Berjogging Buang Toksin


Berjogging Buang Toksin | Orang zaman sekarang kebanyakannya takut berpeluh . Ini kes nak jaga badan jangan berbau . Selain itu banyak dok dalam air-cond jadikan badan kita tak berpeluh walaupun banyak bergerak . Bila tak ada air-cond , merungut panas walaupun kepanasan itu mengeluarkan peluh dan seterusnya toksin yang berkumpul dalam badan . Sis teringat kata- kata my lecturer bahasa arab ketika kelas kami tetiba tak ada air-con , " panas sikit je tu , api neraka lagi panas " ... tak memasal semua terkena ... heh heh heh .

Berjogging Buang Toksin


Berjogging Buang Toksin



Bermula Disember lepas , sis dah mula rajinkan diri berjogging di hujung minggu . Yang seronoknya , bila keluar pukul 7 pagi , udaranya sejuk macam dipergunungan sebab sebelah itu hutan . Macam yang korang nampak kat gambar atas tu , tulah trek jogging sis setiap hujung minggu . . Sebelah kiri tu kawasan perumahan dan sebelah kanan itu ada lagi jalan sehala di balik rimbunan semak di atas divider dan sebelahnya adalah hutan yang sebenarnya tapak masjid dan sekolah yang pemaju sediakan . Setakat ni tak jumpa lagi kawanan monyet walaupun monyet pernah datang bergayut di dahan pokok jambu ku di belakang umah dan ular hitam yang my jiran kata ular sawa itu juga pernah bertandang di belakang pintu dapur ... huhuhuuu .

Berjogging Buang Toksin

Kat tempat sis ni , bila keluar jogging pukul 7 pagi , memang ramai geng termasuk anjng . Tapi anjing ni tak garang dan tak kacau orang sebab kami bagi makan . Boleh lah jadi guard di hadapan rumah ... heh heh heh . Tapi , adakalanya anjing tu jadi garang macam kat gambar bawah ni , sis tak boleh melepasi tayar tu . Nanti mereka kejar . Abang long kawasan katanya ... kat sebelah kiri tu ada banglo besarrrr .


Berjogging Buang Toksin



Budak atas ni , peneman sis jogging . My anak buah sis ya . Ada seorang lagi , adiknya . Ingatkan bila ada anjing menyalak , dia tolong tenangkan anjing , rupanya lagi laju dia kayuh basikal tinggalkan mak usunya ... huhuhuuuu .

Sis jogging 5 round pun peluh keluar manja - manja je ... nanges tau ! ke sis ni memang tak ada lemak ... redha je la . Tapi peluh kena keluarkan juga sebab peluh tu keluarkan toksin dalam badan . Toksin ni kalau dibiarkan lama terkumpul dalam badan , boleh mendatangkan penyakit . Selain perpeluhan , toksin juga keluar melalui air kencing . Walaupun peluh tak berapa nak keluar , tapi badan terasa ringan .

Lepas jogging , sis akan pastikan sis duduk di dalam bilik tanpa kipas biar peluh keluar . Pastu makan lah sup panas macam mee sup ke , bubur nasi ke , asalkan panas yang boleh buat peluh keluar . Pas tu baru fikir pasal mandi dan scrub body .

Berjogging Buang Toksin


Auntie baju merah tu my jiran . Setiap hari jam 6.30 pagi lagi dia dah keluar dengan kawannya di sebelah tu bertemankan anjingnya untuk exercise dengan berjalan untuk beberapa round . Kat sebelah dia tu ada tempat makan dan minum anjing . Sesapa murah hati , tabur je lah kat situ . Pastu anjing makan berebut denagn burung merpati dan gagak yang tak takut orang . Terapi minda tu bila tengok gelagat mereka .

Jalan kat depan tu jalan utama untuk keluar masuk . Ramai orang seksyen depan jogging di situ . Tapi sis tak pernah buat . Malu eh , orang lalu lalang tengok kita walaupun ada trek jogging disediakan sekali . Kalau rajin jogging ikut trek tu , boleh le singgah warung mengetah nun di depan sana ... heh heh heh ...

Ko , kalau joggong berpeluh bagai , pastu singgah warung pekena teh tarik dan roti canai , macam tak de makna je berjogging kan ... heheheeee




6 Sila komen:

  1. jogging kat area banyak anjing ni, silap gaya boleh pecah rekod usain bolt. kah kah

    ReplyDelete
  2. Kalau berjogging, kena cari kasut yang benar2 sesuai untuk berjogging.
    Takut jadi penyakit lain pulak nanti.
    Pakcik hari2 jogging kat kebun aje.

    ReplyDelete
  3. SERONOK BERJOGGING PAGI2 KELUARKAN PELUH SIHATKAN BADAN...

    ReplyDelete
  4. Alah jelesnya Vee..kita jugaklah yg duk membesarkan lemak. Jogging pun tidak. Bagus anak buah Vee ye bangun pagi.

    Kena standby tongkatlah Vee masa jogging tu, apa apa hal boleh pukul

    ReplyDelete
  5. irda joging hari tu sekali..sekali penat giler..sudahnya main badminton dengan husband..tu pun kejap je..ermm lama.dah tak keluar peluh..selalunya bila zumba seminggu dua kali pun malas ya ampun...apalagi selalu kebusyan kan..tapi memang perlulah kita kena exercsie kan sis..boleh wat sihat dan awet muda juga ...

    ReplyDelete
  6. Bagus ni.. Lya zmn sekolah dlu sgt rajin jogging..setiap pg hjg minggu..

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...