Showing posts with label Minuman Detox. Show all posts
Showing posts with label Minuman Detox. Show all posts

JUS HERBA DETOX

🍓        Mata

Mata tak boleh nak tido smlm.. tetiba teringat resepi dari sahabat ( berbangsa cina ). body memang cantik. luar dalam cantik.

Tak yah susah2 beli jamu / detox atau herba apa2 yang kite tak tau entah bahan dari mana. Jadi cuba resepi traditional ni baik untuk luar dalam wanita.
cuma guna 3 jenis bahan semulajadi jer.. Harini baru nk try buat kite tengok apa akan jadi pasni.

JUS HERBA DETOX

BAHAN-BAHAN 📌


3 biji lemon dihiris nipis ( jangan buang kulit. sebab kulit banyak khasiat
3 labu bawang putih ( dibuang kulit )
2 inci halia ( sebesar ibu jari kaki )
*lemon tu beli yg tempatan. Jangan beli yang diimport ( dh disembur bahan kimia) sb rasa agak pahit. nak kurang pahit campur dengan madu.
*Jangan risau pasal bau bawang sb bau akan hilang bila dh campur dengan bahan lain.
*mommy bf boleh minum. yang best badan terasa ringan je. dah minum jadi ketagih je. memang betul2 banyak khasiat.

CARA PENYEDIAAN📌


1. potong halus 3 bahan ( nak tau bahan apa ? nt sy share diruang komen )
2. campur bahan tadi bersamaan 1.5 liter air
3. rebus selama 6-8 jam ( slow cooker )
4. sejukkan dan blend
5. tapis or tak terpulang. sy tak tapis 😅
6. lepastu dh boleh minum

CARA MINUM 📌


ambil 2 sudu + madu 1 sudu
ambil pagi dan malam sahaja
selebihnya simpan dalam peti dan amalkan setiap hari

🍒 Kelebihan/khasiat :


Nak kurus + perut kempis + buang toksin + buang air lawas + untuk dalaman wanita + buang angin + badan ringan + macam2 lagi khasiat .

KHASIAT 📌


1) Minum air lemon sblm makan/minum apa2 pada waktu pagi dpt fine tune sistem penghadaman kita dan mencegah drpd masalah spt perut kembung, angin, dan heartburn.

2) Lemon ni bersifat antiseptik dan mmg terer dlm "membersihkan" hati kita (bukan masalah emosi ye..haha), selain buah pinggang dan darah kita. Kiranya, kita akan berasa lagi selesa dan lebih bertenaga!

3) Lemon merupakan sumber vitamin C yg utama. Kalo kita minum pagi2 lagi, kita dh xyah risau utk memenuhi kuota vitamin C kita. Lemon juga kaya dgn mineral spt potassium, kalsium dan magnesium.

4) Ramai yg ingt lemon ni ada acidic effect dlm badan kita. Tp sebenarnya keadaan ini ditentukan oleh cara kita amalkannya. Kalo kita amalkannya sebelum makan apa2, lemon sebenarnya dpt mengalkalikan badan kita, iaitu pH dlm badan kita dpt diseimbangkan.

5) Of course, kalo sebut ttg vitamin C, mestilah efeknya pada kulit kita pun bagus. Kulit kita akan jadi lg cantik, bukan saja sbb vitamic C dia, tapi kebaikan lemon yg ada efek antibiotik, antioxidant dan cleansing secara keseluruhan.

(sumber: nureeman ramli)

Minuman Detox Halia


Assalamualaikum ...

Vee suka amalkan petua - petua dalam kehidupan seharian .
Bagi vee , petua - petua ni lebih selamat berbanding pil .
Dah tentulah sebab tak de bahan kimia kan .

Antaranya halia .
Nak mudah , guna je halia yang ada di pasaran .
Kalau nak kaw - kaw punya ,
guna halia bara aka cekur hitam .


Minuman Detox Halia


Minuman detox kat atas ni vee guna halia besar aka halia cina .
Petang buat air detox ni , simpan dalam peti .
Malam baru minum .
Pembakar lemak yang bekerja sendiri waktu kita tidur , katanya .
Tak rugi mencuba wehhh .


Minuman Detox Halia


* air teh hijau
* limau kasturi
* halia 
* timun
* madu 


Halia tu , vee ketuk untuk bagi rasanya keluar .
Kalau nak rasa yang lagi kuat , 
masak halia di dalam air hingga mendidih .
Pastu tutup api , tuang air ke dalam jug .
Masukkan lah uncang teh hijau .
Bila air dah suam , masukkan hirisan timun .
Kalau ada epal hijau , lemon atau buahan lain yang sesuai , 
boleh masukkan juga .
Bila dah sejuk , simpanlah dalam peti .

Masa nak minum detox halia nanti , 
barulah masukkan madu 
dan perahan limau kalau tak cukup masam .
Boleh juga gantikan madu dengan gula batu .


Minuman Detox Halia


Halia memang elok untuk buang angin dan panaskan badan .
Sebab tu orang cina / korea kalau masak mesti ada halia .
... ehhh , mat saleh pun guna juga kan .
Orang berpantang juga perlu makan halia .
Malah dalam jamu tradisionl , juga ada halia .
Maknanya , halia memang berkesan untuk kesihatan .

Kombinasi halia dan limau aka rasa masam ,
dah cukup untuk memecahkan lemak dan cuci perut .
Dapat la tanggalkan karat - karat kat dinding usus.
... sesedap rasa ni menaip .
Layan je lah korang ye ...



Salam kasih dari ...