Cara Buat SPA Di Rumah


ASSALAMUALAIKUM ...

SPA adalah salah satu cara terapi untuk hilangkan stress atau tekanan . Selalunya orang yang ada lebih duit , akan pergi ke saloon kecantikan untuk buat rawatan SPA . Macam - macam rawatan ditawarkan . Korang cuma perlu pilih jenis rawatan dan pejamlah mata sementara rawatan dijalankan .



Cara Buat SPA Di Rumah



Cara Buat SPA Di Rumah


SPA ni korang boleh je buat sendiri kat rumah . Tapi korang mestilah kena ada tab mandi untuk berendam . Lepas itu korang ikut saja langkah - langkah cara buat spa di rumah seperti di bawah . Korang boleh buat seminggu penuh .

1. Bangunlah di pagi hari , buat peregangan dengan menggeliat lebih kurang 10 minit . Mainkan muzik rancak yang boleh naikkan semangat korang .

2. Untuk melangkah ke bilik mandi , sediakan semangkuk peppermint tea panas . Wangian segar seperti peppermint mampu merangsang daya kerja otak dan menenangkan .

3. Tututplah mata dan tenangkan fikiran . Bayangkan anda berada ditempat yang mendamaikan . Tariklah nafas perlahan - lahan melalui hidung , tahan selama 5 saat dan hembuskan secara perlahan melalui mulut . Lakukan sebanyak 5 / 6 kali .

4. Bila rasa penat atau selepas pulang dari kerja , rendamlah kaki dalam air hangat yang telah di campur dengan garam mandian . Bersantailah sejenak hingga air terasa mulai sejuk . Keringkan air dengan tuala .

5. Campurkan 5 titik minyak cengkih dan minyak bayi . Urut kaki korang mula dar jari jemari , telapak kaki , pergelangan betis . Lanjutkan dengan urutan tangan dengan mulai dari jari , telapak , pergelangan hingga daerah siku .

6. Ketika bersarapan di meja makan , tekan kedua tapak kaki korang ke lantai . Tahan saat dan lepaskan . Ulangi hingga 5 kali . Buat perkara yang sama pada 10 jari kaki . Ulangi 3 kali . Saraf yang terdapat pada hujung jemari kaki akan terangsang , peredaran darah akan lancar . Cara ini dipercayai dapat menghilangkan rasa sakit kepala dan rasa mual akibat masuk angin .

7. Pada hujung minggu , bersihkan tubuh dengan air hangat , lakukan gosokan lembut dengan menggunakan krim scrub atau span lembut . Bilas hingga bersih . Kalau nak wat mandi wap , tuangkan air panas dan rempah mandi dalam tab . Letakkan bangku dan tutup tubuh korang dengan tuala .

8. Bilas tubuh dengan air dingin untuk menutup pori - pori . Jika nak bersantai , lulur adalah pilihan yang tepat . Lulurkan ke seluruh badan , biarkan selama 10 minit sambil lakukan urutan untuk seluruh tubuh . Jangan lupa untuk sapukan losyen badan selepas membersihkan lulur untuk maintain lembapan kulit tuh ya . 

9. Jangan lupa wat urutan kepala utk lancarkan peredaran darah . Jadi bolehlah rambut tuh tumbuh lagi banyak . Kalau lagi rajin , wat la masker rambut tuh ya .

10. Langkah akhir , buatlah urutan . Boleh mintak tolong orang gaji atau cari saja tukang urut . Rasa penat akan hilang .

Orang dulu - dulu suka mandi bunga tapi mereka tak berendam . Apa kata korang cuba buat dengan taburkan 7 jenis bunga dan titiskan minyak aromaterapi yang ada di pasaran . Berendam sambil mendengar alunan muzik serta disinari cahaya lilin yang berbau harum ... den berangan sekejap ehhh . 





9 Sila komen:

  1. tab mandi xdak, berendam dalam besen aja laa, pastu besen pecah..hahahaa

    ReplyDelete
  2. TAK PERNAH MASUK SPA...KALAU RAMAI YG IKUT CARA QV NI...HEH..HEH..TUTP HBS SPA...GURAU JER.

    ReplyDelete
  3. perghh..bestnya..cuma gi berurut, hilangkan lenguh-lenguh badan..

    ReplyDelete
  4. nak cuba buat lah kat rumah nanti....hehe

    ReplyDelete
  5. best sangat bila kita treat diri sendiri macam ni. baru la semangat terus naik. hehe

    ReplyDelete
  6. macam best je kalau dapat berendam air bunga macam gitu.kalau rumah ada tab boleh gak buat..tapi since ada kolah je tak dapek la nanti Mak marah..hihihi.cukuplah rendam kaki dalam baldi.

    ReplyDelete
  7. the bestttt..menyegarkan badan..tp xde bath tub :p

    http://www.suplemenvitamin.com/

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...