Jus Dan Penyebab Kanser


ASSALAMUALAIKUM ...

Kanser ? Dengar jer perkataan tu dah buat ramai orang takut . Seolah - olah pasti mati ! Sebenarnya tak lah teruk sangat . Masih boleh di ubat bagi yang dah ada kanser . Untuk yang masih sihat lak , banyak cara untuk elakkan kanser . 


Jus Dan Penyebab Kanser


" MENCEGAH TU LEBIH BAIK DARI MENGUBAT "

Nak sihat , kita kenalah amalkan cara hidup yang sihat . Elakkan agen yang menyebabkan kanser antaranya :

  • elakkan merokok
  • minum alkohol
  • asbestos
  • virus
  • racun
  • radioaktif

Diet seharian juga kena ambil berat seperti
  • kurangkan pengambilan makanan berlemak dan daging
  • lebihkan pengambilan buah - buahan , sayuran yang berwarna hijau gelap dan kuning yang tinggi kandungan vitamin A , fiber dan bijirin
  • buah - buahan yang kaya dengan vitamin C , beta - karoten , serat .

Cara yang paling mudah , jadikan buah - buahan dan sayuran ni jus sebab lebih mudah serap dalam aliran darah tanpa melalui sistem penghadaman . Antara buahan yang boleh dijadikan jus adalah :

1. APRIKOT

Kajian dai Amerika Syarikat , melindungi daripada kanser kerana kandungan beta karotin yang tinggi . Makan buah yang segar lebih baik kerana aprikot kering ada kandungan gula 5 x lebih tinggi . Bahaya untuk pesakit diabetis .

2. STRAWBERI , BLUBERI , BLACKBERI DAN RASBERI
  • Mengandungi banyak serat tak larut yang merupakan agen pencegah kanser paling aktif . Buahan ini juga dapat membantu sistem penghadaman .
  • Serat tak larut dalam blackberi dan rasberi membantu mengurangkan penyerapan kalori dalam makanan .
  • serat juga mambantu membebaskan frustose ( gula buah - buahan ) secara perlahan - lahan dalam aliran darah dan membekalkan tenaga berpanjangan .

3. LIMAU , OREN DAN LEMON

Vitamin C membantu menentang sejenis kimia yang menyebabkan kanser ( nitrosamines ) .

4. BUAH TIN

Penyelidik Jepun mendapati buah tin mengandungi sejenis bahan kimia yang dipanggil benzaldehyde yang sangat berkesan untuk menentang kanser . Di Jepun , bahan tersebut telah dicampurkan di dalam sesetengah ubat untuk melawan kanser .

5. ANGGUR
  • kulit dan bijinya mengandungi bahan kimia penting untuk menentang kanser . 
  • mengandungi tannin dan polyphenols , sejenis bahan kimia semula jadi untuk menurunkan paras kolesterol . 
  • Anggur merah pula boleh menentang jangkitan bakteria .

6. MANGGA
  • Kisar sebiji mangga tanpa gula dan air setiap hari . Ia boleh membekalkan beta - karoten yang cukup untuk tubuh menentang kanser .
  • frutose untuk memberi tenaga dalam masa yang sama mengawal selera makan dan penghadaman .

7. TEMBIKAI

Banyak serat dan beta - karoten boleh kuatkan sistem imun dan membantu dalam menentang kanser sebab bila ia masuk ke dalam darah  secara pantas , ia akan bertukar menjadi vitamin A .

8. BETIK

Mempunyai sejenis enzim , papin yang membantu sistem penghadaman dan memecahkan lemak . Asid malic dan sitric juga membantu membersihkan lemak dari badan .


* Kandungan vitamin A , C dan E tinggi . Ketiga - tiga vitamin ini adalah antioksida yang membantu menutralkan radikal bebas dalam badan . Radikal bebas adalah antara komponen yang menyebabkan kanser .

* Beta - karoten adalah bahan aktif anti kanser . Buah - buahan yang berwarna oren / jingga mengandungi beta - karoten seperti betik , mangga , labu kuning , aprikot , limau dan lainnya .


Semoga memberi manfaat kepada anda semua .







4 Sila komen:

  1. info yg bagus utk diketahui ni..tq perkongsianny

    ReplyDelete
  2. Fruits are not really my thing cik Qaseh.
    Rugi kan, tu pasal lah kot badan selalu sakit2.. huhu..

    ReplyDelete
  3. bagus sharing ni kak vee.. I pun dok tercari point tntg ni.. thanks

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...