Semalu Merawat Pelbagai Penyakit


ASSALAMUALAIKUM ...

Semalu Merawat Pelbagai Penyakit  | Pokok Semalu (Mimosa pudica L) adalah tumbuhan merayap semusim (annual) yang sering menarik minat kita untuk menyentuhnya kerana daun kupuannya kucup ke dalam dan terkulai apabila disentuh, dan kembali terbuka selepas beberapa minit. 

Tetapi anda perlu berhati-hati kerana batangnya yang berduri boleh melukakan kaki anda jika hanya memakai selipar .

Semalu Merawat Pelbagai Penyakit


Mimosa pudica adalah tumbuhan tempatan yang berasal dari Brazil, tetapi kini adalah rumpai tropika raya.

Batangnya tegak semasa muda tetapi menjalar apabila matang. Dahannya halus, bercabang, dan berduri tajam yang jarang sehingga 1.5 m (5 kaki).

Daunnya kupuan (bipinnately), dengan satu atau dua pasang pinnae, dan 10-26 daun kecil setiap pinna. 
Petioles juga mempunyai duri.

Pokok Semalu dianggap sebagai rumpai kerana durinya yang tajam amat mengganggu. Selain itu semalu juga merupakan rumpai yang tegar. Ini disebabkan walaupun ia dipotong, umbinya mampu menumbuhkan pucuk baru. 

Selain itu bahagian batang yang telah di potong mampu menumbuhkan akar baru dan tumbuh sebagai pokok baru. Pokok Semalu juga mampu membiak melalui biji benih.
( wikipedia )

Semalu Merawat Pelbagai Penyakit 


Semalu merupakan tumbuhan yang boleh memberi banyak manfaat kepada kesihatan korang . Tak percaya ? Anda boleh teruskan pembacaan di bawah ni macam mana semalu boleh merawat pelbagai penyakit .

Khasiat Daun , batang dan akar 


Daun, batang dan akar ditumbuk halus , pastu disapu kat bahagian yang bengkak , luka , bisul dan bisa digigit serangga , maka akan sembuh lah .

Tonik

Rebus akarnya pula boleh buat tonik mencergaskan tubuh badan untuk wanita dalam pantang

Mujarab juga untuk mengatasi masalah kemandulan pada lelaki .  

Boleh juga meredakan demam , batuk dan sakit kepala , kencing berbatu dan kencing berdarah malah dapat mengatasi masalah susah tidur malam .

Kalau korang minum sekali sehari setiap hari , boleh mengawal tekanan darah tinggi dan diabetis .

Menegangkan buah dada


Ambil daun + pinang muda + sikit garam = tumbuk lumat . 
Sapukan kat buah dada setiap malam .

Mai lah kita tanam pokok semalu nih ... banyak tumbuh meliar sebenarnya kan . Pokok ni senang dapat kat mana - mana . Kat laman rumah pun ada walaupun tak dialu - alukan . 

Banyak Khasiat


Pokok ni banyak duri , tapi kambing dan lembu suka makan . Hah , macam mana tu ? Tak luka agaknya ya mulut mereka mengisarnya. 
Itu bermakna pokok semalu banyak khasiatnya .

Arwah My bonda kata :

" kalau nak tahu daun / buah beracun ke tidak ,tengok lembu / kambing dan burung makan ke idak . "






16 Sila komen:

  1. Wau byk jgk khasiat..sy tahu pasal merawat bisul je..

    ReplyDelete
  2. laaa banyak kegunaan semalu ni rupanyee.. ena dlu suka main dengan bnde ni je... rase joyfull sgt2.. hahaha

    ReplyDelete
  3. Oh...xsangka pokok ni byk kelebihannya...baru tau...dulu kecik2 suka sentuh sentuh daun dia...

    ReplyDelete
  4. x tau plak ada kelebihannya....ingatkan menguncup je kelebihan yg pokok ni ada..

    ReplyDelete
  5. eh tak tahu pula semalu ada kelebihan macam ni... depan rumah saya ni banyak pokok semalu... kalau nak cabut rumput mmg nangis la kena duri.. huhuhu

    ReplyDelete
  6. wahhh banyak rupanya kegunaan pokok semalu ni...

    ReplyDelete
  7. pokok herba yg melata sekitar kita tapi kita xtahu kegunannya pun..

    ReplyDelete
  8. Dulu suka usik pokok semalu ni.. habis setiap daunnya menguncup ai kerjakan.. jadi leka hadap pokok tu..

    ReplyDelete
  9. walaupun malu-malu pohon semalu, banyak manfaat pada kita rupanya..
    jadi kepada muslimah yg membaca, marilah sama2 kita mencontohi keperibadian pohon semalu..
    ^_^

    ReplyDelete
  10. tak sangka banyak kebaikannya..dulu kecik-kecik suka sentuh dia, nanti kuncup..hehe

    ReplyDelete
  11. owh..bru tahu rupanya pokok semalu pon ada kebaikannya

    ReplyDelete
  12. kalau perempuan merah2 padam selepas kena usik tu boleh di umpama seperti pokok semalu x? :-)

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...