Cara Wanita Berjalan Ada Makna


ASSALAMUALAIKUM ...

Pernah tak korang fikir yang cara wanita berjalan ada makna . Vee pun tak terfikir dan tak nak ambil pusing sebenarnya . Asalkan rasa selesa dengan cara tu , jalan je lah kan . Kalau sengaja buat catwalk , tu dah menggedik tahap gaban . Kalau ko tu sexy , lantaklah tapi kalau bertudung , tolong sopan sikit ya . Kenalah sesuai dengan identiti muslimah tu ... eh eh ... makcik dah membebel lak ... heheheee . 

Cara Wanita Berjalan Ada Makna



Orang lelaki suka ni kalau baca . Boleh detect lah girlfriend tu 
macam mana . Tapi korang kena tahu , ini cuma hasil kajian je . Bukan tepat semat - mata pun . Saja - saja untuk seronok . Tapi kalau korang kata maklumat ni hampir betul , maka itu adalah kebetulan semata - mata ya . Moh la kita usha kat bawah ni apa maknanya ...

 Cara Wanita Berjalan Ada Makna


1. Jalan berjinjit ( tumit kaki seakan - akan tak jejak tanah )



Sesapa yang dalam kategori ni diandaikan sifatnya tak jujur , kalau bercakap bahasanya laser dan menyinggung perasaan orang lain . Memiliki sifat ego yang tinggi . Bila berbelanja ,sangat boros tanpa berfikir panjang . Kelebihan mereka , disukai ramai lelaki . Bila sampai kat sini mesti korang yersenyum kan ! Sekurang - kurangnya ada gak yang baik .

2. Berjalan sambil menoleh ke kiri ke kanan .



Mereka ini pandai simpan rahsia . Ada juga yang menganggap mereka ini tak jujur , suka menipu kawan . Kelebihannya , ramai lelaki yang nak pikat dia sebab mereka rasa perempuan jenis ni senang diatur dan diuruskan .


3. Berjalan sambil menunduk .



Wanita jenis ini berusaha menutup segala perlakuan atau apa saja yang berkaitan dengan hidupnya dari pengetahuan orang lain . Hanya orang yang boleh dipercayai dan rapat dengannya sahaja yang dapat berkongsi suka dukanya . Mereka ini sukar nak buka pintu hatinya untuk lelaki . Hatinya dingin dan tak kisah tentang cinta . Lelaki yang berjaya buka pintu hatinya pasti akan mendapat kebahagiaan kerana dia jenis yang setia dan tak pandai menghianati lelaki yang mencintainya .



4. Berjalan lurus memandang kedepan .



Wanita ini memiliki pendirian yang teguh . Bukan senang nak menggoncang imannya . Jangan berani menentang kata - katanya kalau tak nak dengar dia berleter panjang . Berpendirian teguh tapi mudah berselisih pendapat . Mereka hanya suka bersembang dengan orang yang berpengetahuan luas .



5. Berjalan bergerak ke kiri dan ke kanan ( ala catwalk ) .



Mereka ni tak ambik kisah dengan masalah yang berlaku . Anggap segalanya senang dan mudah untuk diselesaikan walaupun masalah tu perlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan . Akibatnya , banyak perkara yang tak dapat diselesaikan dan akhirnya menyusahkan diri sendiri .



6. Berjalan dengan badan yang tegak macam tentera berkawat .



Mereka bersikap tegas . Tidak mahu orang lain masuk campur urusan peribadinya . Gaya percakapnya serius memperlihatkan dia memiliki pendirian yang teguh . Dia bertanggungjawab atas apa yang dia buat . Dia suka kan lelaki yang berdikari dan romantis .


7. Berjalan seperti zirafah ( bila berjalan , kaki dan badan macam bergerak ke depan dan belakang )



Seorang yang mudah terasa dan tersinggung . Korang kena jaga perasaannya bila berbual dengannya sebab dia mudah mengalirkan air mata .



Ada yang tepat tak ? Korang fikirlah sendiri ... kata Nabil ya , bukan vee yang kata . vee cuma ulang siar je ... heh heh heh . 






13 Sila komen:

  1. haha..cara saya berjalan ada dalam list, tapi description kurang tepat..

    p/s: tapi kalau benda tu pasal lelaki, perempuan plak yang suka baca...huhuhu

    ReplyDelete
  2. Akak sampai sekarang tak tahu cara jalan akak ni macam mana??hahhha...rasa2 nya cam model..tak de pulak dalam senarai ciri2 wanita yang jalan cam model..ekekekke

    ReplyDelete
  3. nani no empat. heeee. ada lahh kena sikit sikit :D

    ReplyDelete
  4. Berjalan sambil toleh kanan kiri tu selalu jg buat dlm shopping complex..hehe..tengok kedai....

    ReplyDelete
  5. pilihlh cara berjalan yg betul n sopan menurut situasi yg didepani...

    ReplyDelete
  6. Kekadang jln gaya 2,3 dan 4 acaner tu :-)

    ReplyDelete
  7. org jepun jln sopan.. pakai kimono lgi sopan.. org kita pakai bju kurung sambil naik motor lagi tk sopan.. nmpk betis.. sampai peha, ni biasa tgok umur mak cik2 biasanya.. huhu

    ReplyDelete
  8. hahaha..nad pun tak tau mana satu jalan nad..tapi laki nad perasan nad jalan kangkang..ahhaa

    ReplyDelete
  9. alamak hahaha.. CT slalu jalan macam no 1 tu.. mmg kekadang menjingkit hahaha
    part berbelanja boros kena akui tapi yang lelain cem x je hahaha
    nak kena kurangkan ni n belajar ubah hehe

    ReplyDelete
  10. taktau nak kata dalam kategori yang mana...huhuhu

    ReplyDelete
  11. Jangan marah Vee :) Dulu-dulu saya berjalan ikut No.5 tapi sekarang ni dah jadi No.3 *_*

    Tapikan macam tak tepat pulak No.3 tu dengan saya. Yalah, ini pun sekadar pembacaan jelah *_*

    ReplyDelete
  12. Saya kategori jalan menunduk...mmg btol dn tpt..saya tk pernh bercinta...saye suh my papa yg carikan future husband.. :'(

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...