Assalamualaikum ...
Kala cinta berakhir , musnahlah segalanya .
Kalau kau pergi dulu , tiadalah ertinya ...
... kata Ella .
Bila sedang bercinta ,
banyak perkara kita nak buat bersama .
Mengharap telefon berdering setiap masa .
Nak jumpa setiap saat .
Nak memandang wajahnya setiap hari .
Tanda - Tanda Cinta Sudah Berakhir
Tapi bila tiba - tiba perkara - perkara di atas tiada .
Maka , hampir pasti sesuatu akan berlaku .
Lagi pasti bila tanda - tanda kat bawah ni wujud !
TUKAR NOMBOR TELEFON
Bila si dia tiba - tiba sahaja menukar nombor telefon
bermakna dia tidak mahu anda
menghubungi nya lagi .
Ayat yang mudah ,
dah tak sudi nak dengar suara koma lah .
So tak perlulah koma terhegeh - hegeh
pi tanya kat kekawan atau family dia no baru dia ya .
DUDUK BERJAUHAN
Dok berjauhan bermakna dia tak perlu jumpa koma lagi .
Tu tandanya dia nak cari angin baru , wajah baru , suasana baru , segala - galanya yang baru .
Wat pe susah payah datang dari jauh nak jumpa koma
kalau dia memang boleh dok dekat ngan koma .
Tul tak ???
MENGHABISKAN MASA DENGAN ORANG LAIN
Bila kita menyanyangi seseorang ,
kita rasa nak selalu bersama dengan dia kan ?
Melakukan segala aktiviti bersama dia .
Rasa nak melekat jer kan !!!
Tapi bila tiba - tiba bersama kawan tu
rasa lebih seronok bagi dia .
Ini maknanya dia rimas bersama koma ,
tak seronok lagi bersama koma .
PINDAH RUMAH TANPA BERITAHU
Koma tau di mana dia tinggal dan dah biasa .
Tapi bila tetiba pindah tak bagi tau ,
maknanya dia mahu lenyap dari hidup koma ,
dari pandangan koma .
So tak yah lah susah payah pi cari dia .
FOTO ANDA DIHILANGKAN
Dia mahu koma lenyap terus dari pandangan mata
seterusnya dari hatinya .
Tanpa melihat photo koma
maka lebih mudah baginya melupakan koma .
DIA LEBIH SENANG PERGI BERSAMA TEMAN - TEMANNYA
Dia rasa lebih terhibur bila bersama teman - teman .
Rasa lebih enjoy .
Dia juga rasa teman - temannya lebih memahami
dan sporting berbanding koma .
Mungkin koma memang merimaskan kot .
Ya la manja / ngada - ngada tak bertempat .
heh heh heh
KATANYA HUBUNGAN SUDAH BERAKHIR
Bila dia berkata begitu ,
maka itulah yang keluar dari dalam hati dia .
Selalunya dalam bab ni orang tak suka cakap main - main .
So kena terima lah .
Tapi mesti ada reason dia kan !!!
Kalau orang dah tak suka , tak perlu lah merayu .
Key . Luka tuh sekejap jer .
Ramai lagi umat manusia di atas bumi Allah ni .
LUPA HARIJADI ANDA
Berhati - hatilah bila dia lupa hari jadi koma .
Sama ada betul - betul lupa atau ada orang lain dihatinya .
Jarang - jarang orang boleh ingat birthday date
yang banyak dalam satu masa ya .
Maka siasat lah sebelum bertindak .
Jangan sampai memalukan diri sendiri .
Redha Dengan Ketentuan
Maka teman - teman perlu sentiasa alert
dengan tanda - tanda kat atas tu .
Jika semuanya ada ,
bersedialah terima kenyataan dengan redha .
Mungkin jodoh yang Allah tetapkan tu bukan dengannya !
Dah terbiasa dengan tanda2 di atas... Hi hi hi...
ReplyDeletekasihannya..
ReplyDeletekata pantun dulu2..pinggan xretak nasi xdingin
ReplyDeleteorang xhendak komapun xhingin heh..heh..
sakitnya tuh disini..jika si dia gentleman, katakan saja berterus terang..
ReplyDeletetd pun sy ada baca artikel yg sm mcm ni cuma lain sket laa isi kandungannya ;-)
ReplyDeleteAda lagi, bila dia buat muka toya setiap kali jumpa..hehe
ReplyDeletekalau orang dah tak suka, buat apa nak tunggu lagi..huhu
ReplyDeleteBelum ada pengalaman cinta terhakis kerana sejak kawin hingga sekarang walau sering berjauhan, bunga cinta tetap mewangi....
ReplyDeletenasib baik x pernah bercinta..mmg tak pernah rasai semua tanda2 tu..nasib x baik adalah rugi x pernah bercinta dan di cintai sovb sob sob
ReplyDeleteKalau dah bukan jodoh,
ReplyDeleteMungkin jodoh orang tersebut dgn orang lain.
Cuma masanya belum tiba.
HURM..