...
ReplyDeleteboleh try ni
ReplyDeletegood sharing
ReplyDeleteermm boleh mencuba nanti
ReplyDeletetq perkongsian..inshaallah cuba nanti
ReplyDelete