Tanda - Tanda Cinta Sudah Berakhir


Assalamualaikum ...

Kala cinta berakhir , musnahlah segalanya .

Kalau kau pergi dulu , tiadalah ertinya ...
... kata Ella .

Bila sedang bercinta , 

banyak perkara  kita nak buat bersama .
Mengharap telefon berdering setiap masa .
Nak jumpa setiap saat .
Nak memandang wajahnya setiap hari .


Tanda - Tanda Cinta Sudah Berakhir



Tanda - Tanda Cinta Sudah Berakhir 


Tapi bila tiba - tiba perkara - perkara di atas tiada .

Maka , hampir pasti sesuatu akan berlaku .
Lagi pasti bila tanda - tanda kat bawah ni wujud !


TUKAR NOMBOR TELEFON



Bila si dia tiba - tiba sahaja menukar nombor telefon 
bermakna dia tidak mahu anda 
menghubungi nya lagi . 
Ayat yang mudah , 
dah tak sudi nak dengar suara koma lah . 
So tak perlulah koma terhegeh - hegeh 
pi tanya kat kekawan atau family dia no baru dia ya . 


DUDUK BERJAUHAN



Dok berjauhan bermakna dia tak perlu jumpa koma lagi . 
Tu tandanya dia nak cari angin baru , wajah baru , suasana baru , segala - galanya yang baru . 
Wat pe susah payah datang dari jauh nak jumpa koma 
kalau dia memang boleh dok dekat ngan koma . 
Tul tak ???


MENGHABISKAN MASA DENGAN ORANG LAIN


Bila kita menyanyangi seseorang , 
kita rasa nak selalu bersama dengan dia kan ? 
Melakukan segala aktiviti bersama dia . 
Rasa nak melekat jer kan !!! 
Tapi bila tiba - tiba bersama kawan tu 
rasa lebih seronok bagi dia  . 
Ini maknanya dia rimas bersama koma , 
tak seronok lagi bersama koma . 

PINDAH RUMAH TANPA BERITAHU



Koma tau di mana dia tinggal dan dah biasa . 
Tapi bila tetiba pindah tak bagi tau , 
maknanya dia mahu lenyap dari hidup koma , 
dari pandangan koma . 
So tak yah lah susah payah pi cari dia . 

FOTO ANDA DIHILANGKAN



Dia mahu koma lenyap terus dari pandangan mata 
seterusnya dari hatinya . 
Tanpa melihat photo koma 
maka lebih mudah baginya melupakan koma .

DIA LEBIH SENANG PERGI BERSAMA TEMAN - TEMANNYA



Dia rasa lebih terhibur bila bersama teman - teman . 
Rasa lebih enjoy . 
Dia juga rasa teman - temannya lebih memahami 
dan sporting berbanding koma . 
Mungkin koma memang merimaskan kot . 
Ya la manja / ngada - ngada tak bertempat . 
heh heh heh






KATANYA HUBUNGAN SUDAH BERAKHIR



Bila dia berkata begitu , 
maka itulah yang keluar dari dalam hati dia . 
Selalunya dalam bab ni orang tak suka cakap main - main . 
So kena terima lah . 
Tapi mesti ada reason dia kan !!! 
Kalau orang dah tak suka , tak perlu lah merayu . 
Key . Luka tuh sekejap jer . 
Ramai lagi umat manusia di atas bumi Allah ni .

LUPA HARIJADI ANDA



Berhati - hatilah bila dia lupa hari jadi koma . 
Sama ada betul - betul lupa atau ada orang lain dihatinya . 
Jarang - jarang orang boleh ingat birthday date 
yang banyak  dalam satu masa ya . 
Maka siasat lah sebelum bertindak . 
Jangan sampai memalukan diri sendiri . 




Redha Dengan Ketentuan


Maka teman - teman perlu sentiasa alert 

dengan tanda - tanda kat atas tu .
Jika semuanya ada ,
bersedialah terima kenyataan dengan redha .
Mungkin jodoh yang Allah tetapkan tu bukan dengannya !







11 Sila komen:

  1. Dah terbiasa dengan tanda2 di atas... Hi hi hi...

    ReplyDelete
  2. dan2 lupa hari jadi..biasanya buat2 lupa je..hahahah

    ReplyDelete
  3. kata pantun dulu2..pinggan xretak nasi xdingin
    orang xhendak komapun xhingin heh..heh..

    ReplyDelete
  4. sakitnya tuh disini..jika si dia gentleman, katakan saja berterus terang..

    ReplyDelete
  5. td pun sy ada baca artikel yg sm mcm ni cuma lain sket laa isi kandungannya ;-)

    ReplyDelete
  6. Ada lagi, bila dia buat muka toya setiap kali jumpa..hehe

    ReplyDelete
  7. kalau orang dah tak suka, buat apa nak tunggu lagi..huhu

    ReplyDelete
  8. Belum ada pengalaman cinta terhakis kerana sejak kawin hingga sekarang walau sering berjauhan, bunga cinta tetap mewangi....

    ReplyDelete
  9. nasib baik x pernah bercinta..mmg tak pernah rasai semua tanda2 tu..nasib x baik adalah rugi x pernah bercinta dan di cintai sovb sob sob

    ReplyDelete
  10. Kalau dah bukan jodoh,
    Mungkin jodoh orang tersebut dgn orang lain.
    Cuma masanya belum tiba.
    HURM..

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...